Wednesday, 1 August 2012

Suami menghumban Isteri kedalam telaga

Tazkirah Ramadhan:
1/8/2012 Surau Al Hidayah, BBT Klang

Tajuk : Komunikasi dua hala, contoh antara:

1. Suami Isteri
 Menurut ustaz penceramah, isteri yang tidak bekerja, iaitu menjadi suri rumah sepenuh masa, mengikut kajian katanya " akan bercakap sebanyak 22,000 patah perkataan sehari". Ini berbanding dengan isteri yang bekerja, jumlahnya akan berkurangan dari jumlah itu. Percakapan itu tertumpu kepada perbualan antara isteri dan suami. Manakala  isteri yang bekerja akan lebih banyak bercakap atau berkomunikasi dengan rakan sekerja berbanding dengan suami mereka

Ustaz itu berkata " Suami menjadi lebih defensif dalam perbualan dua hala di kala bertambahnya usia perkahwinan mereka. Suami tidak suka dileteri si isteri lama kelamaan mengambil sikap akan bercakap bila perlu sahaja sedangkan si isteri akan mengambil peluang bila bercakap akan menghentam si suami atas kelemahan si suami.

Ustaz kemudian cakap begini:
Ada satu cerita menarik.

Cerita 1.
Suatu  hari si isteri bengang dgn sikap suami ambil keputusan untuk tidak mahu cakap banyak lantas memesan  semua barangan dapur dengan menampal senarai barang perlu beli di dinding peti ais dengan melekatkan magnet. Sikap ini akhirnya menjadikan s isuami tadi langsung tidak mahu  bercakap dengan isterinya.

Suatu hari suami balik lewat malam. si isteri telah nyenyak tidur,suami lantas menulis satu nota kepada isteri dan meletakkan nota itu di kepala katil. Nota itu berbunyi "Yang,esok abang perlu bangun jam 5pagi untuk gi meetiing di Melaka"

Dipendekkan cerita, suami hanya terbangun tidur dengan sendiri, dan mendapati jam telah melewati 6.45pagi lantas betanya kepada isteri mengapa tak kejut seperti di nota pesanan   itu.

Si isteri lantas dengan selamba menjawab "kan saya dah kejutkan abang, kalu tak percaya gi tengok nota itu". Si suami dengan bengang membaca nota yang ditulis si  isteri " Bang, sila bangun, jam dah pukul 5 pagi -dari isteri" .

Nota itu diletakkan bersebelahn nota si suami tadi.

Cerita 2
Ustaz kata cerita ini cerita benar tapi tidak menceritakan tempat kejadian dan masa.

Suatu hari pulang seorang suami dengan keadaan keletihan setelah penat bekerja sepanjang hari. Se sampai sahaja di rumah, dia disambut isteri dengan leteran kerana lupa  membeli barang yang isterinya pesan pagi tadi. Si suami yang telah sama bersabar dengan kerenah isterinya, dengan keadaan hilang akal, mencari seutas tali lalu mengikat isterinya dan mencampak ke dalam suatu telaga yang telah lama tidak digunakan. Si isiteri meronta ronta sambil meraung dan minta di selamatkan, namun suara isteri itu lama kelamaan menjadi perlahan dan akhirnya  langsung tidak kedengaran.

"Puas sudah hati aku hari ini, selama hampir 20 tahun aku kahwin dgn kau, memang kau nih tak henti henti membebel aje dgn suami bila suami pulang dari kerja....fuuuuhhhhh lega aku dan dapat aku berehat malam ini dengan nyaman"

Namun keadaan nyaman itu bertukar menjadi keadaan luarbiasa bila sahaja si suami bangun dari tidur dan si suami itu mulai merindui saat saat isterinya membebel kepadanya setiap hari setiap kali beliau bangun dari tidur.
Tanpa melengahkan masa, si suami pergi kembali ke telaga itu dan menarik tali itu dgn harapan dapat menyelamatkan isterinya. Timbul kesal di hatinya di atas perbuatannya menyiksa isterinya itu. Tali yang di tarik menjadi semakin tegang dan berat dan bila hampir ke mulut telaga, terasa ada objek  yang besar di tali itu, namun yang melompat keluar bukan lah isterinya, tetapi suatu makhluk besar, berbulu dengan mata yang sangat merah. Berikut perbualan si suami dengan objek itu:

Suami : Siapa kau?
Objek : Aku adalah jin penghuni telaga ini
Suami: Apakau buat di telaga milik turun temurun keluarga aku
Jin : Ini adalah duniaku dan kediaaman ku yg telah aku huni sejak beratus tahun dahulu.
Suami: Adakah kau nampak isteri aku.
Jin: Ada, beliau telah mati dan berada di alam aku sementara menunggu dipanggil masuk ke alam barzakh
Suami :( Menangis, dan menyesal atas perbuatan megikat isterinya dan meghumban ke dalam telaga, menyebabkan si isteri telah terbunuh semata mata tidak tahan dengan leteran isterinya)
Jin: Ha ....pandai kau menangis....kata sayang isteri konon..
Suami : Hei jin, kenapa pula kau keluar dan menjelma
Jin:: Aku bukan saja saja menjelma, aku ambil peluang lari dari kediaman aku
Suami: Kenapa
Jin: Tidak sampai pun satu malam sahaja yang isteri kau berada di alam aku....aku dah tak tahan dengan leteran isteri kau itu, jadi aku ambil keputusan nak lari dari sini, tp aku heran kau manusia, boleh hidup berpuluh tahun dgn isteri kau,
Suami: Ha kau pun kena leter dengan bini aku yer.....huhuhuhu...

Moral of the story:
Ustaz tu cakap

  1.  " Kita hanya akan rindu atau rasa kehilangan seseorang itu bila dia telah tiada, jadi sementara hidup  komunikasi dua hala amat penting, tak kira apa juga kaedah.
  2. Isteri berleter tu tanda sayang suami
  3. Suami bersikap diam/kurang bercakap adalah sebab isteri  kurang memberi tumpuan kepada suami dan sentiasa membentuk suasana tak nyaman kpd suami
  4. Suami isteri harus amalkan komunikasi dua hala yang berkesan  dan perlu saling menghormati kelebihan dan kekurangan pasangan mereka
  5. Good communication penting dalam pentadbiran negara, syarikat dan korporat dan perlu datang dari atas kebawah dan bawah keatas ( top to botom mgt.  with 2 ways comm.)
Wallahualam.


No comments: