Friday 15 April 2011

UMUM: Meraikan pelajar praktikal tamat latihan 15.4.2011

Jumaat 15.4.2011@12.00tgh
Perggh... Nasi briyani kambing  lagi tuh.....


Kepada Nor Atiqah, Aisah,Noramira dan Maizatul...semoga anda semua sukses selalu.(Kredit kpd En Sazali atas hasil usaha seni beliau itu)

Satu jamuan ringkas meraikan rakan pelajar praktikal yang tamat tempoh latihan. Jamuan dibuat secara pukal kerana tempoh tamat setiap pelajar jatuh pada tarikh tarikh berlainan. Maka hari ini 15.4.2011 adalah hari paling sesuai diadakan majlis itu. Siapa yang pilih.....itu kena tanya pada jawatankuasa yang menganjurkan.



dari kiri: Mai, Aisah, Atiqah dan Amira..."peace"
Biasa lah...lepas MC umum nama pelajar praktikal, dijemput wakil Ketua Bahagian, menyampaikan cenderahati jabatan kepada pelatih.

hadiah daripada rakan sekerja kepada pelatih


MC kita yang tidak dapat  menahan sebaknya kerana pelatih dah tamat latihan.....wuuuuwhhuuu betul ke Mr. MC?(gurau jer AJ..)
 Lepas tuh..apa lagi, jamuan makan lah.. apa tunggu lagi.."Bismillah...."

Nasi briyani kambing....perghhhh..........
Ada juga terdengar ungkapan ungkapan "Hei...nih kambing nih..nanti naik  pressure darah...." dan bermacam lagi. Namun ada satu dua ungkapan ungkapan yag menarik...
"++ hish...nih pantang kambing nih...
**pantang apatuh...
++tak tahan pantang bila jumpa kambing"

Namun penulis pernah jumpa ungkapan yg power jugak, macam nih..
 " ++Perghhhh... tak sanggup..... kambing. tuuu...
**ala makan jer la sikit..buat ubat....
++bukan sebab ubat la ..tp kambing tuh yg tak sanggup bila jumpa aku...



orang orang kuat kat dept. penulis
 Apa pun biar lah cerita kambing, pergi oversea, pelajar praktikal dah nak tamat latihan...dan cerita cerita dalam bilik tersebut, menjadi kenangan kepada semua  rakan sekerja dan pelatih dalam menjalani kehidupan sebagai warga kerja di syarikat kita.


Penulis tiada dalam barisan bergambar kerana sibuk ambil gambar.
Ok, wasalammu.

p/s:

Sambil sambil editing, penulis sempat membaca artikel RPK dan tertarik dengan satu petikan kata kata beliau, iaitu:
"You must be smoking something. Let me know what it is so that I can get some. My loyalty from Day One was always with the rakyat: dulu, kini dan selama-lamanya. Now, which part of the word rakyat don’t you understand?" - RPK

boleh baca di : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39741-my-new-straits-times-and-straits-times-singapore-interview