Saturday, 22 December 2012

Kalendar Mayan vs Al quran

Semasa hadir utk solat Jumaat, penulis sempat membuat catitan ringkas. Apa yg penulis tertarik ialah penerangan dari khatib bahawa  umat Islam dilarang:

1.  Mempercayai ramalan kalendar mayan ttg tarih 21.12.2012 berlaku kiamat

2. Dakwaan yg dibangkitkan oleh piha pihak tertentu berlaku kiamat sbb peristiwa matahari, bulan dan bumi berada dlm keadaan sebaris, bumi bergelap selama 3 hari dan berlaku malapetaka dibumi sbb berlaku ketidak seimbangan pada sistem galaksi kita ini.

Penulis bersama ini ada menyertakan satu artikel yg di sent ke lawan twitter dan laman fb penulis, semasa khatib memberi khutbah solat Jumaat.
Berikut adalah posting tersebut, iaitu:



Semoga ianya dpt memberi sedikit panduan kpd rakan fb.

Ulasan penulis:

Umat Islam mestilah mendahulukan dan mempercayai sumber drp  Al quran berbanding Kalendar Mayan itu.

Secara peribadi, penulis sbg  seorang Muslim bersetuju yg kalendar Mayan itu salah tentang pandangan kiamat itu dan sebagai Muslim kita perlu akur bhw hanya Allah yg mengetahui  bila berlakunya kiamat, namun Allah telah memberi garis panduan kpd umatnya utk mengenali kiamat melalui ALquran dan hadis Rasullah s.a.w.

NOKTAH.

Sekian, wasalam.

Wednesday, 19 December 2012

Android.Arspam : VIRUS TROJAN ARSPAM HIT ANDROID (Android.Arspam)

Satu virus baru berjaya dikesan oleh Symantec, iaitu syarikat pengeluar produk anti virus Norton.Virus mula menyerang pada sekitar 19/12/2012

Virus ini mensasar telefon pintar applikasi sistem operasi  Android, virus pintar itu dinamakan oleh Symantec sebagai  Android.Arspam.

Modus  operandi virus ini  ialah menyerang   dgn mencipta perisian palsu bernama Islamic Compass dan banyak di download di Timur Tengah.

Apps asal Islamic Compass ini boleh didownload secara percuma di Android Market didapati tidak menyebabkan virus, cuma apps palsu shj yg boleh diserang.

Virus mula merebak ke dalam telefon pintar apabila apps dimuat turun dan apps diaktifkan. Jadi pengguna telefon pintar, sila berhati hati.

Maklumat lanjut boleh dilawati di link berikut. Sila klik.

Terima kasih.



Tuesday, 18 December 2012

Tahun 2012, panduan mengira cukai pendapatan dan zakat anda

18/12/2012

Tahun 2012 akan meninggalkan kita dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi dan seperi biasa kita akan masuk tahun baru 2013.

Imbas kembali......?

Apakah segala perancangan kita menjadi seperti yang dirancang?


Usah bimbang, jika segala yang dirancang tidak seperti dikehendaki, percayalah, itu juga adalah ketentuan dan perangcangan Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kecewa dan bersedih, tapi kita mesti ambil iktibar, post mortem, muhasabbah diri dan merancang lebih teliti, terutama untuk  kehidupan kita yg kekal abadi nanti.


Ingatlah kita sering merancang kehidupan dunia, namun apa perancangan  dan persedian kita utk kehidupan kekal abadi nanti? . Adakah kita ini tergolong dalam golongan yang terlalu mencintai kehidupan sementara ini?. Renungkan hadis ini.

Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang ertinya: "Akan datang satu masa pada umatKu, ketika itu mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara, iaitu:

1. Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
3. Mereka cinta pada istana (rumah yg besar luas)  dan lupa pada kuburan.
4. Mereka cinta pada  harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
5. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.

Semasa menghadiri satu kuliah subuh, Ustaz memberi ceramah dan ingatan yang ringkas, sekadar kurang kebih sepuluh minit sahaja. Beliau memberi ingatan dan melontar persoalan berikut:
"Kita yang bekerja ini, atau dalam kehidupan di dunia ini, terlalu banyak masa dihabiskan untuk dunia, iaitu 'berkerja untuk  makhluk', namun adakah kita memperuntukan begitu banyak masa  'bekerja untuk Allah'?

Sama sama lah kita renungkan dua perkara di atas.

Ok! back to 2012 ini, kepada yang hendak merancang kewangan atau bajet 2013, jangan lupa sifir pembayaran cukai pendapatan. Bagi yang hendak membajetkan pendapatan, boleh klik di sini

Sila klik

Bagi mereka yang sedang bercongak congak berapa jumlah yang perlu di zakat pendapatan sila klik di sini

Sila klik

Sehingga bertemu lagi, salam dari saya.

Terima kasih.