Saturday 14 July 2012

Yang datang dan pergi....Satu dedikasi khas kepada Tuan Haji Mohd Raidzoh bin Bukhari

Tarikh siaran : 12/7/2012
Persaran rakan sekerja : Tuan Hj. Mohd Raidzoh bin  Bukhari, (MRB) Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Fasiliti.

Jika tidak silap penulis, beliau memulakan perkhidmatan di syarikat ini mulai tahun 1990 dan semalam 11/7/2012 adalah  tarikh persaraan beliau. Hari ini 12/7/2012, beliau menyambut ulang tahun yang ke 57.

Penulis berkhidmat dibawah seliaan beliau mulai tahun 1994 sehingga semalam iaitu lebih kurang hampir 18 tahun.

Tepat jam 5.00ptg. 11/7/2012 adalah tarikh persaraan MRB


Acara majlis perpisahan diperingkat Bahagian (Division) yang pada asalnya dicadangkan pada hari Isnin 9/7/2012 terpaksa ditunda ke hari Khamis 19/7/2012 kerana ketiadaan boss besar yang menjalankan urusan syarikat di luar negara.

Bagaimanapun atas usaha Jab. Kejuruteraan yang diketuai oleh Dr. Ir . Sr. Hafizi Zakaria, satu jamuan ringkas dan kecil tetapi penuh erti telah diadakan pada 11/7/2012 bertempat di Restoran Ayam Kampung Veledrom, Cheras. Penulis telah hadir di jamuan itu.

Orang yang diraikan, Tuan Haji Mohd Raidzoh bin Bukhari

Selepas semua menikmati makan tengahari berlauk ayam kampung goreng, seperti biasa orang yang diraikan telah diminta oleh rakan sekerja untuk memberi ucapan. Sebelum itu, satu acara ringkas memotong kek menyambut harijadi MRB diadakan. Tarikh sebenar sambutan hari jadi ialah 12/7/2012 tetapi telah diadakan sehari awal  semasa jamaun ini.

MRB memotong kek harijadi beliau

Antara ucapan beliau adalah seperti berikut:

Ucapan MRB

  • Beliau meminta maaf jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan semasa bertugas kerana menjadi tugas beliau menegur, memberi nasihat dan membimbing rakan sekerja demi tugas yang diamanahkan.
  • Berharap rakan sekerja meneruskan tugas dan amanah tanpa beliau.
  • Siapa calon  yang mengisi kekosongan tempat beliau itu bukan perkara utama tetapi tugas yang diberi itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin dengan sokongan padu daripada rakan sekerja.
  • Rakan sekerja perlu lebih proaktif dan berani dalam menghadapi tugas teknikal harian
  • Pertambahan bilangan hartanah dan bangunan milik syarikat merupakan satu cabaran kepada rakan sekerja.
  • Beliau mengucapakan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah rakan sekerja berikan sepanjang perkhidmatan beliau.
  • Ingin membuat perkara perkara yang beliau perlu buat semasa tempoh persaraan
  • Mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sekerja.
  • Memaklumkan anak lelaki sulong beliau akan berkahwin pada Tahun Baru Cina 2013 dengan  menjemput semua yang hadir kemajlis perkahwinan anak beliau dgn harapan dapat duduk berkumpul semula dengan rakan sekerja semasa majlis itu. Bagaimanapun tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian melalui kad jemputan.
Rakan sekerja menikmati ayam kampung goreng. Tuan Haji Sazali Ujang  (berkopiah) juga diminta menyampaikan ucapan

Penulis juga telah diminta memberi sepatah dua kata, antara lain penulis menyatakan:
  • Ucapan terima kasih peribadi kepada MRB kerana telah  berkongsi pengalaman  dan ilmu beliau selama hampir 18 tahun kepada penulis
  • Penulis mengangkat MRB sebagai mentor.
  • Penulis memberitahu dibawah pentadbiran beliau ramai rakan sekerja yang telah meningkatkan ilmu teknikal mereka dari tahap wiremen, chargemen AO, A4, BO dan B4
  • Ramai juga rakan sekerja peringkat eksekutif yang dibawah seliaan MRB telah upgrade diri mereka dengan  mendapatkan  ijazah Master, Phd. dan Ir. 
  • Dahulu bilangan bangunan sedikit, kini syarikat telah memiliki  semakin banyak bangunan.
  • Rakan sekerja juga telah semakin yakin bila ditempatkan di tempat bekerja di luar dari bangunan HQ
  • Mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam meghadapi dunia persaraan.
Selain itu Mejar (B) Mohd Jamaludin juga telah diminta menyampaikan sepatah dua kata.Antara lain ucapan beliau ialah:
  • Secara peribadi beliau meminta maaf atas sebarang kesalahan jika ada, perbezaan pendapat semasa bertugas dan ketegasan beliau yang masih  tegar kerana masih lagi  terbawa bawa nilai nilai tentera walaupun telah lama meninggalkna ATM
  • Beliau juga dapat merasai apa yang MRB akan rasai semasa persaraan kerana beliau juga pernah diraikan persaraan semasa dalam ATM dahulu
  • Berharap MRB dapat menjalani persaraan dengan baik dengan menjaga kesihatan
  • Mengucapkan selamat maju jaya.
Mejar (B) Mohd Jamaludin sedang memberi ucapan beliau


Selain itu rakan sekerja dari luar HQ, En. Sazali Ujang juga turut dijemput berucap, antara lain:
  • Menyampaikian salam rakan sekerja
  • Mewakili tempat bertugas dan berdoa MRB boleh mengadaptasi suasana persaraan
  • Mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kesalahan semasa menjalankan tugas 


Tidak ketinggalan, orang penting yang merancang majlis sehingga berjaya, iaitu Dr. Ir. Sr. Hafizi juga telah diminta memberi ucapan.Antara ucapan beliau adalah:

  • Insyallah semua rakan sekerja pasti dapat menjalankan tugas mereka
  • Meminta maaf atas sebarang kesilapan semasa bertugas
  • Mengucap selamat maju jaya
  • Sambil berseloroh dengan  ikhlas dan dari hati kecil, Dr Ir Sr Hafizi  masih berharap agar MRB kembali bertugas pada hari Jumaat 13/7/2012 selepas cuti sehari dan menyambung kerja secara kontrak jika MRB ditawarkan.

Majlis disertkan juga dengan penyampaian hadiah kepada rakan sekerja iaitu En. Waris bin Tabat yang akan bertukar tempat kerja dari Bgn HQ ke Nilai Negeri Sembilan. Hadiah disampaikan oleh Dr. Ir.Sr. Hafizi dengan disaksikan oleh MRB dan rakan sekerja.

Turut diraikan rakan sekerja En Waris Tabat yang akan berpindah tempat kerja

Majlis bersurai sekitar jam 2.15 petang.

Jam 4.59 petang
MRB menyentuh kad kakitangan beliau di mesin perakam waktu  menandakan bermulanya persaraan beliau. 




Penulis tertarik dengan kata kata MRB, antara lain nasihat beliau kepada penulis dan lain lain rakan sekerja yang mengiringi beliau ke lobi lif  " Usah risau, yang hilang pasti diganti...namun 'value' seseorang itu  hanya dapat dinilai sebenarnya bila seseorang itu telah tiada dalam perkhidmatan".
Kami semua begitu terharu dalam menilai kata kata beliau itu.

Penulis sekali mengucapakan syabas kepada beliau atas semangat juang berkerja yang tinggi, sentiasa sedia berkhidmat demi syarikat, dedikasi, bertanggung jawab, mempunyai pengalaman luas, jujur dan amanah semasa beliau dalam perkhidmatan.


Bergambar kenangan. Dari kiri: Penulis, MRB, Dr. Ir. Sr. Hafizi Zakaria  dan En Ezzmir