Saturday 13 September 2014

Terkenang dgn dunia persilatan

Hari nih bermula cuti persekolahan. Siang tadi cuti memang mode cuti tahun "AL"   dan  bersolat jumaat di Masjid  BBT Klg. Hujan amat lebat ketika itu yg pada pengamatan saya sampai ke tahap 100years water storm atau setidak tidaknya boleh menghampiri 100years storm

Apa itu 100 yearswater storm? Boleh lah klik kat wikipedia.

http://water.usgs.gov/edu/100yearflood.html

Malam.
Anak yang ketiga, Kimi berminat menyertai persilatan. So hantar lah dia pergi ke Taman Rakyat Kelang utk joint grup anak anak muda di situ. Sbg bapa saya rasa perlu bertanya beberpa soalan kepada jurulatih silat itu (umur 18 thn) dan turut menyaksikan senam fizikal persilatan ini. Sangat rasa teruja dengan dumia persilatan dan sambil duduk memerhati mereka, saya mengimbau kembali ke zaman remaja saya yg juga dipenuhi dan dipengaruhi dgn dunia persilatan melayu. Sambil duduk saya sempat juga mencari cari di web tentang silat ini iaitu silat harimau putih, ada dalam carian itu namun bukan silat yg dipelajari oleh anak. Saya juga sempat membaca satu blog yg saya kira menarik yg bercerita ttg harimau dan bukit Jugra. Ikuti kisah itu di blog ini, iaitu:

http://akubudaktelok64.blogspot.com/2014/05/kisah-harimau-di-jugra-dan-telok.html?m=1

Bebudak ni training sampai jam 11.30mlm dan lepas nih terpaksa layan mereka nak mengeteh plak kat Mamak ABC, sebuah kedai mamak berhampiran rumah.
Namun kenangan saya masa remaja dan zaman muda yg sering tidur dgn "rimau" hak milik keluarga (keturunan  sebelah ibu) amat mengamit kenangan,di masa ini  dah lama ia  di "abondane" kan atau tamat tugas nya walaupun ia sedia lg berkhidmat dgn mana keturunan yg sanggup menunggangnya. Saya pernah bertanya  kpd anak anak, 'adavsapa yg minat nak belajar silat dgn abah'....sunyi sepi tanpa jawapan. Mujur  ada juga anak saya yg minat belajar silat ttp belajar dengan grup  mereka tersendiri. Biarkan lah dahulu....mrk masih belum memahami keperluan mewarisi tradisi daripada keluarga, namun  mereka telah mulai ada rasa kebertanggung jawaban mempelajari limu seni persilatan melayu. Wallahualam. Jumpa lagi di.lain siaran.NOKTAH

P/S.kpd akubudaktelok64 :

Lambang harimau juga digunakan di jata kerajaan Malaysia,selain menjadi  logo FAM, KTMB dan beberapa lagi ajensi kerajaan selain daripada logo sekolah (badge) yg beliau sebutkan itu, jadi tak semestinya semua tempat tu telah  dilawati oleh harimau yang budaktelok64 maksudkan itu. Namum saya percaya "semangat juang rimau" tu yg mendorong ia dijadikan logo.MUngkin.