Friday, 4 July 2014

Ramadhan datang lagi. Ramadahn 2014 @ 1435H

6 Ramadhan 1435H / 4 Jun  2014
 Hari Jumaat

Salam.

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Ramadhan Karim kepada semua kenalan atau kepada mereka yang mengikuti blog ini. (ada ke pengikut blog ni?). 

Semalam saya hadir ke surau baru Al Hidayah di tempat tinggal saya, Bandar Bukit Tinggi Kelang. Surau ini mendapat taraf sebagai "Masjid Sementara" dari JAIS dan dibenarkan mendirikan solat Jumaat.  Surau 'extension' yang dibina selepas hari raya Haji tahun lepas (sebenarnya dah siap lama) kini berupaya memberi keselesaan kepada ahli jemaah Surau. Namun masih ada beberapa fasiliti yang akan dilakukan dan tertakluk kepada kecukupan duit.

Tahniah kepada Pengerusi Masjid iaitu Tuan Haji Kurdi, barisan AJK Surau dan para penderma.

Setelah beberapa hari hadir berjemaah dan berterawih, saya dapati "trend" seperti tahun tahun dahulu masih dikekalkan. Antaranya ialah pengumuman daripada Setiausaha Surau (SS), Tn. Hj Capt. Subri sebelum solat terawih dibuat. Selalunya SS akan berucap selama lebih kurang 10 hingga 15 minit dan apa apa yang disebut itu selalunya hampir sama dari awal Ramadhan juga seperti tahun tahun terdahulu. Ramai jemaah kelihatan seperti gelisah dan bosan bila SS berucap, namun kepada saya, jika ianya sesuatu peringatan yang baik, ianya harus diteruskan. Peringatan sebegini harus terus diulang ulang demi mendidik ahli ahli surau terutama kepada anak anak kecil, remaja dan juga jemaah yang matang dan berusia.

Antara yang sering SS sampaikan itu adalah seperti berikut :
  1. SS mengucapkan tahniah kepada jemaah kerana dapat hadir berjemaah dan berterawih dan usaha ini harus dikekalkan pada hari hari yang lain dan tidak memakmurkan surau hanya pada bulan Ramadhan sahaja.
  2. Surau ini masih memerlukan dana untuk meningkatkan lagi fasiliti demi memberi keselesaan kepada ahli jemaah, justeru itu SS meminta para jemaah rajin rajin menderma ke dalam tabung surau.
  3. Kepada individu individu yang ingin mengutip derma di suarau ini, harus mendapat kebenaran daripada Pengerusi Surau terutama Tabung tabung yang"self driven".
  4. SS memaklumkan ahli jemaah surau harus tertib mengikut susunan program yang telah dirancang iaitu bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib, makan malam, tazkirah Ramadhan/kuliah agama, solat Isyak, solat terawih, bacaan tahli dan jamun ringan morey.
  5. Sumbangan daripada penderma untuk penajaan berbuka puasa/makan malam/morey amat dialu alukan. Kos yang diperlukan ialah RM1200/sehari atau penderma boleh berkongsi menderma mengikut kemampuan.
  6. Ahli jemaah diminta menggunakan fasiliti dengan betul seperti tandas, tempat wuduk dan tempat mencuci tangan. Kemudahan ini harus diguna secara betul supaya ianya tidak cepat rosak, seperti mencuci tangan selepas makan di tempat wuduk akan menjadikan tempat wuduk lebih cepat tersumbat kerana ada sisa makanan dan minyak.
  7. Jemaah lelaki diminta tidak masuk kedalam tandas wanita di blok surau lama dan tidak menggunakan laluan khas untuk wanita.
  8. SS juga mengingatkan Larangan Merokok di persekitaran surau masih dikekalkan. SS secara seloroh dan sinis menyatakan "Merkok itu adalah- dihujung rokok adalah api neraka, dipertengahan adalah punca penyakit dan diakhirnya adalah kebodohan"
  9. SS juga memaklumkan kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tahlil arwah boleh mengisi nama nama arwah di borang yang disediakan dan menyerahkan kepada AJK surau.
  10. SS juga mengingatkan para jemaah surau supaya parking kereta seperti yang diarah oleh petugas RELA supaya parking tidak mengganggu aliran lalu lintas demi menjaga imej pengguna surau dan imej orang Islam di mata non- Muslim BBT.
  11. SS juga amat mengalu alukan sebarang komen penambaikan demi kepentingan bersama. 
Sekian daripada saya kali ini dan saya berdoa agar saya dan pembaca blog ini dapat mengharungi Ramadhan kali ini dengan tabah. Saya juga berdoa agar umur kita dipanjangkan Allah sw.t untuk dapat berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan dan yang akan mendatang.

Akhir kalam. semoga Ramadhan kali ini kita semua mendapat keampunan, kerahmatan dan bebas dari neraka. (lihat kesahihan hadis berkaitan ramadhan dan keampunan di link ini)

Terima kasih.