Sunday 15 January 2012

Umum: Sami Cina, nombor ekor dan "itu bukan lu punya nasib".

Pada hari Sabtu 14/1/2012, penulis berkesempatan pergi servis kereta. Setelah bersusah payah menukar tayar hadapan sebelah kanan yang bocor. saya akhirnya sampai juga ke woksyop berkenaan.

Semasa kereta saya diservis, masuk sebuah kereta Proton Iswara. Pemandunya terus menyapa saya dan saya membalas sapaan pemandu kereta tersebut dengan hanya sebuah senyuman. Ikhlas.

Penulis mendapatkan kerusi lantas duduk bersebelahan pemandu tadi. Pemandu tersebut  mula bertanya itu ini kepada saya. Banyak juga perkara yang dia tanya, sambil saya jawab bersahaja tanpa menunjukkan minat. Saya lantas bertanya kepada pemandu itu adakah beliau  seorang kaki pancing, kerana dalam keretanya dipenuhi dengan  alat memancing dan tikar mengkuang.

Dia menjawab "Wa memang pancing punya olang" dengan dialek Cina yang pekat, tapi wa keleja bikin itu semayang olang mati, kila wa .aaa, serupa itu sami la, kila ar, kalau lu olang Melayu aaa, itu haji arrrr"

Saya rasa tersipu sipu malu kerana terpaksa berbual ikut dialek pemandu tersebut dan rasa geram juga sebab kalau sudah lahir kat Malaysia, duduk di Malaysia, umur dah hampir 50 tahun, kalau cakap pelat macam begitu....huh... patut campak laut jer..getus hati saya ini.

Banyak yang kami bualkan dan akhirnya perbualan menjadi semakin rancak bila Mr Wa (bukan nama sebenar) menceritakan penglaman nya menguruskan orang mati bangsa Cina, menjadi wakil keluarga si mati untuk urus mayat dan halau roh mayat untuk ikut badan si mati, membuat urusan 'deal' dengan' penjaga tanah' sebelum projek pembinaan dijalankan dan meghalau hantu Cina atau orang Cina yang perlu mendapatkan perkhidmatan bomoh nya. Selain itu Mr Wa juga membuat perniagaan rumah kertas, gadis (amoi) dari patung kertas dan juga peralatan 'payyat' (pemujaan datuk nenek mengikut adat Cina).

Di akhir perbualan Mr Wa menceritakan pengalaman bagaimana bersusah payah dan hampir disambar maut semasa menjalankan satu tugasan menentang hantu penunggu di satu kawasan pembinaan. Antara lain perbualan saya dengan Mr Wa, beliau meminta saya menghindari (mengikut pandangan dan kacamata beliau sebagai sami Cina dan pengamal perbomohan Cina) iaitu:
  1. Jangan sesekali percaya dengan 'ngangkong' iaitu mendapatkan perkhidmatan hantu dan jin untuk mendapatkan nombor ekor kerana perbuatan itu adalah palsu dan disebabkan pembohongan bomoh yang menjalankan acara ngankong, maka benda lain iaitu hantu liar yang akan datang.
  2. Mr Wa juga mengakui dari segi pengalaman beliau, janji hantu dan jin itu semuanya tidak  boleh dipakai dan manusia tidak  seharusnya berjanji atau akur dengan kehendak hantu atau jin itu.
  3. Berjudi dan bermain nombor ekor itu seperti memaksa tuhan memberi nasib baik kepada si penjudi itu yang mana belum sampai waktu si penjudi itu mendapat hak atau untung (Mr Wa menyebut tuhan sebagai 'tuhan alla' iaitu mengikut skop dan perspektif kepercayaan beliau)
  4. "Lu aa..misti mau jaga lu punya hati, jgn sampai aa lu punya hati aa..olang ckp mesti mau  baik, itu ajii suruh awak bikin baik, lu misti ikut itu haji punya cakap,kalau lu takla pergi itu semayang aar..nanti lu punya hati jadi gulap (gelap).. wa kalau Cina punya olang aa, panggil wa bikin dia punya hati kasi cantik arr...wa...manyaakkkk susah ooo.Menurut Mr Ma, selalunya yang panggil beliau ialah tokey tokey atau along along yang dah berjaya dan insaf dan ingin membuat baik kepada komuniti, Mr Ma akan jadi advisor guide diorang nih macam mana nak taubat mengikut skop dan perpekktif masyarakt Cina.
  5. Tapi saya sangat sentap bila saya bertanya " Mr Wa, lu semayang apa?", Mr Wa menjawab " Wa semayang itu tuhan alla, serupa lu punya alla juga...itu tokong aa..serupa itu transit, tp wa sami, wa boleh dierct minta sama tuhan alla, serupa lu orang aarr, semayang itu haji dan masjid...
Di akhir perbualan kerana kereta masing masing telah siap, Mr Wa meminta diri untuk balik sambil tidak putus putus mengingatkan saya supaya sentiasa berbuat baik sesama manusia, tidak dendam, "itu lu punya nasib tuhan alla sudah kasi ready,lu mesti mau jaga family supaya selamat (Mr Wa maksud selamat dari aktiviti sosial bebas) dan "lu aar...mesti mau leady (ready) bila tuhan alla mau kasi lu susah, kasi senang, kasi untung, kasi lu lugi (rugi).Lagi aaa, lu tak mau percaya aarr sama itu nombor, tak mau main"

Sekali lagi saya sentap dengan nasihat Mr Wa, (tapi dalam hati berdoa agar Allah melindungi saya dari fahaman pluralisma) dan hanya  menganggap nasihat Mr Wa itu ada nilai dari segi " good values" atau nilai nilai baik sejagat".

Dalam perjalanan pulang sambil memandu, saya berharap Mr Wa ini mendapat hidayat dari  Allah dan mendapat seruan Islam, kerana jika beliau Islam, pasti pegangnan dan keyakinan itu dapat dilandaskan pada paksi kebenaran. Sewaktu hendak  sampai rumah, saya terpaksa menurunkan suhu alat pendingin... udara dalam kereta makin dsejuk  walaupun luar terasa kepanasan waktu petang..namun bila teringat dah banyak RM yang terbang servis kereta termasuk servis aircond, tiba tiba saja badan saya menjadi dingin termasuk peluh dingin ...pergh. 

Satu lagi pengajaran hidup bila kita sanggup menjadi 'pemerhati..dengan mata, hati dan anggota"...sampai jumpa lagi di lain artikel. Wallhualam.