Tuesday 28 June 2011

UMUM: ASTRO oh ASTRO...

Saya terpanggil untuk memberi komen setelah membaca dari siaran mahligai@yahoogroups.com dan  via nukilan azwandengkil@yahoo.com


Berikut adalah pandangan bersifat peribadi daripada saya:
Cadangan PPIM utk boikot dan seru pengguna tidak membayar untuk tempoh tiga (3) bulan adalah sesuatu yang baik tetapi  yang harus dikaji semula. (tp lepas tiga bulan tuh..kena bayar juga balik 3 bulan..atau kena potong line astro tu nanti). Kita harus fikir apakah cara rasional paling sesuia  menagganai masalah ini. Saya juga berasa amat tidak berpuashati  tentang tidak sensitifnya  astro menaik harga ikut sedap rasa jer...

Secara perbandingan, kenaikan harga langganan bulanan astro ini sama lah juga dengan kenaikan harga minyak dalam dua tiga tahun lepas (zaman Pak Lah). Ada kempen boikot tak guna kereta, ada kempen jangan beli minyak pada hari Sabtu dan ada juga kempen jalan kaki/naik basikal dan naik kenderaan awam setiap hari.

Semua kempen kempen itu, menjadikan mereka mereka yang bertanggungjawab menaikakan harga  tersebut tersenyum sinis. Berapa lama kita boleh tahan tak beli minyak?? maka sama juga lah berapa lama kita tahan tak menonton tv.( sebab sekarang ini definasi tv ialah channel siaran yang melalui astro/internet ...kesan kempen iklan pihak pemonopoli).
Cuma kalau boleh saya mencadang ialah:

Kempen kesedaran bertubi tubi kepada pengguna yang baru ingin melanggan.....kepada mereka ini harap dapat tangguh niat anda itu dahulu....

Kepada pengguna astro sediada....harap jgn ditambah lagi channel astro anda ..maintain dahulu yg sediada atau down grade sementara pakej anda kepada pakej paling basic...sekurang kurang masih dapat tonton tv

kumpulkan tanda tangan dan demand kepada astro supaya meningkat mutu siaran ...(musim hujan/langit mendung jer...siaran terputus putus) dan minta astro kurangkan lagi iklan jenis berbayar dan iklan iklan lain.

Matematik ringkas: Pengguna astro Melayu hampir 600 ribu org, Cina 350ribu org, India 200ribu org dan lain lain 100ribu org berjumlah =1.25 juta org pelanggan astro. Katakan purata sekarang setiap pelanggan melanggan RM60.00 X 1.25 JUTA = RM75 juta.....

Tetapi jika 60% pelanggan tukar kpd langganan basic shj : 60% x 1.25juta x RM39.90 = RM29,925,000

DAN 40% KEKALpada purata langganan RM60 X 40% X 1.25 juta = RM30 juta

dan ini bermakna pendapatan astro akan merosot daripada RM75juta sebulan - (RM29.925 juta + RM30 juta) = RM59.925 juta

Maka dengan sendiri astro kehilangan RM15 juta setiap bulan...bayangkan...


Kesimpulan:
Org org Melayu adalah pengguna terbesar iaitu 48% ~ menghampiri 50%, jadi kalau semua sepakat tukar ke pakej basic....astro boleh hilang pendapatan bulanan

Yang terasa mampu bayar... boleh teruskan melanggan pakej pakej astro...sama juga konsep minyak petrol iaitu RON95 utk rakyat biasa dan RON 97 khusus utk golongan berkemampuan...

Kerajaan juga harus serius meningkatkan lagi mutu pancaran penyiaran tv percuma kepada rakyat bukan sahaja di kawasan luar bandar tetapi juga kawasan kawasan bandar

Kerajaan juga harus terlibat secara langsung atau melalui korporat GLC mereka supaya menjadi provider siaran tv berbayar kedua seperti astro dengan kadar kadar yg rakyat mampu milik....(tubuhkan "syarikat tv berbayar kerajaan" STVBK...kan komersial juga nama tuuu)


Tapi sementara itu apakah opsyen yang kita ada:
a) Henti serta merta langganan astro anda

b) tukar pakerj ke pakej paling minimum

c) buat 'do no' atau tak kisah jer...

d) tukar provider (ada ke....Unifi cam ne mutunya pulak..coverage cam ne...)

e) gi tengok kat mamakjer..(ramai juga yg ada pakej astro sport, tp bila EPL gi nengok kat mamak jer...)

f) kita sama sama fikir kan ...Nabil cakap "Lu pikir lah sendiri"

g) kerajaan batal lesen permit guna satelit kepada measat..syarikat induk astro...

Apapun astro mesti fikir cara rasional dan guna formula terbaik menyelesaikan kenaikkan harga langganan ini.(Tak perlu kenaikkan harga), mengapa Singapura ada banyak channel percuma??? yang bermutu dengan tayangan cerita cerita terkini??? jika dibandingkan dengan nisbah penduduk Singapura dengna Malaysia..apakah negara kita tak boleh????
Wallahualam.