Thursday, 25 April 2013

Lawak, Lawak.....Lawak ke der


SELINGAN JAP.

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan🙋 : Apa hukum besarkan payudara?
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..

Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.

Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustazf : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underwear..🙊..

PRU 13- KERTAS UNDI : "Muat turun gambar kertas undi ke laman sosial satu kesalahan, kata SPR"

Pagi tadi, sambil memandu  ke pejabat, keadaan pagi yang basah disebabkan hujan di sepanjang perjalanan menyebabkan pemanduan tahap mood berhati hati. Sambil memandu, penulis suka mendengar radio KLFM 97.2 terutama rancangan Al Zikrah. Seperti biasa bila  jam 7.00, rancangan Berita Radio pula bersiaran.

Apa yang menarik pagi ini  ialah tentang berita kemunculan gambar kertas undi telah dimuat naik ke laman sosial.

Dalam hati penulis "..hei....belum tarikh nengundi lagi nih..camana boleh jadi begini?".

Sampai di pejabat dan kerana begitu tertarik dengan berita itu, penulis pun mencari di internet. Ada beberapa blog telah menyiarkan cerita tersebut.

Berikut adalah kenyataan SPR tentang perbuatan memuat naik gambar kertas undi ke internet. Baca di link ini.

Menurut SPR lagi  ada perbezaan antara undi pos dan undi awal. Dalam hati penulis berkata..."ohhhh....ramai yang tak tahu nih, termasuk aku nih....."

Berikut adalah  blog yang telah menyiarkan kertas undi itu di sebuah laman sosial di internet.

http://notakanan.blogspot.com/2013/04/undi-pos-polis-usaha-memburukkan-imej.html

Jadi, diharap pembaca dapat membezakan apa itu undi awal dan apa itu undi pos.

Namun biarpun undi awal mahupun undi pos, perkara seperti ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan beberapa pihak tertentu.

Gunakan undi anda dengan bijaksana.














Tuesday, 23 April 2013

PRU 13 - Penyanyi yang bertanding pilihanraya, Part 2: Aishah....janji manis mu

Part 2
Penyanyi Aishah, nama sebenar Wan Aishah binti Wan Ariffin, dahulu terkenal semasa alam remajanya bersama sama kumpulan muzik Fan Club dari New Zealand.

Biodata beliau  klik link ini

Pilihanraya Umum 13
Bertanding di Parlimen Jempol mewakili PAS, beliau  akan menentang calon dari BN-UMNO yang bukan calang calang orangnya iatu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Komen Penulis
Yang menariknya di pertandingan ini ialah bukan kemungkinan kalahnya Aishah, tapi kebarangkalian TS Isa Samad dapat mengekalkan kerusi beliau.

Pada pandangan penulis,bukan satu kejutan kalau Pak Isa menang, tapi menjadi satu tamparan hebat sekiranya Aishah berjaya merampas kerusi otai itu.

Apa pun biarlah pengundi setempat membuat pilihan. Namun adakah wajar dan berbaloi bila Pas Pusat menamakan Aishah sebagai calon dan  meminta Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol Mohd Fairuz Mohd Isa memberi laluan kepada Aishah. Tidakkah jentera pilihanraya dan pengikut Fairuz berkecil hati dengan calon 'payung terjun' ini.

Ikuti kisah lanjut Aishah di link ini

Mungkin Aishah ada formula tersendiri dalam PRU 13 ini, sebagaimana lagu dan lirik lagu "Janji manis mu",.........sama sama kita tunggu hari mengundi nanti

Sambil sambil itu, layan dulu lagu tu di link ini


wasalam.











Sunday, 21 April 2013

Penyanyi yg bertanding dlm PRU 13-Herman Tino, Aisyah dan Dayang Ku Intan Part 1

Cukup sensasi PRU 13 kali ini kerana kalangan artis penyanyi ada seramai 3 orang.

Part1.
Herman Tino (Nama sebenar Masron Tamsi) di Tanjung Karang.

Pertandingan 3 penjuru antara penyandang DS Noh Omar (UMNO BN), Drs Rushdi Deraman (PR PAS)  dan Herman Tino (BEBAS)

Pada pandangan penulis ini adalah sbg satu silent protest kpd Noh Omar ? sbg pemecah undi Umno? atau juga pemecah undi PAS,?

Adakah Herman akan betul2 bertanding? atau menarik diri di saat akhir memberi ruang satu lwn satu Pas dan BN....
atau ditakdirkan beliau menang, calon bebas pro mana yg akan beliau jadi.....

Saya melihat bertandingnya  Herman Tino bukan sekadaran, namun penuh strategi yang lebih advantage kpd UMNO......ini adalah kerana diceritakan isteti dan keluarga beliau adalah penyokong tegar UMNO.......

atau DS Noh Omar sudah boleh merasai detik2 akhir beliau sbg Wakil Rakyat di situ dan Herman Tino sbg talian hayat BN.......

Kita lihat dan tunggu keputusan nanti....

sambil sambil tu dgr lagu jawa dari kang mas Herman Tino

klik link ini