Penulis menghadiri majlis berbuka puasa anjuran KPS di Kompleks Exco Selangor bertempat di Seksyen 7 Shah Alam. Sampai di SA, penulis terus menghubungi rakan, Tuan Hj Ir. Said Udin kerana beliau tinggal di persekitaran tempat tersebut bagi mendapat panduan arah ke arah tempat majlis.
Alhamddulliah, berkat dengan tunjuk arah beliau melalui handphone, penulis dan keluarga akhirnya berjaya tiba ke lokasi.
Bila masuk sahaja ke perkarangan lokasi, penulis dan keluarga menjadi terpegun dengan keindahan banglo yang dibina oleh kerajaan terdahulu bagi tujuan menempatkan ahli ahli Exco Selangor.
Sampai di dewan majlis lebih kurang jam 6.40ptg, dan majlis tazkirah (sebelum berbuka) sedang dijalankan. Penceramah adalah Ustaz Zaharudin seorang pakar rujuk dalam bidang Islamic Finance.
Bila tiba waktu berbuka, semua peserta berbuka ringan, diikuti solat maghrib dan disudahi dengan jamuan makan malam. Selesai makan, dan tiba Isyak, solat jemaah Isyak didirikan dengan diimamkan oleh seorang ustaz dari sekolah tahfiz Pasir Panjang, Sekinchan. (Maaf, nama Ustaz tersebut masih lagi dalam pencarian penulis)
Jam10.45 mlm, sunat terawih 20 rakaat dan 3 witir tamat , para jemputan dijamu pula dengan hidangan 'moreh'.
Penulis bergambar di dewan sembahyang selepas selesai terawih |
Pengerusi KPS, YM Raja Idris yang juga Board Directors (BoD), Ybhg En Ross (BoD), Ybhg Mustafa Kamil (BoD) berserta pihak pengurusan KPS/KDEB hadir beramah mesra dengan kakitangan dan keluarga kakitangan. Penulis berpendapat program yang 'down to earth' ini, telah berjaya menjalin ukhwah antara pihak pengurusan tertinggi, pengurusan kanan, kakitangan dan keluarga dalam suasana Ihya Ramadhan,berbanding dengan lain lain majlis keluarga yang pernah penulis hadiri samada di syarikat sendiri mahupun jemputan luar yang lain. (tersentuh dan terkedu)
Dari kiri : CFO En Azlan, Ybhg En Ross (BoD), Al Uztaz dari sekolah Tahfiz Pasir Panjang, Ybgh. En. Mustafa Kamil semasa majlis moreh |
Perubahan cara pengurusan dan kepimpinan di bawah kerajaan Selangor sekarang ini berbeza jika dibandig dengan cara terdahulu dan penulis berharap stail ini diteruskan di masa hadapan.
Go Selangor.....go...dan tahniah.
Penulis ingin ucapkan berbanyak terima kasih atas jemputan ini, walaupun penulis sekadar menghadiri atas kapasiti jemputan sebagai ahli keluarga kakitangan syarikat tersebut.Nama nama AJK yang terlibat seperti En Ismail, En Izwan, En. Radhi, En Jefri, En Alhaldi, En Ramli, YM Raja Ahmad (hanya sekadar beberapa nama, dan maaf tidak dapat menyebut kesemuanya) keep up your good work.
Dari kanan: Pengurusan Kanan KPS/KDEB, En Ramli, En Karim Endut dan beberapa orang kakitangan pengurusan yang lain semasa majlis moreh |
Dari kiri : En Rahman, En Ghazali dan penulis di akhir majlis bergambar kenangan |
Kakitanagan wanita KPS/ KDEB bergambar kenangan setelah tamat majlis |
Gamabar posing dari sudut yang lain |
.Muslimah bergambar kenangan dengan Pengerusi KPS selepas kuliah subuh dan tamat program Berdiri dari kiri : Pn Azma, Ybhg. Isteri pengerusi dan rakan sekerja yang lain. |
Akhir kalam, "Tepi sumur ada keladi, panjang umur, jemputlah lah saya lagi...
Wasalam...Ramadhan Karim dari penulis.
Nota: Penulis memohon kemaafan jika ada tersalah eja nama atau tersilap nama kerana penulis hanya tahu nama nama yang dinyatakan di dalam artikel di atas melalui lisan dan pertanyaan kepada kakitangan yang hadir. Mutu gambar juga kurang memuaskan kerana penulis hanya menggunakan kamera handphone sahaja.