Friday 27 April 2012

Bonus mengerjakan solat

Umum: Bonus mengerjakan solat


Pagi tadi sambil memandu sambil  mendengar radio siaran radio KLfm 97.2, "rancagan tazkirah 6.45 pagi" oleh Ustaz Fauzi Mustafa menerangkan ttg wudhuk dan solat, iaitu:
1. berwudhuk itu wajib sbb utk menunaikan solat
2. Solat wajib kerana perintah Allah,
selain mentaati perintah Allah, ada bonus keatas perintah, kerana perintah Allah bukan untuk " saja saja" .mengikut beliau menurut  kajian seorang professor dari fakulti perubatan Univ AlAzhar (ada sebut nama prof tu saya tp lupa plak), prof itu menemeui penemuan:

a) dgn berwudhuk (contoh masukkan air dalam hidung) dpt menghindari 17 jenis penyakit ( apa penyakit, tak di nyatakan plak...sy  kena la pula selepas ini buat search)

b) bersujud - kita bersolat dapat menambah dan membesarkan ruang paru paru dan dada supaya isipadu udara yang disedut bertambah isipadunya. (Isipadu yang banyak bermakna oksigen yang banyak disedut dan oksigen berlebihan untuk otak supaya lebih sihat minda)

c) ketika rukuk-tangan  letak atas tempurung lutut, dpt mencegah penyakit pinggang dan sendi

d) duduk tahyat awal/akhir dgn dua jari kaki ditenjetkan- dapat menyelesaikan masalah jantung, jantung tersumbat dan melancarkan perjalanan darah yang tersekat.

Banyak lagi bonus sampingan mengerjakan solat, ujar beliau lagi

Prof. yg buat kajian itu mengkaji solat yang dibuat oleh Rasullah S.A.W ...insyallah saya akan cari buku / tulisan hasil penemuan beliau itu.

Sementara itu, jika sahabat saya Malaiz Buck yg ada di Riyadh tu, kalau ada sumber rujukan hrp boleh share juga  dgn saya. Saya tahu MB juga seorang yang mengkaji.

Wallahualam..

Sekain untuk kali ini...