Saturday 22 December 2012

Kalendar Mayan vs Al quran

Semasa hadir utk solat Jumaat, penulis sempat membuat catitan ringkas. Apa yg penulis tertarik ialah penerangan dari khatib bahawa  umat Islam dilarang:

1.  Mempercayai ramalan kalendar mayan ttg tarih 21.12.2012 berlaku kiamat

2. Dakwaan yg dibangkitkan oleh piha pihak tertentu berlaku kiamat sbb peristiwa matahari, bulan dan bumi berada dlm keadaan sebaris, bumi bergelap selama 3 hari dan berlaku malapetaka dibumi sbb berlaku ketidak seimbangan pada sistem galaksi kita ini.

Penulis bersama ini ada menyertakan satu artikel yg di sent ke lawan twitter dan laman fb penulis, semasa khatib memberi khutbah solat Jumaat.
Berikut adalah posting tersebut, iaitu:



Semoga ianya dpt memberi sedikit panduan kpd rakan fb.

Ulasan penulis:

Umat Islam mestilah mendahulukan dan mempercayai sumber drp  Al quran berbanding Kalendar Mayan itu.

Secara peribadi, penulis sbg  seorang Muslim bersetuju yg kalendar Mayan itu salah tentang pandangan kiamat itu dan sebagai Muslim kita perlu akur bhw hanya Allah yg mengetahui  bila berlakunya kiamat, namun Allah telah memberi garis panduan kpd umatnya utk mengenali kiamat melalui ALquran dan hadis Rasullah s.a.w.

NOKTAH.

Sekian, wasalam.

Wednesday 19 December 2012

Android.Arspam : VIRUS TROJAN ARSPAM HIT ANDROID (Android.Arspam)

Satu virus baru berjaya dikesan oleh Symantec, iaitu syarikat pengeluar produk anti virus Norton.Virus mula menyerang pada sekitar 19/12/2012

Virus ini mensasar telefon pintar applikasi sistem operasi  Android, virus pintar itu dinamakan oleh Symantec sebagai  Android.Arspam.

Modus  operandi virus ini  ialah menyerang   dgn mencipta perisian palsu bernama Islamic Compass dan banyak di download di Timur Tengah.

Apps asal Islamic Compass ini boleh didownload secara percuma di Android Market didapati tidak menyebabkan virus, cuma apps palsu shj yg boleh diserang.

Virus mula merebak ke dalam telefon pintar apabila apps dimuat turun dan apps diaktifkan. Jadi pengguna telefon pintar, sila berhati hati.

Maklumat lanjut boleh dilawati di link berikut. Sila klik.

Terima kasih.



Tuesday 18 December 2012

Tahun 2012, panduan mengira cukai pendapatan dan zakat anda

18/12/2012

Tahun 2012 akan meninggalkan kita dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi dan seperi biasa kita akan masuk tahun baru 2013.

Imbas kembali......?

Apakah segala perancangan kita menjadi seperti yang dirancang?


Usah bimbang, jika segala yang dirancang tidak seperti dikehendaki, percayalah, itu juga adalah ketentuan dan perangcangan Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kecewa dan bersedih, tapi kita mesti ambil iktibar, post mortem, muhasabbah diri dan merancang lebih teliti, terutama untuk  kehidupan kita yg kekal abadi nanti.


Ingatlah kita sering merancang kehidupan dunia, namun apa perancangan  dan persedian kita utk kehidupan kekal abadi nanti? . Adakah kita ini tergolong dalam golongan yang terlalu mencintai kehidupan sementara ini?. Renungkan hadis ini.

Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang ertinya: "Akan datang satu masa pada umatKu, ketika itu mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara, iaitu:

1. Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
3. Mereka cinta pada istana (rumah yg besar luas)  dan lupa pada kuburan.
4. Mereka cinta pada  harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
5. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.

Semasa menghadiri satu kuliah subuh, Ustaz memberi ceramah dan ingatan yang ringkas, sekadar kurang kebih sepuluh minit sahaja. Beliau memberi ingatan dan melontar persoalan berikut:
"Kita yang bekerja ini, atau dalam kehidupan di dunia ini, terlalu banyak masa dihabiskan untuk dunia, iaitu 'berkerja untuk  makhluk', namun adakah kita memperuntukan begitu banyak masa  'bekerja untuk Allah'?

Sama sama lah kita renungkan dua perkara di atas.

Ok! back to 2012 ini, kepada yang hendak merancang kewangan atau bajet 2013, jangan lupa sifir pembayaran cukai pendapatan. Bagi yang hendak membajetkan pendapatan, boleh klik di sini

Sila klik

Bagi mereka yang sedang bercongak congak berapa jumlah yang perlu di zakat pendapatan sila klik di sini

Sila klik

Sehingga bertemu lagi, salam dari saya.

Terima kasih.






























Friday 14 December 2012

Pengadil Korea......K Rajagobal, apa dah jadi nih......Malaysia vs Thailand, AFC Cup 2012: korean refree that make most Malaysian........

Malaysia vs Thailand

Salah satu sebab Malaysia a.k.a Harimau Malaya kalah, pada pandangan peribadi penulis adalah disebabkan sikap pengadil perlawanan yang kelihatan 'more advantage to Thailand'.

Lihat gambar

cuba lihat di posting fb Johor Southern Tigers, ramai yg kutuk refree nih
Ada seorang post di fb, dan mengatakan refree nih benggang dgn team Malaysia sebab beliau di tackle oleh pemain Malaysia semasa siri jelajah perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia tempohari. Saksikan video ni di youtube.

Klik sini
Lihat minit ke 7 di mana Rubem 'tackle' pengadil

Apapun, masa game dah tamat, dah kalah 2-0, pasukan kita pun ada kelemahan dgn sistem 4.5.1.
Komen dan pandangan peribadi penulis adalah seperti berikut:


  1. Sepatutnya, separuh masa kedua Coach  K.Rajagobal dah tukar format, dan malam nih Coach kurang menggunakan tektikal.
  2. Mutu padang yang sangat lembut tanahnya juga antara faktor yang patut diambil kira.
  3. Mengharapkan Mat Yo seorang amat tidak berkesan.
  4. Tektik pemain Thai memberi tekanan, main kasar dan maki memaki menjadi terkesan kepada pasukan pelawat.
  5. Pasukan negara memerlukan seorang perancang di bahagian tengah untuk mengkucar kacirkan benteng Thailand dan ini tiada dalam perlawanan ini.
  6. Hantaran silang, pendek, bola gol keeper hampir semuanya tersasar dan pemain gemar'berhempas pulas utk rampas bola, bila dapat salah passing ke pemain lawan'
  7. Corak 4.5.1 lebih kpd 'bertahan,tahan,tahan dan serang.
  8. Pasukan Harimau Malaya bermain dengan 10 orang pemain selepas lebih kurang pada minit ke 44, seorang pemain pertahanan dibuang padang ekoran bertikam lidah setelah diprovokasi pemain Thailand.Ini secara langsung telah menukar rentak permainan Malaysia
Apapun para pemain, sudah buat yang termampu, juga inginkan kemenangan, dan pujian harus diberi kepada mereka.

Tahniah Harimau Malaya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat 14/12/2012

Anatara komen pemain:


Tak tahu kenapa kad merah'

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas. 



Saya tidak kecewa: Raja 

eerasil (kanan) yang menyumbang gol pertama Thailand diasak pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam tadi.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kecewa selepas Malaysia gagal layak ke final Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu kerana anak buahnya sudah melakukan yang terbaik. »
Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, (depan) diasak pemain Thailand, Piyaphon Buntao dalam saingan separuh akhir kedua di Bangkok, malam tadi.








Tuesday 11 December 2012

Umum: Pentingnya seorang isteri di sisi suaminya.

Bertepatan juga dengan trending bulan Disember iaitu musim ramai orang melangsungkan perkahwinan, rasanya  artikel di bawah ini sangat relevan untuk dibaca sebagai renungan. Kepada yang baru berkahwin, tahniah kerana berjaya menambat hati pasangan hidup masing masing hingga sampai ke jinjang pelamin dan kepada yang sudah lama berkahwin, guna dan manafaat kehadiran jemputan majlis perkahwinan sebagai 'refreshment' cinta anda kepada pasangan hidup anda.(Sama macam tuntutan mengingati mati semasa hadir pengkebumian atau melawat orang meninggal dunia)

Berikut ada satu artikel yang  saya ambil dari grup chat Whatsapp iaitu "Virtual Kopitiam-ONN" yang dipos oleh Saudara Jasmi, antara lain, adalah spt berikut:

Siapakah isteri di sisi kita

(Daripada penulis blog, Matiara Satu dedikasi khas buat isteriku)


“Orang selalu berkata ada bekas isteri atau suami, tapi tidak ada bekas anak dan bekas orangtua.”

Cerita bijak berikut ini mungkin akan mengubah pandangan tersebut dan membuat seseorang ingin memiliki suami atau istrinya sampai akhir hayat.

Seorang motivator mengadakan permainan kecil untuk para mahasiswanya yang sudah berkeluarga dan meminta satu orang maju ke papan tulis.

Motivator: “Tulis 10 nama yang paling dekat dengan Anda!"
Maka, mahasiswa itu menulis 10 nama (ada nama tetangga,orangtua,teman kerja,istri,anaknya,dst.)

Motivator: “Sekarang pilih 7 diantaranya, yang sekiranya Anda ingin hidup terus bersamanya!”
Mahasiswa itu mencoret 3 nama.

Motivatir “Silakan coret 2 nama lagi!”
Tinggal 5 nama.

Motivator: “Coret lagi 2 nama!”
Trsisalah 3 nama, yaitu nama orang tuanya, isterinya & anaknya.

Suasana kelas hening.
Mereka mengira semua sudah selesai dan tidak ada lagi yang harus dipilih.
Tetapi,tiba-tiba Motivator itu berkata, "Silakan coret 1 nama lagi!”
Mahasiswa itu harus mengambil pilihan yang amat sulit. Ia lalu mencoret nama orang tuanya secara perlahan.

Motivator: “Silakan coret 1 nama lagi!” Betapa bingungnya hati mahasiswa itu. Kemudian ia mengangkat kapur dan dengan lambat mencoret nama anaknya sambil menangis.

Setelah suasana tenang,
Motivator pun bertanya kepada mahasiswa itu. "Anda tidak memilih orangtua yang membesarkanmu, dan tidak juga
memilih anak yang merupakan darah dagingmu. Sedangkan istri, konon bisa dicari lagi. Tapi mengapa Anda memilih istrimu?”

Semua orang di dalam kelas menunggu jawaban dari mahasiswa itu, dengan penuh rasa ingin tahu.
Lalu si mahasiswa berkata, 

“Seiring waktu berlalu, orangtua saya akan pergi dan meninggalkan saya.Anak saya pun jika sudah dewasa lalu menikah, pasti meninggalkan saya juga. Sedangkan yang benar-benar akan menemani saya dalam hidup ini sampai akhir hanyalah ISTERI saya.
Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkan, tapi saya yang memilih sendiri ISTERI saya dari seluruh wanita yang ada di sekitar saya.  

Setelah membaca chat tersebut, penulis mengambil kesempatan untuk memanjangkan  cerita ini kepada semua Sang Suami  dan mendedikasi khas kepada isteri penulis dan dedikasi umum  semua yang bergelar isteri, di dunia ini.

Wednesday 14 November 2012

Umum: I Love You, Stupid.......tetap tidak setuju dengan judul itu....satu komen ikhlas

14/11/2012

Penulis tertarik untuk menyentuh tajuk sebuah  novel bertajuk I Love You, Stupid (ILUS)


Sinopsis ILUS  boleh klik di sini



Sehingga kini, penulis belum membaca naskhah penuh novel tersebut, hanya sekadar menjengok jengok novel dipegang isteri, membaca sinopsis di laman web penulis buku itu dan melihat melalui youtube di mana penulisnya, Melur Jelita (MJ)dijemput dalam satu program 'Nasi Lemak Kopi O'- NLKO






MJ dalam temuramahnya berkata beliau tidak dapat menterjemahkan kepada "Saya sayang kamu, bodoh" secara terjemahan tetapi bersetuju dengan maksud "Saya sayang kamu, sengal".......tetapi tetap akan mengekalkan tajuk  "I Love You, Stupid"
Jadi secara umumnya MJ bersetuju bahawa I Love You ,Stupid membawa maksud dalam bahasa Melayu sebagai Saya Sayang Kamu, Sengal"

Pada pandangan penulis, penulis buku, MJ telah berjaya mendapat perhatian dan pilihan peminat novel bahasa Melayu tempatan. Tahniah, kerana berkat usaha keras, beliau berada di tahap ini. Juga dapat dilihat kepada kejayaan beliau terhadap penulisan sebuah buku beliau sebelum ini berjudul  "AWAK SUKA SAYA TAK" -(ASST), di mana ianya dikatakan umpama 'box office' dan telah  diulang cetak sehingga 9 kali.Tahniah kepada penulis buku tersebut.





Sebagai orang yang menyokong industri ini secara tidak langsung (isteri penulis membaca dan mempunyai hampir seribu lebih judul koleksi novel tempatan), tapi novel ILUS ini membuat kan penulis amat amat tidak berpuashati dan jauh di sudut hati,amat berkecil hati dengan tajuk itu sendiri.

Kenapa penulis berkata demikian? Penulis blog membaca berulang ulangkali dan melihat maksud judul dari segi tersurat dan tersirat.
Nota: 
a. Untuk tidak mengundang polemik, di sini penulis blog ini, hanya tidak bersetuju tentang perkataan 'stupid=sengal', agak kasar dan terlalu kurang asam atau salah penggunaan yang mendokong tajuk buku ini. Penulis blog tidak mempertikaikan isi kandungan, jalan cetita, teknik penceritaan dan sebagainya. Cuma ada sedikit kekeliruan dengan watak watak lelaki yang di illustrasi di blog blog peminat/ fb yang rata rata mengambarkan watak watak lelaki itu sebagai kacak dan mungkin menjadi impian dan mungkin menjadi dambaan setiap pembaca wanita buku ini, atau setidak tidaknya di alam fantasi mereka.

b. Penulis bukan orang persuratan, orang orang bahasa atau seumpamanya, tetapi menulis atas dasar ingin menyampaikan hasrat terpendam dihati.Pasti ada kekurangan atas sifat dan sikap peribadi penulis blog, atas kekurangan kekurangan itu, maaf dipinta

A.Tidak berpuashati
1.0  Untuk memuaskan hati penulis blog, catu carian perkataan 'sengal' dibuat di laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka, cuba klik sini dan isi perkataan  'sengal' di ruangan carian.

1.1 Hasil carian seperti berikut:
       Klik1
       Klik2
       Klik3

1.2  Hasil carian perkataan 'sengal', menurut pandangan saya, semuanya tiada kena mengena dengan sifat bodoh atau kecerdikan. Sengal selalunya dikaitkan dengan rasa sakit/kurang selesa ditubuh badan berkaitan yang selalunya dikaitkan
rheumatism

1.3  Walaupun sebaris, namun ia tetap bahasa Inggeris, tetapi genre dan isi perutnya tetap Melayu."Novel kita wajah kita" seharusnya menjadi garispanduan umum penerbit dan penulus buku.

2.0 Secara sebutan

2.1 Cuba suami menyebut kepada isteri begini. I LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.2  Seorang ibu kepada anaknya,  LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.3  Seorang isteri kepada suami,  LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.4  Pada pandangan saya tiada satu pun yang betul, dan kalau digunakan dalam kehidupan harian, mungkin si isteri yang mengucap demikian, mendapat hadiah khas, penampar atau marah marah sang si suami.

2.5  Mungkin si isteri pula beranggapan kepada si suami saja nak perolok olok ucapan sayang itu.


B. Amat berkecil hati
1.0  Bahasa 'slanga' telah dimartabatkan dalam novel tanah air

2.0  Bimbang budaya bercakap seperti itu menjadi  kebiasaan dalam kehidupan antara suami- isteti, anak-ibubapa, rakyat-pemimpin, iaitu hilangnya rasa saling hormat menghormati sesama sendiri. Syarikat TV berbayar Astro juga ada satu program bertajuk 'Sengal TV'

3.0  Kesal kerana secara tidak sedar, dibawah paras sedar, kita membenarkan perbuatan 'menghaluskan perkataan yang kesat'. (Kalau dalam persuratan rasmi, kita digalakkan menulis dengan gaya positiv dan konstruktif iaitu menggunakan petkataan seperti kurang bijak (bodoh), tidak kaya (miskin), agak cantik juga (hodoh), tidak untung ( rugi), kurang rajin (malas), dan seterusnya.Tetapi 'menghaluskan yang kesat' tidak dapat saya terima sama sekali.

Pada pandangan saya, sampai lah masanya penulis novel juga perlu peka terhadap perkara sebegini, walaupun ianya mungkin remeh kepada penulis novel tetapi tidak semua orang boleh menerima sedemikian rupa. Jangan nanti bila ada suara suara sumbang yang mengatakan karya novel tempatan bahasa Melayu selayak diangkat kiranya hanya sebagai picisan, maka diketika itu berteriak dan bertempiklah kita kepada mereka.

Semoga teguran ini dapat menenangkan hati saya dan sekali lagi tiada niat untuk saya mengajar itik berenang terutama kepada penulis MJ yang telah terbukti dalam penulisan beliau.

Semuanya yang baik datang dari Allah ,hanya yang buruk datang daripada saya juga di atas ketetapanNya.

Akhir kalam, Aslmkum wrhmhibtuh daripada  saya.

14
-------    2012
NOV






















Umum : Ketahui apa itu "Network Centric Operation"

13/11/2012

Semasa bersembang melalui chatting whatsapp, seorang chatters mengutarakan pandangan beliau tentang Network Centric Operation (NCO)

Berikut adalah pandangan beliau.

...............pihak pemerintah ada satu software & hardware, nama sistem tu ialah NCO (Network Centric Operation) sistem tersebut boleh di gunakan utk semua aplikasi termasuk dlm peperangan, sistem kewangan, sistem kecemasan, pilihan raya & berbagai2 lagi, sistem ini boleh trace link, membuat simulasi keadaan sebelum sesuatu keputusan dibuat, banyak lagi keupayaan sistem ini, harga beratus juta, & sistem ini saya ada jual, jadi apa saja yg kita buat (call, sms etc) semuanya boleh diketahui, jadi takda hal la kalau nak belasah etc. Kalau dia orang nak tau anytime. Jadi belasah je la jangan keterlaluan sudah lah,...........................

Tertarik dengan statement itu, penulus membuat carian di internet. Hasil carian adalah seperti berikut:

Foto 1
Gambar ini di ambil melalui hasil carian di Google

Foto2


Foto3


Foto4

Foto5

Foto6


Foto7

Secara umum, NCO, adalah satu simulasi program peperangan diujudkan oleh Jab. Pertahanan Amerika Syarikat di sekitar tahun 90an, dengan mengguna doktrin peperangan Amerika Syarikat yang dibantu oleh kecanggihan IT.

(Saya menggambarkan kecanggihan NCO ini sama seperti mana dalam cerita Terminator 3, di mana sistem pertahanan tentera menggunakan sistem IT canggih yang dipanggil SkyNet)


1.  Penulis muat turun  satu fail pdf, klik sini

2.  Penulis meneruskan bacaan di web site, klik sini

3. Lebih banyak gambar gambar yang boleh dilihat dan  lawati di sini

Selamat membaca.Terima kasih.










Tuesday 13 November 2012

Umum:Persijilan Halal, masih ada ruang untuk penambahbaikan.

13/11/2102

Penulis kali ini ingin membawa pembaca tentang perkara Persijilan Halal

1.0 Logo logo persijilan halal terkini yg diperakui
Semasa membeli belah di pasaraya hyper 'gergasi', di pintu keluar ada diletakan banner tentang logo halal yang diperakui Jakim. Rujuk foto di bawah ini.




2.0 Logo halal yang tidak diperakui

Logo halal yang dikeluarkan terdahulu oleh swasta kini tidak dibenarkan lagi

3.0 Badan berkuasa yang mengeluarkan persijilan halal
Kini hanya Jakim sahaja boleh mengeluarkan persijilan halal.

4.0 Membuat semakan halal melalui sms
Pengguna boleh membuat semakan halal dengan sms iaitu:




5.0 Logo halal antarabangsa diiktiraf Jakim



6.0 Untuk bacaan lanjut klik <sini>

7.0 Komen dan pandangan penulis

Masih ada ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan, iaitu

7.1 Logo-perlu diletakan nombor sijil dan mempunyai bar kod dan QR reader agar pengguna bolehb scan terus dan download di laman web berbanding sekarang, pengguna perlu cari satu persatu

7.2 Maklumat di scan melalui bar kod atau QR berupaya menukar makkumat data secara automatik menukar kpd mod sms yg dihantar terus kpd pusat sms. Maklumbalas perlu dihantar semula kpd pengguna sejurus pusat sms mengaksesnya.

7.3 Pada logo persijilan itu perlu nyatakan tarikh luput persijilan.

Ini adalah contoh cadangan penulis tentang logo halal sekarang yg masih  boleh ditambah baik












Monday 12 November 2012

Umum: Ceragem, tip kesihatan

12/11/2012
Terapi Ceragem Penulis mendapat maklum dari seorang sahabat di Cheras ada terdapat pusat terapi Ceragem.Ingin tahu lebih lanjut, penulis pun membuat beberapa 'search' di internet,maklumlah sekarang, apa saja maklumat dengan segera boleh dicapai melalui internet di hujng jari. Berikut penulis ingin kongsikan hasil carian itu. Apa itu Ceragem ? (penulis ringkaskan perkataan Ceragem dengan akronim "Crgm")
Ceragem ialah satu kaedah rawatan terapi yg menggabungkan teknik tradisional dan teknik barat. Tradisional kerana menggunakan falsafah 'Qi' iaitu kuasa dalaman yang berupaya merawat dalam teknik perubatan Cina/Korea. Teknologi barat kerana peralatan dicipta menggunakan teknologi urutan mekanikal,teknik radiasi termal dan teknologi bahan seperti sistem penghabaan berasaskan teori jade.
Peralatan Crgm menggunakan peralatan khas berupa katil, yang berupaya mengurut secara mekanikal dengan berbaring di atasnya.Satu alat mekanikal akan mengurut bahagian spinal, tulang belakang, tengkuk dan kaki sambil katil mengeluarkan radiasi termal.

Saturday 10 November 2012

Umum: resepi kacang pool aji

10.11.12

Hari nih penulis berkesempatan mencuba satu lagi resepi makanan ringan 'home made', simple, cepat dan bahan bahan mudah di dapati di dapor kita.

Penulis telah mmbeli bahan bahan lebih kurang 2 minggu lepas, namun atas alasan tidak berkesempatan, baru hari nih dapt mencuba.

(Penulis juga pada 15/3/2012 telah menulis perkara ini dalam blog ini.boleh rujuk di situ)

Terima kasih juga kepada sahabat lama iaitu Tuan Hj Saifulzaman yang bertanya tentang  resepi kacang pool itu.
(Kacang Pool Aji ..iklan follow  di:  linksaji.my/place/kacang-pool-hajijohor-bahru-2/)


Resepi:

7 biji bawang merah(kecil)
7 ulas bawang putih
1 1/2 sudu (B) ketumbar
1 1/2sudu (B) Jintan kasar
(Bahan di atas kisar & tumis smpi naik bau)
sedikit minyak untuk menumis
1 peket daging kisar (Ramly)
(lepas tu masukkan daging kisar sampai masak)
2 tin kacang foul (pool)
( 1 tin dikisar & 1 tin lg masuk jer terus ke dlm periuk)
Garam & gula secukup rasa..
(sesuaikan rasa dgn garam & gula)
*Baca bismillah & 3 Qul utk rasa lebih sedap ya...
HIASAN:
bawang besar, lada hijau -hiris
telur mata lembu
limau kasturi
Gambar ni ori, bukan copy paste eek..hasil dari resepi tadi

Ok, kpd Tuan Hj Saifulzaman, atau sesapa yg berminat, boleh lah mencuba. Sesiapa yang lalu di setesen bas Larkin, boleh mampir di kedai Haji Larkin utk menikmatinya....yes simple tp berkhasiat.

Selamat mencuba.






Umum: Gangnam style by Robot Charli dan replacement bibik

Bukan Korea, Malaysia,satu dunia tetapi juga menjadi satu fenomena kepada robot charli.

Saksikan sedutan vklip di bawah ini.



Dan klu susah nak cari bibik pembantu rumah, boleh fikir cara ini





Umum: AES detector untuk android dan klip dari youtube

Masih lg fobia dgn AES Detector????

Jangan risau, penulis ada mengumpulkan beberapa bahan berkaitan AES.

1. Klip video dari youtube.
     Lepas menonton, pasti panas hati.







2. Senarai penuh boleh rujuk di link

    http://akarimomar.files.wordpress.com/2012/10/lokasi-aes-had-laju.pdf


3. Senarai penuh AES Camera for android, boleh lawat link ini:-
 
     https://play.google.com/store/search?q=aes+camera+apps&c=apps

Thursday 8 November 2012

Umum: bab solat qasar

Dah agak lama penulis menyepi, sibuk brjalan jalan dihujung minggu bersama isteri tersayang dan anak anak.

Ok, kali ini, izin kan penulis mdoload youtube plak......



Penulis amik jer dari youtube .owner ialah Lancarjunk.







Lepas nih korang cari la sambungan solat tu kat youtube yer....


Wednesday 24 October 2012

Karikatur Semasa

Penulis ada 'subscribe group chat' dalam Whatsapp. Biasa lah bila dah berusia seperti sekarang ini topik yang paling menarik dibincangkan ialah senario politik tanah air.

Penulis mengikuti politik semasa tanah air bukanlah atas dasar dan kaca mata ahli politik tetapi lebih kepada 'poltik kepada seorang pengundi'

Penulis juga ingin meminta izin daripada admin chat group tu - Tuan Zubir, Cheras...untuk menngunakan karikatur karikatur itu dalam penulisan blog kali ini.-

Berikut penulis siarkan karikatur karikatur yang mungkin juga telah diulang ulang siar beberapa kali di lain lain group, fb, email, BBM mahupun whatapps.

Nota: Karikatur ini dikutip dari group chat, yang menggambarkan keresahan rakyat bawahan yang perlu mendapat perhatian pemerintah. Kata mereka, kalau tak berubah...kita ubah mereka...
ISU: Sebuah parti politik (bukan Melayu/islam) menentang hudud
ISU :AES
ISU: AES...dah tumbang pun
ISU: Kerisauan rakyat tentang ekonomi negara sekarang ini
ISU: Hei nih..sapa pulak nih...(mungkin anak anak salah seorang chatters tu..asalamkum pak...)
ISU: Keresahan rakyat bila menjelang dan bila tamat pilihanraya nanti..
Yang nih tiada kompromi lagi...

ISU: AES




ISU : Penggundi Hantu


   Diatas tadi itu hanya beberapa karikatur yang dikutip, kalau kita buat studi, tentang sesuatu kejadian, trending, dan apa kecenderungan banyak orang...maka boleh kita buat konsensus bahawa 'something got to be changed'......


Wallahualam....penulis sekadar ingin menyampaikan apa trending terkini...huhuhuuu.


























Saturday 20 October 2012


Cerita Tentang Kambing, ayam dan janggut panjang

Hari nih sempat melawat Ladang ternakan kambing di Kampung Teluk Penyamun, syarikat MJ Fatonah Sdn Bhd. (boleh lawat di: http://mjfatonah.blogspot.com/)

Hafiz, anak penulis amat terkejut melihat susuk tubuh kambing jantan jenis Boerman di kandang, lalu beliau teringat cerita tentang kambing yang penulis pernah cerita kepada beliau. Cerita nya bersifat lucu.

Kambing di kandang ternakan

Kawan myLaling, iaitu Kak Qyja Qareem, mendengar sepintas lalu cerita lawak myHafiz dan meminta myLaling menerang lanjut kepada beliau.

Begini.

Kak QQ, Joke yg myHafiz nak cerita begini....Suatu hari seekor kambing yg dianggap alim oleh semua haiwan di kampung, mensihati si ayam jantan.." ko nih Balung (nama ayam jantan tu),berhentilah, kawin, tinggal, kawin, tinggal kan  bini...aku tahu lah kau bapak ayam, kokok jer kuat...perangai...masyallah, dah lah  kokok berkirai, tahi terpalit kat ekor lentik ko tu"....kata kambing...panas hati dgn ckp2 si kambing tu, Balung mnjwb..." beginilah Ji (nama glamor si kambing tuh), ko nih nampak jer alim.....janggut jer harap panjang....tp cuba ko tengok, aurat pun ko tak tutup...tu...telur ko tu....tergantung jer...malu la ckit...kambing betina lain semua nampak.....jwb spontan ayam...

He he heh...itulah ceritanya kak QQ
Gamabar peserta peserta RKSS anjuran ditaja oleh KPS, bersamam sama dengan En Jamil ( Pengarah Urusan,MJ F),En Ismail, Pengurus CSR-KPS (boleh rujuk facebook beliau :  www.facebook.com/mohdismail.zamzam)  dan Pn Fatonah
dari kiri : Kak QQ (tak nampak muka), pemilik ladang Pn. Fatonah, berbaju biru yang  kiut tu is myLaling dan  isteri pengurus CSR  En Ismail, iaitu Pn. Zakiah.


Photo: myAzma dan rakan sekerja. Sesi lawatan ke pusat latihan. Menternak kambing

Penulis ada ambil gambar gambar semasa sesi penutup dan akan link blog ini, insyallah                                                                                                                         
Penulis bergambar dengan myLaling, kanak kanak baju merah tu ialah anak En Ismail  dan yang berbaju merah (di bahagian hadapan sekali ialah anak penulis), Kimi.

1.link 1    

2. Link2









Tuesday 16 October 2012



Umum: Jamuan sempena rakan sekerja yang akan mengerjakan  haji
Tarikh: 16/10/2012
Orang diraikan: Puan Rahimah Omar
Tarikh Penerbangan : 19/10/2012

Sperti biasa, setiap tahun, silh berganti orang mendapat peluang mengerjakan haji di Mekah. Bagi meraikan rakan sekerja jabatan ini, satu inisiatif telah diambil oleh rakan sekerja perempuan untuk menganjurkan  jamuan ini.

Beberapa minggu telah diambil untuk merancang majlis ini. Majlis uyang kecil dan sederhana, namun membawa penuh makna kepada semua yang hadir. Seperti biasa juga ketua bahgian telah diminta memberi ucapan ringkas, antranya ucapan ketua bahagian ialah:

1. Orang yang mengerjakan haji, (mengikut pengalaman beliauini yang telah beberapa kali mengerjakan haji da umarah), iaitu hendaklah jemaah itu sentiasa menjaga hatinya. [iaitu supaya selalu fokus akan tujuan ke Mekah]

2. Sentiasa menolong dan membantu serta berbuat baik sesama jemaah haji lain
3. Sentiasa bersedekah kepada peminta sedekah, biar sedikit tetapi kerap
4. Kurangkan bercakap benda benda tak berfaedah sesama jemaah,
5. Menghargai makanan yang diberi kepada kita, walaupun sedikit, tidak sedap, namun mesti sentiaa bersyukur mendapat rezeki
6. Beliau berdoa agar rakan sekerja bakal hajjah ini sentiasa mudah dan dipermudahkan menjalani ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur.
7. Beliau berdoa agar rakan sekerja bakal haji itu selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ketanah air.

Majlis diakhiri dengan jamauna ringan,

Wasalalam

================================================================

Footage tentang Kaabah ( buat pengetahuan En Wee Jye Chong)

Pandangan penuh Kaabah
1. Menjahit Kiswah
Kiswah   (Kelambu Kaabah) sedang dijahit

2. Sejarah Kaabah- rujuk di : klik sini



===============================================================

























Monday 15 October 2012

Aktiviti : Pulau Ketam 13/10/2012


Kembara ALAM@Pulau Ketam
ABIM-Selangorku Medicare.jpg
Pada tarikh 13/10/2012, penulis telah berpeluang menghadiri aktiviti kemasyarakatan anjuran ABIM-Selangor Medicare (anjuran KPS) dengan kerjasama ABIM Negeri Selangor, Sahabat Alam Malaysia, GPTD Unisel dan Briged Bakti Malaysia Caw. Selangor.

myLaling, anak anak iaitu Kimi, Hafiz dan penulis turut hadir di program itu. Kehadiran penulis adalah atas kapasiti spouse/mahram kepada isteri di mana syarikat  tempat isteri bekerja turut menyumbang dalam aktiviti ini. Kredit harus diberi kepada isteri penulis,syarikat tempat isteri penulis bekerja, CSR Dept., melalui Pengurus Encik Ismail Zam Zam dan En. Sharul Izzad  kerana mereka mereka sanggup berkorban masa bersama kelurarga demi aktiviti syarikat. Syabas.

Penulis akan menulis berdasar kepada pandangan peribadi dan tidak menggambarkan dan  tidak mewakili pertubuhan pertubuhan yang terlibat dalam program ini.

Para peserta berkumpul di jeti dan tepat jam 8.45am bertolak dengan bot laju. Rm7/dewasa dan Rm4/kanak (rujuk foto harga tiket dan jadual perjalanan http://db.tt/XjSWKSoW). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dan tiba lebih kurang jam 9.05am

Semua peserta brkumpul di Balai Islam, aktiviti dijalankan di tingkat bawah dan tingkat satu ruang solat.

Gambar gambar dan sedikit laporan aktiviti boleh didapati di :
https://www.facebook.com/media/set/?set=pcb.4831542230131&type=1

Antara lain aktiviti dijalankan ialah:


  1. Mengenali kawasandengan menemuramah Ketua Balai Polis dan melawat balai polis- oleh Kumpulan 1
  2. Mengenali  kawasan dengan menemuramah Ketua Balai Bomba Sukarela dan lawatan ke tapak- Oleh Kumpulan 2
  3. Projek alam sekitar dan gotong royong oleh Kumpulan 3

Peserta kemudian diminta membuat sesi pembentangan dan pihak penganjur akan merangkumkan semua maklumat ini. Seorang mualaf telah dibantu dengan peserta kumpulan 3 berkemas dirumah mualaf tersebut.

Moral of the story???....Tunggu di lain siaran.

Wwasalam.







Tuesday 2 October 2012

SEMBANG -SEMBANG TENGAHARI...... dengan rakan rakan fb.....

Tajuk: Jalanraya jalanraya yang dibina disekitar Bandar Tenggara (BT)
Tarikh siaran : 2/10/2012

Kali ini penulis tertarik untuk menulis tentang jalanraya jalanraya yang dibina disekitar BT

Untuk makluman, berikut adalah sedikit maklumat tentang Bandar Tenggara., iaitu:

Bandar Tenggara adalah sebuah pekan di Johor, Malaysia. Ia dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Sama seperti Bandar Penawar, perbandaran telah ditubuhkan sekitar tahun 1972 (?) oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) (KEJORA).

Bandar Tenggara terletak di antara laluan ke  Kulai, Kota Tinggi dan Kluang. Pembangunan perindustrian terutamanya dalam sektor pembuatan dan industri kecil dan sederhana di sini pertumbuhan pesat disebabkan kedudukan strategik yang menghubungkan antara pusat kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.
Majoriti penduduk BT ialah orang Melayu dan rata rata pengundi UMNO-BN.

Penulis berkahwin dengan isteri yang keluarganya bermastautin di BT, dan kerap kali balik kampung untuk berhari raya dan cuti cuti sekolah atau atas perkara perkara memerlukan pulang ke kampung.

Peta Lokasi BT:

Peta Lokasi yang diambil dari Google Maps berkaitan lokasi Bandar Tenggara

Pada tahun 2010Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam Negeri Johor, Dato' Ahmad Zahri Jamil telah memaklumkan status projek kerajaan pusat yang di jalankan oleh Kementerian Luar Bandar melalui JKR  untuk projek Rancangan Malaysia Ke 9 adalahseperti berikut,

Projek-projek yang masih dalam pembinaan (ketika itu bulan Mac 2010)  ialah:
1.  Pembinaan jambatan menghubungkan jalan Parit Haji Salleh ke jalan Parit Buluh, Mukim 5, Batu Pahat; 
2. Jalan dari Redong ke Selancar (Pahang); 
3. Jalan dari pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong, Kluang; jalan pintas dari Sengkang ke Felda Inas, Bandar Tenggara; 
4. Membina jambatan dan jalan dari Bukit Kepong ke Felda Maokil, Ledang

Nota:
Tiada sebarang lebuhraya telah dirancang atau sedang dibina di sekitar BT ketika makluman oleh Dato' Ahmad Zahri ketika itu, namun mungkin ada perancangan oleh  kerajaan di dalam RMK 10 (tahun 2010-2015). Namun penulis secara peribadi yakin  tiada lebuhraya baru akan dibina sehingga 2015 ini.

Jadi penulis rasa sekarang ini, jalan jalan tersebut ( spt di perkara 3) pasti telah siap dan kemungkinan besar diselenggara oleh JKR Negeri.

Penulis sempat juga berberapa kali menggunakan jalan pintas itu, dan mendapati tempoh untuk sampai ke Kulai hanya sekitar 15-20 minit pemanduan biasa jika dibandingkan melalui BT-Sayong- Taib Andak yang memakan masa hampir 45 minit aatu satu jam jika jalan sedang sibuk.

Pada kebiasaannya, apabila sesuatu jalan hendak dibuat, beberapa perkara diambil kira iaitu:

1.proses pertama ialah menetukan jajaran j (alignment) jalan raya, di mana satu kajian penggunaan jalan dikaji oleh  JKR Negeri
2. Kos pengambil alihan tanah yang terlibat dengan jajajaran
3. Anggaran kos dan jenis jalan raya yg hendak dibina
4. Perlantikan juruperunding.
5. Proses mereka bentuk
6. Peringkat pembinaan
7. Peringkat mewarakan jalan
8. Pengunaan.

Cuma jalan pintas Inas -Sengkang itu perlu diselenggara secara sepatutnya,tambahan pula keadaan muka bumi, bentuk cerun curam dan permukaan jalan yang perlu diberi perhatian dan diambil kira semasa memandu. Ini ditambah lagi bahu jalan yang banyak  telah berlubang,terhakis,  laluan (atas bukit ) yang sempit dan kebanyakkan tempat di jalan Inas -Sengkang ini tiada peghadang jalan.

Sepanjang yang penulis ingat, semenjak dari tahun 1994 hingga sekarang, pembangunan di BT itu sendiri agak kurang. Cuma di lewat 5- 6 tahun lepas baru ada pembangunan yang dapat memberi impak kepada BT. Yang menariknya, bila terujudnya pembangunan  Bandar Anggerik, banyak pembangunan, ekonomi dan perniagaan tertumpu di Bandar Anggerik yang bersebelahan dan berhadapan dengan jalan utama Kulai -Kluang. 

Pada pandangan peribadi penulis, pusat kegiatan ekonomi setempat di BT masih boleh gah selagi ujudnya  Stesen Bas, pejabat Pos, Pam Minyak, 

Bersambung lagi minggu hadapan....linsyallah.....







Monday 17 September 2012

kalendar 2013 dan cuti cuti umum

Umum: Seminggu yang lalu

1. Sabtu  15/9/2012- Menghadiri majlis perkahwinan Farhana Majid (my wife frenz)

laman web yg dilawati:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/09/rakaman-penuh-kenyataan-hishamuddin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJCFa+%28Anak+Sungai+Derhaka%29
  1. My Azma (baju hijau)  bergamabar kenangan dengan pengantin
    Pihak pengantin masih lagi menyambut tetamu walupun ketika itu dah jam 3.30 pm


  2. Sebelum balik ambil kesempatan singgah di Setia City Mall

    Mywife, Kamil and Hanafi, photo edited
3. Sabtu-15/9/2012- terpandang gamabar breast scanning dan teringgat logo Petron

blog yg dilawati: http://blog-hangit.blogspot.com

4.  Jummat 14/9/2012- Hari terbuka Bhg Harta di Tkt 2Theatrette di myOfis


rakan sekerja bertugas menyambut tetamu.jemputan wanita disambut oleh petugas wanita

Decoration dinding dibuat segera 1/2 jam sebelum majlis

IMG-20120914-00043.jpg
Rakan sekerja dari kiri: YM Tengku, Mr Shuk dan Major Jamal


IMG-20120914-00042.jpg
Jemputan yg hadir

IMG-20120914-00041.jpg
gambar kenangan Raya 2012: dari kiri:En Tun, En Yuz, Penulis dan Mr Sany
blog dilawati: http://uncleseekers-v2.blogspot.com/

5.  Khamis-meeting bidan terjun di KB
IMG-20120913-00036.jpg
Kerja binaan masih berjalan(in progress)
IMG-20120913-00037.jpg
Jalan Kg Dusun KB,hampir dgn projek yg dilawati
IMG-20120913-00038.jpg
Masa hendak balik ke airport singgah beli Murtabak D'Royal, mmg sedap

blog yg dilawati: http://greenboc.blogspot.com/

6. Rabu 12/9/2012- menghadiri rumah terbuka Darby Park Hotel di restoran 10@binjai

IMG-20120912-00032.jpg
Hiasan ice carving menyambut tetamu
IMG-20120912-00035.jpg
Penulis bergamabar kenangan dgn AC Mizal