Monday 15 October 2012

Aktiviti : Pulau Ketam 13/10/2012


Kembara ALAM@Pulau Ketam
ABIM-Selangorku Medicare.jpg
Pada tarikh 13/10/2012, penulis telah berpeluang menghadiri aktiviti kemasyarakatan anjuran ABIM-Selangor Medicare (anjuran KPS) dengan kerjasama ABIM Negeri Selangor, Sahabat Alam Malaysia, GPTD Unisel dan Briged Bakti Malaysia Caw. Selangor.

myLaling, anak anak iaitu Kimi, Hafiz dan penulis turut hadir di program itu. Kehadiran penulis adalah atas kapasiti spouse/mahram kepada isteri di mana syarikat  tempat isteri bekerja turut menyumbang dalam aktiviti ini. Kredit harus diberi kepada isteri penulis,syarikat tempat isteri penulis bekerja, CSR Dept., melalui Pengurus Encik Ismail Zam Zam dan En. Sharul Izzad  kerana mereka mereka sanggup berkorban masa bersama kelurarga demi aktiviti syarikat. Syabas.

Penulis akan menulis berdasar kepada pandangan peribadi dan tidak menggambarkan dan  tidak mewakili pertubuhan pertubuhan yang terlibat dalam program ini.

Para peserta berkumpul di jeti dan tepat jam 8.45am bertolak dengan bot laju. Rm7/dewasa dan Rm4/kanak (rujuk foto harga tiket dan jadual perjalanan http://db.tt/XjSWKSoW). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dan tiba lebih kurang jam 9.05am

Semua peserta brkumpul di Balai Islam, aktiviti dijalankan di tingkat bawah dan tingkat satu ruang solat.

Gambar gambar dan sedikit laporan aktiviti boleh didapati di :
https://www.facebook.com/media/set/?set=pcb.4831542230131&type=1

Antara lain aktiviti dijalankan ialah:


  1. Mengenali kawasandengan menemuramah Ketua Balai Polis dan melawat balai polis- oleh Kumpulan 1
  2. Mengenali  kawasan dengan menemuramah Ketua Balai Bomba Sukarela dan lawatan ke tapak- Oleh Kumpulan 2
  3. Projek alam sekitar dan gotong royong oleh Kumpulan 3

Peserta kemudian diminta membuat sesi pembentangan dan pihak penganjur akan merangkumkan semua maklumat ini. Seorang mualaf telah dibantu dengan peserta kumpulan 3 berkemas dirumah mualaf tersebut.

Moral of the story???....Tunggu di lain siaran.

Wwasalam.







No comments: