Monday 5 September 2011

umum: Hari Raya 2011

SUATU HARI DI HARI RAYA Sambutan Hari Raya 2011

Sabtu 27/09/2011
Kami sekeluarga bertolak ke kampung, Bandar Tenggara, selepas berbuka puasa pada hari Sabtu 27/8/2011. Namun setelah berbuka puasa, akhirnya menjelang jam 10:30mlm baharu kami dapat bertolak dari Bandar BT Klang ke BT

Ahad 28/8/2011
Kenderaan berjalan lancar. Perjalanan diteruskan dengan pemanduan yang agak selesa namun dalam keadaan yang  berhati hati dan kalau tidak silap hampir 4 kali kami berhenti di R n R untuk ke tandas.

Jam 4.00 pagi seperti dijangka, kami tiba di bandar  Kluang untuk bersahur.


Kamil sedang bersahur
Habis sahur jam 4.45pagi kami bergegas bertolak untuk sampai ke rumah mak mertua sebelum waktu imsak. Kami tiba di BT tepat jam 5.25 dan sempat minum secawan dua air. Selepas solat subuh..aktiviti "krooh" bermula dan tersedar semula pada jam 11.00 pagi. "Hari nih sempat lagi kita ke pasar Ramadhan..nak beli juadah berbuka puasa" kata isteriku sebelum aku sempat melelapkan mata
Seperti biasa, tepat waktu berbuka, kami semua berbuka dengan menikmati juadah berbuka yang dibeli di pasar Ramadhan BT. Hajat hati nak buat solat terawih.

Aktiviti lain seperti bertenet dan  sahur berjalan lancar seperti biasa.

Isnin 29/8/2011
Persiapan menyambut raya mulai dirasai. Namun Pok Long dan keluarga, Mak Ngah dan keluarga, Lanz dan keluarga serta Gee, masih tak sampai sampi lagi. Siapa nak tolong kemas rumah atuk yang masih lagi dalam renovation nih????
Jam 2ptg Lanz sampai untuk menyiapkan saki baki kerja kerja wiring (rumah mak mertuaku ini di ubahsuai, namun tidak kesempatan siap)
Kimi sedang mengisi beras dalam sarung ketupat
Isteri, anak anak,aku dan mak mertua terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan raya kali   ini.

Jam 3.00 ptg pergi bayar zakat fitrah kat rumah pak imam di masjid BT. Kadar zakat RM7.50/seorang. Masih ada seorang dua yang berjualan di pasar Ramadhan dan kami semua berbuka dengan juadah beli dan ketupat+ rendang.
Malam raya kami sekeluarga secara adhoc membuat barbeque. Ala kadar tetapi berbaloi. (Gee sampai sebelah petang, Pak Long dan keluarga lewat malam)
Che Din sedang menunjukkan skil (ala ala mcm Bear dlm Man vs Wild) menyediakan tempat grill BBQ adhoc.

Selasa 30/8/2011- Hari Raya Pertama
Lepas solat subuh, dengan segera kejutkan anak anak dari tidur untuk persiapan raya. Setelah semua siap kami sekeluarga mengisi perut dengan hidangan juadah raya sebelum solat sunat aidlfitrti.
Tepat jam 8:30 pagi solat dimulakan diikuti dengan khutbah..(biasalah..ada jemaah yang datang terus duduk dengar khutbah dan selepas tu terpinga pinga bila semua orang bangun dan keluar sebab dah habis)
Pergi ziarah ke kubur pak mertua dan kak ipar.
Sampai dirumah, kami dinanti oleh kaum keluarga yang lain dan sesi bermaaf maafan, ang pau dan fotografi bermula.

Semua hadir kecuali Lanz dan keluarganya tiada kerana giliran beraya di Segamat

Dari kiri: Baby, mywife, kak ngah, kak mek, kak ucu.
Sepanjang hari kami semua sekeluarga tidak kemana mana hanya duduk dirumah menanti kedatangan handai dan taulan sambil menyambil menonton tv dan apalagi...krooohhh......

Seorang anak buah yang dah keletihan
Acara ini berlarutan sampai ke malam........ (insert picture mercun+ pelita)

Rabu 31/8/2011- Hari Raya Kedua
Kami sekelurga sepakat untuk ke Bukit Kemuning Ayer Hitam Muar, menziarahi keluraga mak mertua dan Wak Rohani  (kak sulong mak mertua) yang sedang sakit dan terpaksa bergegas semula ke BT kerana isteri ada majlis reunion bekas pelajar.
(to insert gambar wak rohani)

Sebelah malam kami sekeluarga  menghadiri majlis reunion bekas pelajar SMKBT.
Pengerusi memaklumkan selepas 27 tahun baru mereka dapat bertemu semula. Kehadiran hanya sekitar 45 bekas pelajar + suami/isteri dan ahli keluarga yang lain yang berjumlah hampir 300 orang (Macam jejak kasih lah pulak.) Acara dimulakan dgn doa, selawat nabi, lagu " intai kami antara nampak" dan ucapan pengerusi, bekas guru dan acara. Phak penganjur mensyaratkan peserta hadir dengan membawa hadiah untuk diundi tukar dengan perserta yang lain.
Komen penulis: Satu aktiviti yang bagus, yang memang sukar untuk diadakan. Penulis beranggapan bahawa projek ini berjaya, namun masih ada perkara yang perlu diberi perhatian. Izinkan penulis meberi komen ikhlas iaitu:
  1. Pihak penganjur/pengerusi  perlu mengiktiraf bahawa ini adalah kerjasama ajk dan ahli yang bekerja secara kumpulan  bersama sama membantu penganjuran dan tidak seharusnya timbul ayat seperti..."ini projek aku", (rujuk kat fb bekas pelajar dgn indvidu tertentu)
  2. Memori yang telah lama berlalu dan terpendam, kini telah menjadi segar dalam ingatan, namun peserta harus ingat bahawa keadaan dan masa telah berubah dan mereka kini telah menjadi suami/isteri  dan beranak pinak, perjumpaan ini mungkin dan telah dipanjangkan ke dalam fb, namun ia harus ditangani dengan bijak. Perasaan suami/isteri peserta harus dijaga agar tidak menimbul sebarang wasangka yang tidak baik.
Isteri penulis (peserta), Hafiz, penulis, Hanfi dan Kamil sedang berselawat ke atas Nabi.

Isteri penulis bersama kawan lama

Penulis bersama dengan En. Nor Hashim Hassan suami kpd peserta iaitu Puan Izzan. En Nor Hashim adalah seorang pengusaha homestay di Melaka. Boleh  rujuk blog beliau di http://sericahayahomestay.blogspot.com.
Sebenarnya kami sedang menunggu satay yang telah kehabisan untuk ditambah oleh pihak penganjur.

Gambar beramai ramai peserta reunion

Reunion tamat jam 12.00 tgh malam.  memori yang telah lama berlalu, segar  menjadi ingatan dan dah dipanjangkan melalui fb.(berwaspadalah  dengan fitnah fb ini...)

Khamis 1/9/2011-Hari Raya Ketiga
Tiada apa apa aktiviti selain menunggu tetamu

Jumaat 2/9/2011
Abang Mail dan anak anak , Faiz dan Faizul datang

Gambar Faiz masa kecil sekitar 1998. Penulis akan sisipkan gambar terbaru bila ada dalam simpanan.

Sabtu 3/9/2011
Bertolak untuk pulang ke BBT jam 11 pagi dan singgah di  Ayer Hitam, Kluang sebab Hafiz nak beli bot mainan guna kuasa stim,namun tidak berjumpa.




Penulis menyarankan kepada anak supaya memuat turun dari youtube kaedah mebuat sendiri.

Meneruskan perjalanan ke Batu Pahat kerana penulis berhajat hendak menjamah nasi beriani Mohd Shah di jambatan Peserai Batu Pahat.

Penulis bersyukur dapat menjamah nasi kegemaran ini walaupun
dapat laik ayam sahaja (lauk kambing dan daging dah habis)

Harga yang amat berpatutan
 Selepas itu penulis membawa isteri dan keluarga mengimbau nostalgia dan memori penulis ketika penulis berumur 5-8 tahun sering dibawa oleh bapa, jika balik ke kampung peserai, ke sebuah perkampungan penambang berhanpiran Bandar Penggaram (Batu Pahat)


Bandar Batu Pahat (Pengaram) kelihatan dari Kampung Penambang Peserai Batu Pahat Johor.

Pondok penambang yang telah tidak digunakan lagi.

(to insert foto penggaram,dan Lorong Amanah)


Mengambil keputusan menggunakan jalan raya utama Batu Pahat- Muar- Melaka.
Jam 6.30 ptg tiba di perkampungan Kg Mortem Melaka.
(to insert foto)

Salah sebuah yang dijadikan Home stay di Kampung Mortem Melaka


Isteri penulis di atas jambatan yang menghubungkan Bandar Melaka ke Kampung Mortem


Anak lelaki penulis, Hanafi


Anak lelaki penulis, Kamil dan Hanafi sedang berbincang sesuatu tentang teknik fotografi waktu senja.


Salah sebuah rumah di  Kampung Mortem
Meneruskan perjalanan dan keletihan serta mengantuk dan ambil keputusan bermalam di  RnR Hotel di Ayer Keroh Melaka.
Mywife, Kamil dan Hafiz sempat meng update stays fb mereka semasa di lobi hotel


Ahad 4/9/2010
Jam 11 pagi kami bertolak dan selamat tiba di rumah pada jam 1.00 tgh. Namun ada kerja yangperlu disegerakan iaitu mengemas runtuhan siling akibat ditimpa air hujan yang lebat.
(insert foto)

Insiden di rumah penulis di mana siling plaster dan cornice telah jatuh akibat hujan terlampau lebat pada hari Isnin.
Kerja mengemas bahagian  luar rumah selesai hingga ke maghrib.
Wasalam.