Wednesday 2 November 2011

Umum: BANJIR (pandangan peribadi penulis)

AMBIL IKTIBAR BANJIR DI BANGKOK
Fenomena banjir
Semua orang kini sedang mengikuti perkembangan banjir di kota Bangkok, Thailand.
Mungkin kah malapetaka ini boleh terjadi di negara kita????
Perkara ini (banjir) pernah diwar warkan satu ketika dahulu sekitar tahun 2005, di mana satu kajian mendapati beberapa bandaraya seperti Bangkok dan Delta Bangla berpotensi mengalami banjir besar. Sebab utama adalah "kesan pemanasan global".
Di Malaysia, antara zon berisiko tinggi adalah Pulau Pinang, Batu Pahat Johor, MiriSarawak, Kelang Selangor dan Pekan Pahang.


Secara umum, punca banjir boleh diklasifikasikan seperti berikut:

1. Banjir kini dikatakan lebih berpunca dari kesan peningkatan air laut oleh sebab pencairan salji yang menerima kesan pemanasan global.
  • Dikatakan kadar peningkatan adalah sekitar 0.09cm hingga 0.88cm setiap tahun. Jika kajian ini tepat dalam tempoh 15 tahun dan kadaran pemanasan dikira secara eskponen, akan datang paras air laut akan meningkat hingga melebihi 1.35m.
  • Bangkok dikatakan semakin rendah dari paras air laut  antara -10 hingga -13cm setahun
  • Hasil kajian tersebut mengeluarkan  andaian bahawa New Zealand dan Australia juga berkemungkinan boleh tenggelam secara keseluruhan, kesan dari pencairan salji di kutub utara/selatan
  • Kesan buruk daripada banjir jenis ini adalah ia akan memberi ancaman kepada produktiviti tanaman makanan, industri dan ekonomi setempat/negara.
2. Hujan monson.
Kadar keamatan hujan (intensity) atau kadar purata hujan bulanan berbanding '100 years  storm'
  • contoh: Stesen cerapan hujan Bayan Lepas, Pulau Pinang bertarikh 4/9/99 keamatan hujan ialah 288mm atau purata hujan bulanan ialah 339mm
  • contoh: Stesten cerapan hujan Tanah Merah Kelantan bertarikh 17/12/2005 mencatatkan keamatan hujan 366mm atau purata hujan bulanan ialah 550mm
  • Kedua dua tempat merekodkan banjir pada tarikh itu.
3. Keadaan rupa bumi sesuatu kawasan iaitu kebiasaannya tempat yang hampir di 'mulut laut' memang selalunya lebih rendah berbanding kawaswan di hulu sungai.
  • Lembah Kelang (secara spesifik, Bandar Kelang) adalah salah satu contoh. Penulis pernah mengendalikan projek 'Concret channel' bersaiz u-shape 6m x 12m dipasang hampir 3.6km di sekeliling 'green belt area' Bukit Raja Prime Industrial Park-bersebelahan Tol Plaza Sungai Rasau-mendapati beza 'invert level' saliran itu hanya mempunyai beza tinggi dengan 'mulut laut' sekitar 0.5m sahaja.
4. Sistem saliran di sesuatu kawasan
  • Kuala Lumpur dikatakan mempunyai sistem saliran yang mampu mengawal banjir dengan kaedah melambatkan kadar saliran air hujan , menakung air di beberapa kawasan perangkap dan menguruskan kemasukan air takungan hujan ke sungai utama- Sungai Kelang secara kawalan. Pembinaan terowong SMART telah banyak membantu mengurangkan banjir terutama banjir kilat di sekitar KualaLumpur.
5. Air laut pasang di muara sungai
  • Kuantiti air sungai yang banyak disebabkan musim hujan menyebabkan paras sungai menjadi lebih tinggi dan tidak dapat mengalir masuk ke laut apabila bertembung ketika air laut pasang. Pertembungan ini menjadikan kawasan muara seolah olah kawasan takungan dan akhirnya kawasan muara seperti kawasan berhampiran (sekitar Kelang) akan banjir.
  • Bila pertembungan berlaku, kawasan di ulu sungai, kawasan  seperti Gombak, Sentul dan Batu juga akan terlibat kerana air sungai penuh dan melimpah dan membanjiri kawasan seperti Kg Baharu KL, Sentul dan Ampang.
  • Bila tiga sungai utama di Kuala Lumpur melimpah, banjir kilat akan terjadi.
6. Saiz lembangan sungai.
  • Mendalamkan dan melebarkan sungai seperti Sungai Damansara, di sekitar kawasan Shah Alam banyak membantu melambatkan air sungai menumpu masuk ke laut dan dapat mengawal air sungai dari melimpah.
  • Pemasangan alat kawalan amaran banjir  dan sistem pam juga banyak membantu penduduk setempat seperti di perumahan TTDI Shah Alam daripada mengalami banjir besar seperi yang berlaku sekitar tahun 2006.
7. Kesan pembangunan di hulu sungai.
  • Penulis pernah membuat tesis / kajian untuk mengenalpasti apakah hubungan dan kaitan antara (*1)hujan (rekod hujan seawal tahun 1950an sehingga tahun 2000 untuk tiga stesen cerapan iaitu Yap Kwan Seng, Kg Berembang dan Jln Kelang Lama), (*2)pembangunan di hulu sungai (rekod kajian penggunaan tanah di utara Kuala Lumpur, kawasan seperti Rawang, Kepong, Bandaraya Kuala Lumpur, Jln Kelang Lama) dan (*3)jenis jenis saliran yang terdapat dalam bandaraya Kuala Lumpur.
  • Hasil kajian dengan menggunakan kaedah statistk (correlation), mendapati terdapat korelasi (hubung kait benar data secara matematik)  di mana faktor penggunaan tanah/pembangunan dikenalpasti memberi kesan besar terhadap banjir di Lembah Kelang termasuk faktor sampingan jenis jenis saliran digunakan.
  • Hasil kajian itu juga mendapati Sungai Kelang membawa banyak beban kelodak tanah, hasil buangan sisa binaan, sampah sarap dan lain lain bahan pejal industri yang menjadi penyumbang kepada banjir dan banjir kilat di sekitar Lembah Kelang dan kawasan muara. 
7. Tugas kita / kesimpulan.
  • Sebagai individu : Perlu sokong kempen 'anti pemanasan global' dengan membantu mengurangkan pelepasan gas dan udara panas di udara. Membantu kempen penjagaan dan pemuliharaan sungai serta mencegah pembuangan sampah sarap ke dalam longkang, saliran atau sungai. Sayangi sungai kita.
  • Pihak penguasa : Menguatkuasakan undang undang pemuliharaan sungai, memperbanyakan kempen kesedaran penting nya sungai dalam kehidupan seharian kita. Perancangan, reka bentuk  dan pembinaan struktur tambatan banjir mestilah dibuat secara serius dan berterusan.
  • Pihak Kerajaan/pemerintah: Menubuhkan satu Suruhanjaya Mengawal Banjir dengan mengujudkan sistem amaran dan ramalan banjir setempat mahupun nasional dan mengamalkan sistem pengurusan terbaik atau"best management practice" terhadap kawalan hakisan tanah, pengunaan tanah di lereng bukit/ulu sungai, kawalan pemendapan dan kawalan pantai.
Marilah sama sama kita berfikir sejenak  dan berganding bahu bersama sama cuba mengatasi masalah banjir ini. Ianya adalah tugas semua orang. Jadikan Bangkok sebagai satu iktibar. Pepatah Melayu ada mengatakan.." Jangan sudah terhantuk baru hendak tergadah" dan "mencegah lebih baik dari berubat"

SAMA SAMA LAH KITA RENUNGKAN. Wallahuallam...