Wednesday 23 November 2011

UMUM : Ikitibar dari Harimau Malaya : Sukan dalam kehidupan Kita

23.11.2011
Sukan Dalam Kehidupan Kita
Kali ini  penulis tertarik untuk membincangkan perihal sukan dalam kehidupan kita. Semangat juang anak buah Ong Kim Swee lebih menyemarakan semangat penulis dan diharap beliau dan skuad Harimau Melaya akan terus kekal dalam 'form' yang sama sebagai bekalan menentang pasukan Syiria pada malam ini.

Bersukan memang bagus untuk kesihatan. Malah kita digalakan bersukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu setiap sesi minima 45 minit atau berjalan kaki setiap hari sebanyak 10,000 tapak ( 1 tapak = 1 kaki, bermakna 10,000 kaki atau bersamaan 3.28km)

Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog ini, tentang pemerhatian dan penemuan penulis berkaitan sukan dalam  cara kehidupan. Namun penulis tidak  mempunyai sebarang niat tidak baik semasa membuat ulasan ini. Semuanya ini dikutip dari pembacaan emel dan fb yang penulis sendiri baca. Baiklah, "quote" sukan nya adalah seperti berikut:

  1. Scuba diving
  • dari fb....ada gambar seorang fren of my wife , di belakang ada banner berlogo tertulis......" DIVING LIKE SEX" pertama kali  penulis baca...memang terkezoot beruk, menggeletar lutut kawan ni dan mengerunkan..sebab my wife memang ada pasang cita cita nak terjun bersama mereka...(dulu ada ikuti snorkling...nampak nya penulis mungkin  tidak akan benarkan wife untuk berjinak jinak dengan sukan ini atau joint mana mana grup pergi diving tanpa bersama sama dengan penulis. Aktiviti ini juga diyakini lama kelamaan menjadikan tahap ketagihan menjalani aktiviti ini akan menjadi ekstrem pulak)..ialah kalau dulu 3 bulan sekali..lama kelamaan ingin setiap bulan trip diving....istilah mudah ..kemaruk diving....
  • Dalam banner itu tertulis lagi....."FIRST TIME YOU TRY, YOU WILL NERVOUS, BUT ITS STILL THE BEST THING YOU'VE EVER TRIED"
  • Dalam banner para kedua ....."THE MORE YOU DO IT,THE BETTER ITS GET"...
  • Para ketiga pula....."AS YOU DO IT WITH MORE PEOPLE, YOU LEARN NEW TECHNIQUES"..
  • Para keempat pula berbunyi ..."WITH EXPERIENCE YOU CAN DO IT LONGER AND DEEPER"...
  • Para terakhir, sebagai konklusi iklan tersebut..."IF YOU ENJOY SEX, YOU WILL LOVE DIVING"..
  • Untuk makluman gambar banner tersebut diambil di Pulau Perhentian, dipasang oleh syarikat penyedia alatan dan perkhidmatan scuba diving di pulau tersebut.
  • [Ulasan penulis: penulis tidak mengambarkan sukan ini sama seperti perlakuan sex, mungkin penggiat sukan ini ingin mengambarkan bahawa tahap ketagihan mereka untuk pergi diving dapat digambarkan sama seperti sex dalam kehidupan seseorang.Sukan ini adalah sukan yang baik, namun pada pandangan peribadi penulis ianya tidakk berapa sesuai untuk perempuan samada yang bujang atau dah berkahwin, terutama kalau pergi diving dengan berkumpulan dengan lelaki. Dalam kumpulan itu selalunya majoriti adalah lelaki dan perempuan perempuan itu selalunya memerlukan bantuan lelaki lelaki itu terutama semasa memakai tangki, naik bot ke pulau atau apa apa saja berkaitan aktiviti tersebut. Pergaulan bebas bukan muhrim inilah yang perlu kita sentiasa ingat dan waspada walupun ianya secara berkumpulan.Tambahan pula aktiviti ini adalah aktiviti santai dan percutian,  maka sudah tentulah akan ada aktiviti sosial seperti BBQ/Karaoke/Unggun api...ini pada pandnagan penulis tak sesuai untuk perempuan dah berkahwin atau pun bujang untuk menyertainya tanpa diiringi oleh seorang muhrimnya ...tambahan lagi di sebuah pulau dan  dikelilingi oleh lelaki bukan muhrim. 
  • kalau yang perempuan perermpuan itu masih berkeinginan untuk  pergi juga,....rancang percutian itu dengan suami, abang atau adik beradik yang muhrim...(selalunya yg inilah tak syok bagi mereka...wallahualam)...[diving antara sesama wanita sahaja juga tidak digalakan kerana faktor keselamatan diri]
2.  Sukan bolasepak (orang putih sebut footbal)...juga sedutan dari fb...dikutip semasa berlansungnya perlawanan antara Malaysia dan Indon baru baru ini.
  • permainan yang dianggap oleh sesetengah orang " permainan yang satu bola, direbut oleh ramai orang"
  • Ulasan penulis : Ini umpama seorang wanita (bola) diminati dan direbuti oleh ramai lelaki (pemain) atau apa apa juga andaian perebutan sesuatu yang diminati, contoh paling dekat nih..pilihanraya daa....
  • ada yang mendefinasikan seperti berikut:..."Entah le wat pe x paham...diorg tgk tv cite sepak2 benda bulat sebutir pastu jerit2..napetah..aduhaiii.."
  • " huwahahha... me enjoy with the " bende bulat sebutir" tu... golek2... sepak2... ehehhehe.."
  • Apa pun syabas kepada pasukan bola sepak negara kita kerana berjaya memepertahankan pingat emas, pingat yang dianggap ibu kepada segala pingat sukan sea ini.
3. Sukan golf 
  • G.O.L.F (Golongan Orang Lemah Fizikal) [penulis tidak bermaksud merendahkan sukan atau permainan in tetapai cuba membawa akronim ini sebagai bahan tulisan dalam blog penulis]. Namun sebenarnya sukan ini memang diakui mempunyai prestij yang tersendiri terutama untuk bersukan, komunikasi koperat dan melobi
  • ada yang mendefinasikan golf sebagai " Satu permainan yang memerlukan skil, fizikal,teknik dan pengalaman/kesabaran dengan menggunakan satu kayu dan satu bola untuk dimasukkan dalam berbelas malahan berpuluh lubang"...[peh..dalam hati penulis...satu skop yang sesuai utk SY dari Sinar Pagi sahaja....tagline.."I.... follow......" ]
  • Ulasan penulis:  sesuai digambarkan untuk perangai seperti ayam jantan. [penulis tak bermaksud golfer tu sama macam ayam jantan...
  • kebaikan : pernah ada satu surau di seksyen 7 shah alam, melalui jawtankuasa surau, menganjurkan pertandingan golf untuk penduduk setempat....aktiviti riadah yang sihat....
  • sukan ini bagi pandangn penulis amat bagus diceburi samada lelaki atau perempuan kerana ada etika berpakaian, tidak bercampur gaul lelaki dan perempuan (setiap 'fly' @group 3~4 org untuk complete kan satu pusingan 18/36 lubang)
  • malahan kalau serious dan menjadi pemain professional..oleh mendatangkan pendapaan yang lumayan
4. Sukan/permainan layang layang.
  • Satu sukan/permainan yang bermusim dan ikuti peredaran cuaca dan angin. Ada pertandingan peringkat anatarabangsa.
  • Layang layang yang paling popular di negara kita ialah Wau Bulan dan yang seumpamanaya.
  • istilah " fly kite" sering dituturkan oleh seseorang pada seseorang yang lain terutama bila terdapat pertembungan pendapat antara dua orang, antara bos dan pekerja...." I want you to complete and pass it back to me at 5 pm today" jawab pekerja " yes boss" itu masa depan boss...tp bila kekawan tanya apa boss nak..? dia jawab  "sudah lah boss tu, bossy plak...go fly kite lah...buat sendiri la kerja tu..bukan kerja aku.." .sambil tangan nya mengisyaratkan seperti memegang dan menarik narik  tali layang layang, ke atas dan kebawah
Setakat ini dahulu pemerhatian penulis  tentang jenis sukan, quoted dari fb dan ulasan peribadi penulis. 
Sekali lagi ingin penulis  terangkan bahawa pandangan seperti di atas tidak berniat membawa maksud merendah rendahkan jenis sukan itu, pelakunya atau penulis 'quoted dari fb'. Ianya adalah sekadar pemerhatian, imginasi  dan penilaian penulis,. Namun semua jenis "quoted" adalah asal original dikutip dari fb dan bukan rekaan penulis.

Akhirnya penulis sekadar menulis untuk share apa yang ada dalam minda..itu sahaja kali ini dari  seorang pemerhati.  Mohon maaf daripada penulis kepada pembaca jika ada yang merasakan ianya menyinggung dan berasa tidak senang hati dengan penulis kali ini.....

Kisah kehidupan daripada seorang pemerhati....mata, telinga dan hati