Saturday 7 January 2012

Tips Dari bos: kerja dgn Amanah Dan "jgn memancing dlm balang"

Telah agak lama penulis tidal post sebarang article dalam blog ini. Maklumlah sibuk menghabiskan cuti dgn keluarga dan Persiapan Persekolahan anak anak.

Penulis mula bekerja pad a hari Selasa 4/1/2012 dan pada hari esoknya penulis dipanggil berjumpa dgn bos utk taklimat ringkas tahun baru. Penulis telah dipanggil dahulu diikuti oleh seorang lagi rakan sekerja kerana ada perbincangan tentang projek yang lalu dan 2012.

Sedang dalam perbincangan,tiba tiba bos tersasar dari topik perbincangan dan seterusnya menceritakan pengalaman kerja beliau sehingga membolehkan beliau menjawat jawatan penting di syarikat yang mempunyai kos operasi,asset,hartanah dan pelaburan bernilai hampir 300bilion ringgit Malaysia.

Berikut adalah pandangan beliau, bagaimana beliau menempuh kejayaan dalam bidang pekerjaannya,iaitu:

1. Amanah dalam menjalankan kuasa yang diberi syarikat
2. Amanah dalam menjalankan transaksi kewangan
3. Amanah dalam menggunakan masa Dan waktu kerja
4. Amanah dalam menjaga asset syarikat

Tapi tiba tiba bos melenting Dan kelihatan begitu emosional bila beliau memberitahu tip yang kelima. pEnulis ketika itu begitu keliru Dan pening kepada siapa dituju, mengapa Dan kenapa.

Sebelum itu beliau meminta penulis mpenggunakan resources yang sedara optimum termasuk mendapatkan bantuan Dan memberi bimbingan kepada pelatih pelatih practical, cuma tambah beliau:

5. "Saya tak suka kalau kamu hendak memancing dalam balang,kalau hendak memancing sila pergi ke laut atau sungai, pantang saya kalau staff saya memancing dalam balang"

Binggung dgn tajuk ke 5 itu, penulis masa di rumah menceritakan hal itu kpd isteri. Setelah isteri explain baru penulis perasan maksud yang tersirat itu. Namun penulis yakin bos bukan hendak lepaskan perasaannya kepada penulis mahupun rakan yang turut Ada we Asa sesi perbincangan itu Dan penulis percaya is ya ditujukan kepada lain orang di jabatan tersebut.

Penulis pun hanya faham setelah isteri merungkaikan yang tersirat itu, siap dengan memberi klu klu sekali.Mujur penulis seorang yang sering memerhati dgn mata, hati Dan anggota Dan dgn adanya klu klu itu, penulis dapat merungkaikan maksud yang tersirat itu. TAhniah kpd isteri walaupun tidak sepejabat,mampu memberi klu klu yang berlaku depan mata penulis,cuma penulis sahaja yg " take for granted" saja.

Apapun Terimakasih kepada bos kerana member tips Dan pedoman bekerja termasuk teknik penyampaian yang secara "selamba" dan seni tersiratnya. Itu yang membezakan antara ilmu,ijazah,hikmah Dan pengalaman.maka benar lah pepatah "kelapa semakin tua semakin pekat santan" Dan berat padi semakin tunduk, berat lalang semakin tegak.

Apapun, tahniah juga kpd bos penulis itu kerana beliau masih mempunyai khidmat kontrak lagi setahun selepas disambung perkhidmatan selama 2 tahun selepas mencapai usia persaraan pad a awak Januari 2011. Beliau dijangka tamat kontrak pad a Januari 2013.

Sekian buat kali ini,wasallam