12/12/2011, jam 1.10 tgh
Lokasi: Cafetaria Jumpa, (lokasi sebenar di sekitar Jln Tun Razak)
Kali ini penulis ingin kongsi cerita tentang
kalau anda minat muzik dan menyanyi.
Setelah hampir seminggu penulis demam, hari ini kembali bekerja, seperti kebiasaan penulis menjalani kehidupan rutin harian seperti biasa.
Hari ini penulis mendapat seorang kakitangan baru, di mana beliau telah dinaikkan pangkat eksekutif. Dahulu beliau bertugas sebagai 'senior supervisor' dan kerana takdir dan rezeki, beliau telah lulus peperiksaan jabatan dan dinaikan pangkat. Beliau ini pernah lapur tugas dengan penulis hampir sepuluh tahun lepas dan kini kembali semula melapor tugas dengan penulis, tetapi dalam jawatan yang berbeza. Satu peningkatan dalam hidup beliau.
Sambil sembang sembang semasa makan tengahari, penulis bertanyakan keadaan anak anak beliau dan apa aktiviti beliau selepas lama tidak berjumpa kerana kesibukan tugas masing masing dan tempat bertugas yang berlainan.
Pada pandangan penulis, beliau ini berkemahiran sebagai sound engineer, berbakat dalam bermain alat muzik seperti gitar, teknosex, flute dan beberapa lagi alat muzik. Beliau juga sering diundang menyanyi di jamuan makan malam dan keramaian vip secara 'freelance'. Beliau juga pernah menyanyi untuk '2 piece band' bersama dengan Aawang BPR di mana beliau menyanyi dan Awang BPR pula yang bermain alat muzik.
Penulis sempat meminta tip dari beliau tentang dunia hiburan terutama dalam bidang bermain alat muzik dan menyanyi. Berikut adalah pandangan beliau:
- Kalau anak anakkita berbakat menyanyi, jangan disuruh menyertai pertandingan seperti bintang kecil dan sebagainya, sebab ianya bermusim dan sebaliknya ibubapa digalakan mendapatkan khidmat guru vokal.
- Guru vokal akan mengenal pasti bakat anak kita dan sejauh mana anak tersebut boleh pergi dalam bidang nyanyian. Jika anak anak itu benar benar berbakat, guru vokal boleh mencadangkan malahan akan mencadangkan ke saluran yang betul melalui persatuan atau kenalan mereka.
- Jangan menjadikan pusat karaoke atau karaoke itu sendiri sebagai platform latihan, kerana menurut beliau karaoke itu ibarat setakat "masak makanan untuk diri sendiri sahaja, tapi bila masak untuk orang lain, belum tentu orang lain akan makan kerana ianya hanya sesuai untuk si tukang masak itu sahaja".
- Sebaliknya perlu dikenal pasti dinamik, tone, lontaran suara, 'clean voice', 'vibrato', 'music bridge' dan beberapa lagi isitilah mengaji vokal yang penulis tidak berapa ingat.
- Tentang kemahiran bermain muzik, beliau juga menyarankan agar ibubapa mendapatkan guru muzik sebagai memberi panduan asas, bukan hentam keromo sahaja, kerana terdapat banyak teknik dan skill serta kaedah 'curi scale' terutama pada kaedah bermain gitar. Beliau akui terdapat beberapa pemain gitar yang tersohor memang tidak pernah mendapat latihan asas muzik, namun mereka itu adalah gifted, kerana bermain muzik dengan kaedah menghafal bunyi sahaja, mengingati bunyi dengan pancaindera seperti tangan, telinga dan cara berfikir mereka yang serentak.(Penulis kagum dengan penerangan yang beliau beri)
- Beliau juga mencadangkan anak anak yang bercita cita untuk bermain muzik, bermain genre muzik jenis "apa yang orang hendak dengar dan bukan apa jenis muzik yang hendak kita perdengarkan". Penulis tambah tertarik dengan beliau dan falsafah muzik beliau.
- Beliau menyarankan muzik yang laku dan mudah untuk mendapat duit sebagai wang tambahan atau sebagai sara hidup adalah muzik jenis 'soul' iaitu lagu rakyat dan lagu lagu tradisional dan kebudayaan. Beliau yang pernah bermain band, mencadangkan supaya anak anak menubuhkan band kebudayaan kerana jika berjaya bermain dengan baik, pasaran diluar sana terutama seperti majlis makan malam, berbuka puasa, orang kahwin, dan pesta pelancongan, sememangnya amat memerlukan bakat bakat muda yang boleh bermain lagu lagu seperti itu.
- Penulis bertanya apakah yang telah beliau lakukan untuk mendapatkan bahagian dalam industri itu, beliau berkata yang kini sedang berusaha menubuhkan band yang terdiri daripada pemain gitar, biola, gendang dan beliau sebagi pemain flute untuk main lagu lagu kebudayaan dan tradisional yang mana beliau akan beri penekanan kepada instrumental solo.
- Ditanya kenapa perlu instrumenta solo, lantas beliau menjawab " Tidak ramai yang boleh menyanyi lagu asli mahu pun lagu kebudayaan dengan suara yang betul betul clean, tambaan lagi jika sebarang suara sumbang akan mencacatkan majlis, maka dengan instrumental solo, beliau menegaskan tidak ramai yang sedar jika berlaku salah nota atau sumbang lagu.
- Penulis bertanya, apakah bayaran dan pasaran muzik asli dan kebudayaan. Jawab beliau, sekumpulan pemuzik (band) kebudayaan boleh dibayar sekitar dua hingga tiga ribu ringgit untuk show selama dua jam.
- Dan pasaran terbuka luas terutama dari Kementerian pelancongan, seni dan kebudayaan melalui program yang dijamin bayar berbanding dengan freelance dengan band rock atau indi yang selalunya penganjur lari bila tamat konsert atau persembahan.
- Pada hemat penulis ada benar akan tips beliau ini dan penulis ingin berkongsi pengalamn/tips beliau dengan pembaca blog ini.
Sehingga bertemu lagi pada artikel akan datang, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada beliau yang gigih bekerja dan terlibat dalam freelance band demi mencari rezeki tambahan di tengah tengah kotaraya Kuala Lumpur ini.
WASALAM.