Tuesday 27 December 2011

Umum: Makan Durian Part 1 dan Part 2

Tarikh: 25/12/2011
Tempat : Pondok Nasi Lemak Adventure, ILHAM Resort, Port Dickson
Masa : 5.50pm
Event: Makan Durian Part1


rujuk durian di link


Semasa menghantar Pakuda (Bapa kepada Faiz & Faizul)  ke stesen bas PD, dan semasa hendak singgah ke ATM Maybank di pekan PD, penulis telah terlihat kelibat penjual durian. Dipendekan cerita, penulis terus membuat tawar menawar dan membeli durian untuk di makan bersama sama ahli keluarga yang lain.

Ini adalah gantian bagi event BBQ yang ingin dianjurkan, tetapi  event ini dibatalkan pada peringkat perancangan lagi kerana dikhuatiri hujan. Namun bagi membuat satu kejutan, penulis dengan sendiri telah membuat keputusan untuk 'suprise'kan nak anak buah. Namun ada juga anak anak buah yang mungkin  tidak makan buah durian.

Sebelum bertolak dari pekan PD penulis berkomunikasi dengan isteri melalui SMS bagi meningkatkan kan lagi elemen suprise menunggu durian di kalangan anak anak buah, berikut antara SMS, iaitu:

Anak anak sedang bermain mini explorace, menerima berita ketibaan buah durian dan menunggu sementara di gim
Penulis(P) : dah beli durian kat PD, bleh info bebudak tunggu kat nasi lemak adventure, depan gate masuk....
Wife (W) : ok,

W: Dah bleh tunggu kat sana tak
P: lg 40 mnt(masih kat town PD beli brg2 pesanan)
W: kita org tggu kat gim,stamina utk bukak buah durian
P: ok baru gerak
P: jgn lupa bawa air kosong utk minum & cuci tgn

Anak anak buah dan ahli keluarga menunggu ketibaan buah durian. Kelihatan KIMI sedang membuat pemerhatian dengan memanjat spider web bagi mendapat pandangan yang lebih jelas.
P: ok lg 15 mnt , durian is coming
W: 5 min?
P: Make it 10 min, ada ckit jem

P: Are u ready??
W: We r at under the roof
P: buat stretching....yeaahhhhh

P: 500meter
P: 100meter
P:0meter,  finally durian is coming...yeahhhh

Selepas menikmati durian, anak anak buah iaitu Syaziman, Adan, Hanfi dan Kimi bersedia untuk mandi kolam
Makan Durian Part 2
Tarikh: 26/12/2011
masa:1.00tgh

Sesi makan durian diteruskan sebelum PakLong dan MakLong balik bersama keluarganya

Acara penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang SPM2011 iaitu  Syaziman kerana mendapat 8A . Cenderahati disampaikan oleh Makngah sebagai organizer dan ulang tayang oleh Che Lanz Hensen

Acara gambar beramai dan gambar mywife 

PakLong, dengan gaya tersendiri (gambar bawah sekali, sebelah kiri)
Terdapat lebihan durian, maka kami ambil keputusan untuk kopek dan isinya dibuat kuah durian. Hidangan kuah durian dapat dinikmati setelah dimasak oleh atuk pada sebelah petang untu sesi minum petang. Kuah durian sudah siap itu memang enak dimakan dengan cecah roti...emmmmmmm....

Monday 26 December 2011

Umum: Family Day ("FD") Bahagian Harta 2011

Lokasi: Kolam Memancing Seri Bayu, Sg. Tekala, Semenyih
Masa: 8.00 pagi-2.00 ptg
Tarikh: 17/12/2011
Anjuran : Tempat bekerja iaitu  Bahagian Harta

Pada hari Sabtu 17/12/2011 telah diadakan hari keluarga FD seperti lokasi dan masa yang telah dinyatakan di atas. Pada mulanya kehadiran dijangka sekitar 400-430 orang. Bagaimanapun atas kesibukan masa, masih ada beberapa rakan sekerja yang masih bekerja membantu bos, dan hal peribadi maka kedatangan adalah sekitar 180-200 orang sahaja, iaitu mengikut anggaran penulis.

Sebelum terlupa, penulis ingin menyampaikan penghargaan peribadi penulis kepada semua ahli jawatankuasa Hari Keluarga 2011 yang telah bertungkus lumus merealisasikan harapan semua rakan sekerja dalam menjalankan aktiviti FD. Sekalung tahniah juga kepada pegerusi FD iaitu Ir Hafizi Zakaria yang berjaya mengemudikan pasukan kerja dan AJK dan ramai rakan sekerja memuji konsep dan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, malahan ada yang dari awal awal lagi mencadangkan agar jawatan pengerusi itu dikekalkan kepada beliau untuk sekurang kurangnya dua tiga tahun lagi. Tahniah kepada Ir Hafizi dan barisan AJK nya.

Penulis ingin mengambarkan aktiviti FD dengan foto foto seperti di bawah.

Khemah termasuk kerusi dan meja  untuk keselesaan  rakan sekerja. Bergambar  kenangan (duduk), dari kiri, iatu penulis,En.Appandi dan Mejar (B) Jamaludin 

Aktiviti dan sukan keluarga

Gambar foto isteri penulis dan anak ketiga

Aktiviti memancing: Hj Roslan Mohd terjun ke kolam cuba menangkap joran  kerana  joran cuba dilarikan oleh ikan

Hasil tangkapan ikan oleh Hj Roslan mencecah hampir 0.8 - 0.9 kg.

Aktivi yang paling mendapat sambutan oleh semua iaitu makan durian. Penulis  bergambar kenangan smbil beberapa aksi dengan keluarga makan durian

Aktiviti kekeluargaan dan sukan dijalankan

Penulis sempat bergambar kenanangan (gambar kecil/bawah/kiri/: dari kiri, En Lutfi,  Ir Hafizi (pengerusi FD), penulis dan salah seorang AJK.


Secara peribadi penulis bolehlah katakan bahawa matlamat dan konsep FD ini berjaya mencapai sasaran, cuma rakan sekerja diharap di masa hadapan dapat memberi sedikit ruang kepada FD jika tiada sebarang aral melintang atau urusan  kepada FD yang telah dirancang oleh AJK FD. Apapun, mungkin ini acara penutup tahun 2011 untuk Bahagaian Harta dan penulis ingin mengucapakan selamat bercuti akhir tahun kepada semua.

Asalamualaikum wmbkth.

Sunday 25 December 2011

Umum : Antara Islam, Melayu dan Raja....dan bekas tapak kaki Hang Tuah di Tanjung Tuan

Hari Keluarga di Ilham Resort Port Dickson
24 Disember-28 Disember 2011

Asslmkum...kali ini penulis ingin cerita sedikit tentang hari keluarga ("FD"-Family Day) peringkat keluarga sebelah isteri.

Seperti biasa semua akan check in dan dapat bilik masing masing. Penulis kali ini akan menceritakan melalui gambar gambar yang telah di upload di FB berkaitan FD kali ini.


Bertolak dari rumah...Kamil sedang  update sedara mara yg kami " OTW"



Lebuhraya mengalami kesesakan mulai dari persimpangan Kesas-KLIA sehingga ke RR Seremban

Penulis dan keluarga selamat sampai ke destinasi sekitar jam 3.00 ptg dan mendaftar masuk.

Tapi apa kaitan tajuk di atas dengan percutian hari keluarga?? Tiada kena mengena langsung, malahan tajuk itu hanya gimik sahaja?

Begini, pada hari kedua iaitu 25/12/2011, penulis dan isteri, anak saudara dan kakak ipar telah berpeluang naik melawat rumah api Tanjung Tuan, maka adalah sedikit cerita tentang Hang Tuah. Apakah ceritanya, ikuti seterusnya penulisan ini.

Penulis melawat naik ke kawasan rumah api Tanjung Tuan dengan menggunakan jalan tar yang disediakan. Namun di pertengahan jalan, kami ambil keputusan untuk menjejaki jalan denai (jungle tracking). Sambil berjlaan dapat menikmati keadaan hutan rezab dan menghirup angin segar. 

Penulis berkesempatan meninjau satu bentuk di permukaan batu yang dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah. Lihat gambar:


Namun penulis agak skeptikal dengan dakwaan tersebut tanpa disertakan satu bukti dan data yang sahih. Jadi topik diatas akhirnya ada juga kena mengena. Teruskan bacaan anda.

Penulis sempat mencuba saiz kaki sendiri dengan bekas tersebut yang mana saiz bekas itu adalah lebih dua kali ganda besar dari tapak kaki  penulis

Untuk membuktikan dakwaan bahawa bekas tersebut adalah bekas tapak kaki Hang Tuah, satu kajian sejarah dan saintifik perlu dijalankan. Maknanya sebarang dakwaan haruslah dikemukakn dengan bukti kukuh tanpa boleh diragui berserta data dan maklumat sahih. Tapi adakah salah mempercayai tanpa bukti (persepsi) terhadap dakwaan tentang bekas tapak kaki Hang Tuah?...ianya terpulang kepada individu. Namun saintifik dan sains sosial malahan dalam kehidupan beragama sekalipun setiap sesuatu itu mesti bersandarkan kepada sesuatu yang sahih dan dari  sumber dipercayai.

Penulis meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di rumah api.




Penulis bersama isteri bergambar berlatar belakang Rumah Api Tanjung Tuan

Tanjung Tuan (Cape Rochado) selain digunakan sebagai rumah api untuk panduan kapal yang berlayar di sekitar tanjung itu, ia juga dijadikan tempat melihat burung (bird watching-Raptor) burung migrasi dari pelbagai negara terutama dari Rusia dan Eropah. Bir watching ini diadakan setiap tahun pada pertengahan bulan Mac.


Perigi yang dikatakan digali oleh tentera Belanda ketika dalam perjalanan ke Melaka




 Isteri penulis dengan kakak beliau


 Pemandangan di kawasan pantai Tanjung Tuan

 Penulis bersama sama anak saudara  berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan dalam mini explorasi

 Terdapat papan tanda berkaitan burung penghijrah





Kalau dikaji Hikayat Hang Tuah, pahlawan Melayu ini beragama  Islam, seorang Melayu dan taat setia kepada Sultan ( menyanjung institusi beraja). Tetapi sejarah juga telah menyaksikan bagaimana akhirnya beliau yang berpegang kepada 3 prinsip itu akhirnya dihukum bunuh oleh Sultan namun beliau diselamatkan oleh Dato; Bendahara lalu disembunyikan di tempat persembunyian tanpa pengetahuan sultan tersebut.

Jadi, apakah kaitan tajuk " Islam, Melayu, Raja dan bekas tapak kaki Hang Tuah di Tanjung Tua serta FD? Penulis sengaja ingin mengajak pembaca blog ini berfikir selangkah lagi kehadapan, melihat yang tersirat dengan keadaan semasa kini dan Hang Tuah. Jadi siapa pula Hang Tuah, pada masa sekarang dan pada zaman silam. Konsep ini telah dipegang oleh Hang Tuah dan terbukti akhirnya Hang Tuah telah dipersalahkan dan dijatuh hukum. Apakah sejarah akan berulang?Ppada pandangan peribadi penulis sejarah ini akan kembali berulang, dengan merujuk kepada teori 's'. Apa itu teori 'S'...penulis akan cuba huraikan di kesempatan yang akan mendatang.

(Teori S ini telah dipelopori oleh Aalmarhum Ustaz Yusuf  Rawa dan mungkin diteruskan oleh anak beliau, kalau penulis tersilap tentang Aalmarhum Ustaz dan teori S  itu,maka  mohon ampun dan maaf dari penulis, semoga mendapat feedback dan komen pembaca sekiranya ada)

Wasalam