Sunday 25 December 2011

Umum : Antara Islam, Melayu dan Raja....dan bekas tapak kaki Hang Tuah di Tanjung Tuan

Hari Keluarga di Ilham Resort Port Dickson
24 Disember-28 Disember 2011

Asslmkum...kali ini penulis ingin cerita sedikit tentang hari keluarga ("FD"-Family Day) peringkat keluarga sebelah isteri.

Seperti biasa semua akan check in dan dapat bilik masing masing. Penulis kali ini akan menceritakan melalui gambar gambar yang telah di upload di FB berkaitan FD kali ini.


Bertolak dari rumah...Kamil sedang  update sedara mara yg kami " OTW"



Lebuhraya mengalami kesesakan mulai dari persimpangan Kesas-KLIA sehingga ke RR Seremban

Penulis dan keluarga selamat sampai ke destinasi sekitar jam 3.00 ptg dan mendaftar masuk.

Tapi apa kaitan tajuk di atas dengan percutian hari keluarga?? Tiada kena mengena langsung, malahan tajuk itu hanya gimik sahaja?

Begini, pada hari kedua iaitu 25/12/2011, penulis dan isteri, anak saudara dan kakak ipar telah berpeluang naik melawat rumah api Tanjung Tuan, maka adalah sedikit cerita tentang Hang Tuah. Apakah ceritanya, ikuti seterusnya penulisan ini.

Penulis melawat naik ke kawasan rumah api Tanjung Tuan dengan menggunakan jalan tar yang disediakan. Namun di pertengahan jalan, kami ambil keputusan untuk menjejaki jalan denai (jungle tracking). Sambil berjlaan dapat menikmati keadaan hutan rezab dan menghirup angin segar. 

Penulis berkesempatan meninjau satu bentuk di permukaan batu yang dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah. Lihat gambar:


Namun penulis agak skeptikal dengan dakwaan tersebut tanpa disertakan satu bukti dan data yang sahih. Jadi topik diatas akhirnya ada juga kena mengena. Teruskan bacaan anda.

Penulis sempat mencuba saiz kaki sendiri dengan bekas tersebut yang mana saiz bekas itu adalah lebih dua kali ganda besar dari tapak kaki  penulis

Untuk membuktikan dakwaan bahawa bekas tersebut adalah bekas tapak kaki Hang Tuah, satu kajian sejarah dan saintifik perlu dijalankan. Maknanya sebarang dakwaan haruslah dikemukakn dengan bukti kukuh tanpa boleh diragui berserta data dan maklumat sahih. Tapi adakah salah mempercayai tanpa bukti (persepsi) terhadap dakwaan tentang bekas tapak kaki Hang Tuah?...ianya terpulang kepada individu. Namun saintifik dan sains sosial malahan dalam kehidupan beragama sekalipun setiap sesuatu itu mesti bersandarkan kepada sesuatu yang sahih dan dari  sumber dipercayai.

Penulis meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di rumah api.




Penulis bersama isteri bergambar berlatar belakang Rumah Api Tanjung Tuan

Tanjung Tuan (Cape Rochado) selain digunakan sebagai rumah api untuk panduan kapal yang berlayar di sekitar tanjung itu, ia juga dijadikan tempat melihat burung (bird watching-Raptor) burung migrasi dari pelbagai negara terutama dari Rusia dan Eropah. Bir watching ini diadakan setiap tahun pada pertengahan bulan Mac.


Perigi yang dikatakan digali oleh tentera Belanda ketika dalam perjalanan ke Melaka




 Isteri penulis dengan kakak beliau


 Pemandangan di kawasan pantai Tanjung Tuan

 Penulis bersama sama anak saudara  berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan dalam mini explorasi

 Terdapat papan tanda berkaitan burung penghijrah





Kalau dikaji Hikayat Hang Tuah, pahlawan Melayu ini beragama  Islam, seorang Melayu dan taat setia kepada Sultan ( menyanjung institusi beraja). Tetapi sejarah juga telah menyaksikan bagaimana akhirnya beliau yang berpegang kepada 3 prinsip itu akhirnya dihukum bunuh oleh Sultan namun beliau diselamatkan oleh Dato; Bendahara lalu disembunyikan di tempat persembunyian tanpa pengetahuan sultan tersebut.

Jadi, apakah kaitan tajuk " Islam, Melayu, Raja dan bekas tapak kaki Hang Tuah di Tanjung Tua serta FD? Penulis sengaja ingin mengajak pembaca blog ini berfikir selangkah lagi kehadapan, melihat yang tersirat dengan keadaan semasa kini dan Hang Tuah. Jadi siapa pula Hang Tuah, pada masa sekarang dan pada zaman silam. Konsep ini telah dipegang oleh Hang Tuah dan terbukti akhirnya Hang Tuah telah dipersalahkan dan dijatuh hukum. Apakah sejarah akan berulang?Ppada pandangan peribadi penulis sejarah ini akan kembali berulang, dengan merujuk kepada teori 's'. Apa itu teori 'S'...penulis akan cuba huraikan di kesempatan yang akan mendatang.

(Teori S ini telah dipelopori oleh Aalmarhum Ustaz Yusuf  Rawa dan mungkin diteruskan oleh anak beliau, kalau penulis tersilap tentang Aalmarhum Ustaz dan teori S  itu,maka  mohon ampun dan maaf dari penulis, semoga mendapat feedback dan komen pembaca sekiranya ada)

Wasalam


No comments: