Sunday 6 November 2011

Umum : Jalan Melayu versus Jalan Masjid India

Kali ini penulis hendak menulis tentang nama satu jalan yang sudah tidak kerap lagi digunakan (atau yang selalu disebut sebut). Nama jalan itu ialah "Jalan  Melayu".

Perkara ini juga telah menjadi perbincangan di antara kawan kawan penulis seperti Appandi dan Johari Halus semasa duduk duduk berehat  di bangku Stadium Merdeka,, lalu lantas apabila ditanya di mana Jalan Melayu, meraka sukar untuk memberitahu lokasinya, namun jika ditanya di manakah hendak membeli pakaian yang ada kepelbagaian jenis,  lantas mereka segera  menjawab." oh itu ada kat Jalan Masjid India."

Adalah amat pelik, hairan dan mengharukan, kenapa kedua dua rakan penulis tadi tidak dapat memberi maklumbalas kepada penulis tentang Jalan Melayu berbanding dengan Jalan Masjid India sedangkan mereka berdua ini telah melebihi sepuluh 20 tahun berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Google Maps
Jalan Melayu adalah satu jalan yang menghubungkan  antara Jln Tun Perak via Jalan TAR
Ketika masih kecil dan sehingga zaman bujang, penulis kerap membeli/menempah baju melayu untuk raya aidilfitri di Wisma Yakin Kuala Lumpur.

Namun sejajar dgn pemintaaan tinggi daripada pembeli,  peniaga kecil kecilan, pihak PBT telah menutup laluan masuk dari Jalan Melayu ke Jalan Masjid India  bagi menempatkan peniaga peniaga kecil kecilan di bawah satu bumbung bagi tujuan menggalak pelawat dan pelancung asing datang.

Apa yg penulis ingin utarakan di sini ialah tentang kebimbangan semakin lama kita akan kehilangan sedikit demi sedikit perkataan Melayu itu sendiri. Kebimbangan itu berpandukan kepada fakta berikut:
  1. Nama sepertri Jalan Masjid India  adalah lebih popular daripada Jalan Melayu, rata rata mereka yang pergi membeli belah terutama pada musim musim perayaan hari raya, mereka akan berkata "..pergi shopping kat Jalan Masjid India, walaupun mereka sebenarnya membeli belah di kedai kedai dalam bangunan Wisma Yakin.
  2. Jalan Masjid India adalah merupakan jalan yg membawa pembeli terus hingga ke Semua House
  3. Di kiri kanan sepanjang Jln Masjid India terdapat kedai kedai kelengkapan harian dan lebih maju dari di Jalan Melayu
  4. Malahan gerai gerai perniagaan di laluan belakang Globe Silk Store juga disebut sebut sebagai Jalan Masjid India.
Kebimbangan penulis lebih menakutkan bila suatu hari nanti tidak mustahil Jalan Melayu akan hilang, atau ditukar namanya sama seperti nasib:
  1. Lembaga Letrik Tanah Melayu ditukar nama Tenaga Nasional Berhad
  2. Keretapi Tanah Melayu ditukar nama kepada KTMB 
  3. Tidak mustahil suatu hari nanti Jalan Melayu juga bertukar kepada Jalan Melayu Satu Malaysia pula.
Kesimpulan:
Jalan Melayu harus terus dimajukan dengan  memperbanyakan  promosi atau makluman ujudnya  Jalan Melayu. Secara simbolik, nama jalan itu sendir perlu kekal gah. Ada pendapat mengatakan" kuatnya Islam di sesuatu negara kerana di dokong juga oleh bangsa di negara tersebut. Jadi Tonggak Melayu - Islam ini perlu dikekalkan bagi kestabilan bangsa dan beragama.

Jika budaya, nama, warisan Melayu terhakis sedikit demi sedikit, secara tidak langsung Islam juga boleh terhakis kerana oranr orang Melayu yang mendokongnya telah turut terhakis.

Sekian menurut pandanag peribadi penulis.

--------------------------------------------------
Tinjaun penulis ke lokasi pada 6/11/2011 sekitar jam 11.30pm ialah:

  1. Memang sah ada satu papan tanda "Jalan Masjid India" di selekoh kiri via Jln Tun Perak. Sepatutnya jalan ini ditandakan sebagai "Jalan Melayu"
  2. Apabila menyelusuri jalan ini (selepas belok kiri dari Jln Tun Perak) akan kelihatan satu tanda "Jalan Masjid India" dengan tanda anak panah menunjukkan arah sebelah kanan.
  3. Jika terus menyusuluri jalan ini, akan dapati tiada tanda menunjukkan bahawa ini adalah "Jalan Melayu" dan pengguna akan terus bertembung dengan persimpangan Jaln TAR -Jalan Melayu.