Monday, 16 April 2012

Satira : Jangan tolak menolak waktu dalam barisan, bulatkan barisan anda seperti pembetung " bulat air kerana pembentung"

Sekali lagi penulis  berpeluang menulis dalam blog ini. Shukran.

Seperti biasa, saya menjalankan tugas di stadium untuk datang mesyuarat dengan pihak kontraktor bagi membincang kan beberapa perkara berkaitan projek. Semua yang hadir dalam keadaan serius dan menumpukan perhatian terhadap apa yang dibincangkan.

Namun selesai sahaja bermesyuarat, hubungan pekerjaan menjadi lebih santai dan perbualan juga semakin rancak dan menarik. Apa yang istimewa hari ini? Hari ini saya agak bertuah dapat bertukar tukar pandangan tentang isu isu semasa dengan dua orang yang sama tapi berlainan. Pertama, Johari Stadium (nama sebenar dirahsiakan -JS) dan seorang lagi Johari Kontraktor  (nama sebenar dirahsiakan-JK). Yang seorang itu rendang dan kecil molek iaitu si JS, manakala seorang lagi tinggi lampai dan bertubuh sedap iaitu JK. Kedua dua JS dan JK ini pada pandangan penulis mempunyai fahaman dan pemikiran siasah yang  berbeza seperti bezanya antara A dan B.

Mengapa A dan B berbeza? Dari segi logik A ialah huruf rumi  dalam  kumpulan vovel iaitu  A,E,I,O,U manakala B ialah huruf non-vovel maka mana mungkin dalam kumpulan yang sama, tetapi mempunyai kesamaan yang umum iaitu huruf Rumi
Emmmm..anda rasa tidak menarik? Teruskan pembacaan anda.

JK memulakan perbualan dengan menyentuh suhu dan iklim siasah (politik) semasa negara dengan berkata " Kita perlu rujuk kepada kumpulan yang lebih senior dalam banyak hal terutama yang melibatkan negara" JS pula melontarkan pandangan dengan berkata " Tidak perlu, kerana mulai dari zaman ibubapa kita hingga sekarang, kita  orang Melayu dah melebihi 50 tahun, masih kita merujuk kepada mereka, namun mereka yang berada dalam 'barisan" perjuangan masih tidak dapat menerima isyarat  perubahan daripada mereka mereka yang berada dalam barisan tetapi yang duduk jauh dibelakang.
JS : Jangan pandang kecil mereka yang duduk dalam barisan, walaupun di barisan belakang, malahan  mereka yang duduk dalam barisan belakang, mampu menolak orang orang yang berada dalam barisan hadapan. Namun kuasa rakyat (orang yang duduk di belakang) mempunyai peluang dan ruang untuk memilih imam mereka. Dibimbangi mereka yang berada jauh di belakang barisan mampu menolak orang yang dihadapan sehingga rebah dan penyek atau setidak tidaknya berjaya membuatkan mereka yang dihadapan terpaksa membuat langkah lebih maju kehadapan, ikut rentak mereka yang menolak dari belakang.  Jika tidak, gelombang asak mengasak dari belakang akan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap orang di barisan hadapan, atau setidak tidaknya mereka dihadapan terpaksa mendorongkan diri mereka kehadapan setapak demi setapak  bagi tujuan  kelangsungan kehidupan mereka.

Perbualan terhenti seketika dan  mungkin tidak disambung semula, kerana meja kami didatangi oleh ketua balai yang datang  untuk sarapan  pagi pada waktu rehat jam 10.00 pagi.

Di kesempatan akan datang, perbincangan  ini mungkin akan bersambung lagi..

Terima kasih daripada saya.