Tuesday, 13 September 2011

UMUM: Part 1- 13hb. September 2011, Attending Course (refresh balik)

Part 1: 13hb. September 2011, Attending Course (refresh balik)

Penulis kali ini berkesempatan menghadiri kursus selama 2 hari di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kursus ini bukanlah yang baharu bagi penulis, namun tidak juga salah menghadirinya dan juga sebagai ulangkaji.

Peserta kursus adalah seramai 14 orang sahaja, mungkin tarikh 13hb. dan 14hb. September masih ramai lagi yang  bercuti atau baharu masuk bekerja semula selepas cuti panjang berhari raya.


Susun atur meja yang lebih kepada sesi brainstorming dan bengkel
Kursus ini menggunakan pendekatan sesi penerangan dan diuji dengan  kes studi projek sebenar peserta.

Pada waktu rehat makan tengahari, penulis berkesempatan meninjau  beberapa restoran di hotel tersebut yang membawakan konsep 'international cuisin'. Tinjauan ini dapat membantu penulis dalam projek terdekat akan datang iaitu 'Cafe hotel ekslusif dengan harga berpatutan dan lobi tetamu yang mesra pelanggan'
Penulis ada mengambil beberapa gambar semasa tinjauan tersebut.

Restoran konsep Makanan Melayu

Restoran 'Royale Vietnam'
Di hadapan Restoran Turki: Pelanggan boleh memakai 'tarbus' yang disediakan pihak restoran  bersesuaian dengan konsep restoran tersebut.
Pandangan ruang 'lounge' untuk pengunjung berehat sambil membuat pilihan restoran mana yang hendak dikunjungi
Ooopps..maaf.. dengan sedikit aksi dari penulis. Gambar ini penulis dedikasikan buat isteri & keluarga dan berharap dapat membawa beliau ke restoran ini di kesempatan yang akan datang, insyallah....
Terdapat lagi lain lain restoran seperti konsep Eropah (menyediakan arak), restoran Korea dan Restoran Cina (tidak halal) yang penulis tidak titipkan gambar di sini kerana berasa ianya tidak 'masuk' dengan konsep yang penulis akan gunakan nanti.
Pada sesi sebelah petang (lepas makan tengahari) peserta kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan dan memulakan sesi 'brainstorming', 'mind mapping' dan diminta menggunakan 'project tools' untuk kes studi projek yang dipilih.
Rata rata bilangan peserta adalah di peringkat 'intermediate' dalam PMC (kecuali rakan sekerja penulis yang turut hadir iaitu Dr.Ir Hafizi Zakaria) maka penulis telah diminta oleh fasalitator  menjadi PM bagi sekumpulan 'mock PMC Team'  dan menjadikan projek semasa penulis sebagai kes studi (nota: penulis tidak mendedahkan kos dan beberapa perkara yang dikira 'confidential 'syarikat semasa sesi tersebut, cukup sekadar memberi panduan dan bagaimana ia dijalankan sahaja).

Penulis bersama rakan sekerja Dr. Ir Hafizi Zakaria
Kursus tamat jam 17.30h dan akan disambung semula pada esok hari iatu 14hb. September 2011.