SEMBANG -SEMBANG TENGAHARI...... dengan rakan rakan fb.....
Tajuk: Jalanraya jalanraya yang dibina disekitar Bandar Tenggara (BT)
Tarikh siaran : 2/10/2012
Kali ini penulis tertarik untuk menulis tentang jalanraya jalanraya yang dibina disekitar BT
Untuk makluman, berikut adalah sedikit maklumat tentang Bandar Tenggara., iaitu:
Bandar Tenggara adalah sebuah pekan di Johor, Malaysia. Ia dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Sama seperti Bandar Penawar, perbandaran telah ditubuhkan sekitar tahun 1972 (?) oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) (KEJORA).
Bandar Tenggara terletak di antara laluan ke Kulai, Kota Tinggi dan Kluang. Pembangunan perindustrian terutamanya dalam sektor pembuatan dan industri kecil dan sederhana di sini pertumbuhan pesat disebabkan kedudukan strategik yang menghubungkan antara pusat kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.
Majoriti penduduk BT ialah orang Melayu dan rata rata pengundi UMNO-BN.
Penulis berkahwin dengan isteri yang keluarganya bermastautin di BT, dan kerap kali balik kampung untuk berhari raya dan cuti cuti sekolah atau atas perkara perkara memerlukan pulang ke kampung.
Peta Lokasi BT:

Peta Lokasi yang diambil dari Google Maps berkaitan lokasi Bandar Tenggara |
Pada tahun 2010, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam Negeri Johor, Dato' Ahmad Zahri Jamil telah memaklumkan status projek kerajaan pusat yang di jalankan oleh Kementerian Luar Bandar melalui JKR untuk projek Rancangan Malaysia Ke 9 adalahseperti berikut,
Projek-projek yang masih dalam pembinaan (ketika itu bulan Mac 2010) ialah:
1. Pembinaan jambatan menghubungkan jalan Parit Haji Salleh ke jalan Parit Buluh, Mukim 5, Batu Pahat;
2. Jalan dari Redong ke Selancar (Pahang);
3. Jalan dari pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong, Kluang; jalan pintas dari Sengkang ke Felda Inas, Bandar Tenggara;
4. Membina jambatan dan jalan dari Bukit Kepong ke Felda Maokil, Ledang
Nota:
Tiada sebarang lebuhraya telah dirancang atau sedang dibina di sekitar BT ketika makluman oleh Dato' Ahmad Zahri ketika itu, namun mungkin ada perancangan oleh kerajaan di dalam RMK 10 (tahun 2010-2015). Namun penulis secara peribadi yakin tiada lebuhraya baru akan dibina sehingga 2015 ini.

Jadi penulis rasa sekarang ini, jalan jalan tersebut ( spt di perkara 3) pasti telah siap dan kemungkinan besar diselenggara oleh JKR Negeri.
Penulis sempat juga berberapa kali menggunakan jalan pintas itu, dan mendapati tempoh untuk sampai ke Kulai hanya sekitar 15-20 minit pemanduan biasa jika dibandingkan melalui BT-Sayong- Taib Andak yang memakan masa hampir 45 minit aatu satu jam jika jalan sedang sibuk.
Pada kebiasaannya, apabila sesuatu jalan hendak dibuat, beberapa perkara diambil kira iaitu:
1.proses pertama ialah menetukan jajaran j (alignment) jalan raya, di mana satu kajian penggunaan jalan dikaji oleh JKR Negeri
2. Kos pengambil alihan tanah yang terlibat dengan jajajaran
3. Anggaran kos dan jenis jalan raya yg hendak dibina
4. Perlantikan juruperunding.
5. Proses mereka bentuk
6. Peringkat pembinaan
7. Peringkat mewarakan jalan
8. Pengunaan.
Cuma jalan pintas Inas -Sengkang itu perlu diselenggara secara sepatutnya,tambahan pula keadaan muka bumi, bentuk cerun curam dan permukaan jalan yang perlu diberi perhatian dan diambil kira semasa memandu. Ini ditambah lagi bahu jalan yang banyak telah berlubang,terhakis, laluan (atas bukit ) yang sempit dan kebanyakkan tempat di jalan Inas -Sengkang ini tiada peghadang jalan.
Sepanjang yang penulis ingat, semenjak dari tahun 1994 hingga sekarang, pembangunan di BT itu sendiri agak kurang. Cuma di lewat 5- 6 tahun lepas baru ada pembangunan yang dapat memberi impak kepada BT. Yang menariknya, bila terujudnya pembangunan Bandar Anggerik, banyak pembangunan, ekonomi dan perniagaan tertumpu di Bandar Anggerik yang bersebelahan dan berhadapan dengan jalan utama Kulai -Kluang.
Pada pandangan peribadi penulis, pusat kegiatan ekonomi setempat di BT masih boleh gah selagi ujudnya Stesen Bas, pejabat Pos, Pam Minyak,
Bersambung lagi minggu hadapan....linsyallah.....