Saturday, 15 October 2011

AKTIVITI: Jumaat 14.10.2011 - Sabtu 15.10.2011

Tazkirah,Qiamulail dan Kuliah Subuh.

Lanjutan daripada siri Qiamullail pada bulan Ramadahn yang lalu, penulis sekali lagi bersyukur dapat kesempatan menghadiri sesi kali kedua yang dianjurkan oleh Kelasb Sukan dan Reaakrasi (dah kira sekarang Ini macam KSR itu dah umpama  "Unit Agama") di syarikat tempat isteri penulis bekerja.

Program adalah seperti berikut:
14.10.2011 jam 6.30 ptg.
Aktiviti:- check in,Maghrib berjemaah, Tazkirah oleh YB Dr. Hassan Ali, solat Isyak dan makan malam.Para peserta disediakan bilik penginapan di hotel oleh syarikat tempat isteri penulis bekerja untuk keluarga/peserta  yang meyertai program ini. (Program ini turut disertai oleh Pengerusi KDEB/ KPS dari awal program hingga tamat keesokan harinya.)
Penulis dan isteri  bergambar sejurus tamat program jam 9.45 mlm 
Ringkasan tazkirah oleh Dr. Hassan Ali:
Beliau membawa tajuk "Menjadi khalifah". Seara simple beliau mengupas mengapa perlu manusia memenuhi tuntutan menjadi khalifah.

Menurut beliau manusia mesti menjadi  khalifah kerana itu adalah tujuan asal Allah mencipta manusia dan untuk menjadi pembantu kepada Rasullah mengembangkan dan memertahankan akidah Islamiyah.Beliau membawa beberapa dalil Al quran dan dalil dalil ulamak muktabar seperti kupasan terjemahan Al quran daripada Syed Hassan Al bana. Secara perbandingan beliau membandingkan skop kerja individu yang bekerja di syarikat dan skop kerja manusia sebagai khalifah, sebagai perbandingan analitik adalah seperti  berikut:

  • Sebagi Khalifah:  manusia itu  telah berjanji dgn Allah semasa di alam roh tentang persetujuan manusia itu menerima  perlantikan khalifah dan perlantikan itu adalah berkuatkusa secara automatik sejurus manusia itu mencapai usia akil baligh.Perlantikan sebagai khalifah kekal dan akan dipersoalkan pada hari kiamat
  • Manakala perlantikan ke sesuatu jawatan yang  dibuat oleh syarikat, berkuatkuasa setelah mendapat surat perlantikan daripada HR dan boleh ditamatkan oleh kedua belah pihak tertakluk kepada syarat syarat dipersetujui semasa perlanikan.Skop kerja pula akan tamat bila sampai waktu persaraan atau perkhidmatan tidak diperlukan lagi
  • perlantikan  sebagai khalifah itu berpaksi kepada Jihad terhadap hukum Allah, Amal Makruf Nahi Mungkar,
  • Perlantikan sebagai pekerja pula bergantung kepada keperluan syarikat dan kelayakkan / kelulusan yang perlu dipenuhi bagi memenuhi keperluan pekerjaan tersebut
  • Jihad itu ialah mencakupi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat, seperti jihad dalam ekonomi Islam, jihad dalam pentadbiran Islam dan apa apa juga pekerjaan yang ada good value yang dilaksanakan menurut acuan Islam. Ianya akan dicatit oleh malaikat dan akan dipersoalkan nanti di akhirat tentang tanggung jawab melaksanakan perintah sebagai khalifah dan setiap keputusan mentadbir yang telah dibuat.
  • Skop kerja khalifah dipantau oleh malaikat dan 'appraisal' adalah direct dihadapan Allah S.W.T
  • Skop kerja khalifah mencakupi lingkungan ummah. Unit sosial paling kecil dalam pembentukan ummah ialah keluarga. Suami harus menjadi khalifah (pemimpin/pelindung) terhadakp keluarga yang mengandungi ahli seperti isteri dan anak anak. Ahli keluarga perlu diterangkan tugas dan peranan masing masing, isteri mesti taat dan hormat kepada suami, anak anak patuh kepada kedua ibubapa, tangungjawab ibubapa perlu mendidik anak anak mengikut acuan Islam,
  • Khalifah akan membentuk keluarga kearah yang Allah kehendaki, kelaurga yang baik akan menjadi ahli kariah yang baik--->masyarakat yang baik----> negeri yang baik -----> ummah yang baik--->negara yang baik.----->pembentukan sebuah negara Islam
  • Bila semua orang faham tugas perlunya taat dan patuh perintah Allah, segala urusan di dunia dan akhirat akan dijamin oleh Allah.
  • Skop kerja pekerja pula digarisi /dipantau oleh prosidur, kaedah mentadbir, appreisal oleh pihak atasan syarikat
  • Beliau juga menasihatkan ibubapa sentiasa berwaspada dengan taktik licik pendakwah Kristian yang kini semakin aggresif mengkristiankan umat Islam.
  • Apabila setiap manusia itu betul betul faham mengapa perlu menjadi khalifah, dapat menjalankan jihad dan amal makruf nahi mungkar, maka pembentukkan umah akan dapat ditangani dengan lebih mudah, setiap muslim mesti  tahu peranan dan tanggungjawab mereka, maka lebih mudah sebuah negara Islam dapat dibentuk.
  • Pekerjaan, prosidur, undang undang walau sebaik manapun di kacamata rakyat, tetapi jika tidak bersandarkan kepada Islam, masih tidak lengkap dan ada kepincangannya, berbanding dengan posidur, undang undang, ekonomi yang berlandaskan syariah dan Islam, akan diperakui oleh Allah di dunia dan kahirat..
  • Beliau meminta para peserta program tazkirah ini  membuat rujukan dan memahami secara lanjut keperluan melaksanakan peintah Allah dengan mengkaji  tuntutan  mengapa setiap muslim wajib menjadi khalifah di muka bumi ini.
  • Nilai kerja berpasukan, team building seperti yang dianjurkan oleh Steven Covey iaitu seven habbits, walaupun nampak seperti Islamik, namun hanya dikira sebagai  "good value" setakat di  dunuia ini sahaja kerana mash tidak bersandarkan sepenuhnya kepada maksud Khalifah itu sendiri dalam konteks Alquran, Sunnah dan Hadis.HANYA SETAKAT BOLEH DIPAKAI DI DUNUIA SAHAJA.

Selesai tazkirah, para hadirin mengerjakan solat berjemaah Isyak dan sebelum bersurai jamuan makan malam diadakan di cofe house hotel ini.

Gambar gambar sekitar cofe house.


Bersama sama Hafiz
Lagi gambar bersama dengan isteri
Bergambar ala ala nasyid gitu....

Gambar isteri (berjubah hitam) bersama rakan sekerja beliau yang turut hadir program tersebut

==========Tamat-wasallamu========




Monday, 10 October 2011

AKTIVITI : Sabtu 8.10.2011 " KL International Muay Thai Super 8"

Bertempat di Stadium Taman Titiwangsa Kuala Lumpur.(TTIKL)

Kali ini penulis berkesempatan mengikuti perkembangan suka tomoi a.k.a kick boxing (muay thai) secara lebih dekat setelah hampir 17 tahun meninggalkannya terus sejurus berkahwin.

 (Sebelum berkahwin penulis pernah mengikuti kelas tomoi lebih kurang setahun, di Taman Dato' Dagang, Ampang di bawah bimbingan Abe Saed (Abang Syed, seorang Lawyer) bersama sama kawan iaitu Mohd Appandi Rafik (Apandi adalah anak buah Dato Zaman Khan dan orang Kelantan asal dari Kampung Berek, Kuarters Kastam Kota Baharu).

Penulis telah ketinggalan menyaksikan beberapa kejohanan sejak diadakan beberapa tahun lalu di Std. Melwati Shah Alam. Yang terbaharu ialah KL International Kick Boxing (promoter "Voltage") pada 24hb. Sept. 2011 yang lalu.

Sebelum masuk ke stadium, saya telah sempat meronda sekitar TTTKL  yang pernah menjadi nostalgia penulis dalam aktiviti sukan berkayak sekitar 1986-88 (akan diceritakan kemudian dalam bab kayak).

Saya dan isteri bergamabr dihadapan Stadium Titieangsa sebelum pertandingan bermula

Gambar yang diambil oleh Kamil (anak sulong) menggunakan teknik  pengambaran fotografi di TTTKL.

Perlawanan pada hari tersebut adalah masuk hari yang kedua dimana seramai 4 orang peserta merebut 2 tempat untuk ke peringkat akhir dan satu perlawanan jemputan.Perlawanan bermula pada jam 9.30 mlm lewat 1 1/2 jam dari masa dijadualkan.

Untuk makluman, sukan tomoi pernah diharamkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan seawal pertengahn tahun 90an ianya dapat dihidupkan kembali.

Pada pandnagn peribadi penulis, ada bebarapa faktor ianya diharamkan dahulu dan patut dikaji semula,iaitu:
1. Acara 'sembah acara' iaitu petinju akan masuk kegelanggang dan berada di suatu sudut (red corner atau blue corner misalnya) dan seolah olah berdoa/sembah kepada pengikat penjuru gelanggang dan pergi setiap sudut dgn arah lawan jam sambil memgang tali gelanggang.

2. Warming up yang disertakan tarian perang tomoi ke setiap sudut gelanggang.
Kedua dua acara ini seolah olah melakukan pemujaan namun hanya petinju itu sahaja yang tahu apa yang dibaca kumat kamit mulutnya dan niat dalam hati....
Penulis beranggapan bahawa ianya seharus dibuat sekadaran sahaj demi menjaga origanilti budaya timur. (seperti tae kwan do yg menunduk hormat setakat angguk sahaja)

Berikut adalah bebrapa babak yang sempat dirakamkan.

Salah satu acara muay thai
Penulis juga telah berkesempatan merakamkan salah satu perlawanan tersebut. Namun rakaman terdapat sedikit masalah tentang compatibile player.Bagaimanapun disertakan link ke youtube iaitu :







Pemenang talipinngang kejuaraan utk kategor 67kg dimenagi oleh Eddy Selendang Kuning menglahkan Pok Ku Kuda Merah dgn kiraan 47-51, 49-50, 48-50. Talipinggang disampaikan oleh penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza dan suami.

Dato K dan Siti selepas tamat menganugerahkan talipinggang kejuaraan

Sunday, 9 October 2011

AKTIVITI : Walimatul Urus 09.10.2011

Majlis Walimatul urus anak lelaki sulong Encik Mohd Azni Hashim iaitu Mohd Azwan Mohd Azni dan pasangan Raenah Hj Mohd Noor di Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Penulis mengenali En Mohd Azni sebagai rakan sekerja syarikat selama hampir 17 tahun.  Kalau tidak silap saya, beliau juga adalah Presiden Persatuan Penjaga Jentera Malaysia (PEJEMA).Secara individu beliau juga adalah seorang Chargemen B4 dan aktif dalam bidang politik (UMNO)  di kawasan Semarak/Wangsa Maju, aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang lain.

Sesi 'Makan Berdamai' kedua belah pihak  pengantin

Penulis dalam kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada beliau dan isterinya kerana mendapat menantu yang pertama.
Para jemputan memenuhi dewan.
Para jemputan mula mengambil makanan
Penulis bersama sama isteri dan anak anak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan tersebut sebagai  memenuhi undangan dari seorang rakan sekerja.

Rata rata para jemputan memuji keenakkan lauk yang disediakan melalui katerer.

Secara peribadi saya juga turut menyatakan bahawa lauk pauk yg disediakan sememangnya sedap, terutamanya nasi briyani. Tahniah En Mohd Azni Hashim dan isteri beliau.