Friday, 14 December 2012

Pengadil Korea......K Rajagobal, apa dah jadi nih......Malaysia vs Thailand, AFC Cup 2012: korean refree that make most Malaysian........

Malaysia vs Thailand

Salah satu sebab Malaysia a.k.a Harimau Malaya kalah, pada pandangan peribadi penulis adalah disebabkan sikap pengadil perlawanan yang kelihatan 'more advantage to Thailand'.

Lihat gambar

cuba lihat di posting fb Johor Southern Tigers, ramai yg kutuk refree nih
Ada seorang post di fb, dan mengatakan refree nih benggang dgn team Malaysia sebab beliau di tackle oleh pemain Malaysia semasa siri jelajah perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia tempohari. Saksikan video ni di youtube.

Klik sini
Lihat minit ke 7 di mana Rubem 'tackle' pengadil

Apapun, masa game dah tamat, dah kalah 2-0, pasukan kita pun ada kelemahan dgn sistem 4.5.1.
Komen dan pandangan peribadi penulis adalah seperti berikut:


  1. Sepatutnya, separuh masa kedua Coach  K.Rajagobal dah tukar format, dan malam nih Coach kurang menggunakan tektikal.
  2. Mutu padang yang sangat lembut tanahnya juga antara faktor yang patut diambil kira.
  3. Mengharapkan Mat Yo seorang amat tidak berkesan.
  4. Tektik pemain Thai memberi tekanan, main kasar dan maki memaki menjadi terkesan kepada pasukan pelawat.
  5. Pasukan negara memerlukan seorang perancang di bahagian tengah untuk mengkucar kacirkan benteng Thailand dan ini tiada dalam perlawanan ini.
  6. Hantaran silang, pendek, bola gol keeper hampir semuanya tersasar dan pemain gemar'berhempas pulas utk rampas bola, bila dapat salah passing ke pemain lawan'
  7. Corak 4.5.1 lebih kpd 'bertahan,tahan,tahan dan serang.
  8. Pasukan Harimau Malaya bermain dengan 10 orang pemain selepas lebih kurang pada minit ke 44, seorang pemain pertahanan dibuang padang ekoran bertikam lidah setelah diprovokasi pemain Thailand.Ini secara langsung telah menukar rentak permainan Malaysia
Apapun para pemain, sudah buat yang termampu, juga inginkan kemenangan, dan pujian harus diberi kepada mereka.

Tahniah Harimau Malaya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat 14/12/2012

Anatara komen pemain:


Tak tahu kenapa kad merah'

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas. 



Saya tidak kecewa: Raja 

eerasil (kanan) yang menyumbang gol pertama Thailand diasak pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam tadi.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kecewa selepas Malaysia gagal layak ke final Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu kerana anak buahnya sudah melakukan yang terbaik. »
Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, (depan) diasak pemain Thailand, Piyaphon Buntao dalam saingan separuh akhir kedua di Bangkok, malam tadi.








Tuesday, 11 December 2012

Umum: Pentingnya seorang isteri di sisi suaminya.

Bertepatan juga dengan trending bulan Disember iaitu musim ramai orang melangsungkan perkahwinan, rasanya  artikel di bawah ini sangat relevan untuk dibaca sebagai renungan. Kepada yang baru berkahwin, tahniah kerana berjaya menambat hati pasangan hidup masing masing hingga sampai ke jinjang pelamin dan kepada yang sudah lama berkahwin, guna dan manafaat kehadiran jemputan majlis perkahwinan sebagai 'refreshment' cinta anda kepada pasangan hidup anda.(Sama macam tuntutan mengingati mati semasa hadir pengkebumian atau melawat orang meninggal dunia)

Berikut ada satu artikel yang  saya ambil dari grup chat Whatsapp iaitu "Virtual Kopitiam-ONN" yang dipos oleh Saudara Jasmi, antara lain, adalah spt berikut:

Siapakah isteri di sisi kita

(Daripada penulis blog, Matiara Satu dedikasi khas buat isteriku)


“Orang selalu berkata ada bekas isteri atau suami, tapi tidak ada bekas anak dan bekas orangtua.”

Cerita bijak berikut ini mungkin akan mengubah pandangan tersebut dan membuat seseorang ingin memiliki suami atau istrinya sampai akhir hayat.

Seorang motivator mengadakan permainan kecil untuk para mahasiswanya yang sudah berkeluarga dan meminta satu orang maju ke papan tulis.

Motivator: “Tulis 10 nama yang paling dekat dengan Anda!"
Maka, mahasiswa itu menulis 10 nama (ada nama tetangga,orangtua,teman kerja,istri,anaknya,dst.)

Motivator: “Sekarang pilih 7 diantaranya, yang sekiranya Anda ingin hidup terus bersamanya!”
Mahasiswa itu mencoret 3 nama.

Motivatir “Silakan coret 2 nama lagi!”
Tinggal 5 nama.

Motivator: “Coret lagi 2 nama!”
Trsisalah 3 nama, yaitu nama orang tuanya, isterinya & anaknya.

Suasana kelas hening.
Mereka mengira semua sudah selesai dan tidak ada lagi yang harus dipilih.
Tetapi,tiba-tiba Motivator itu berkata, "Silakan coret 1 nama lagi!”
Mahasiswa itu harus mengambil pilihan yang amat sulit. Ia lalu mencoret nama orang tuanya secara perlahan.

Motivator: “Silakan coret 1 nama lagi!” Betapa bingungnya hati mahasiswa itu. Kemudian ia mengangkat kapur dan dengan lambat mencoret nama anaknya sambil menangis.

Setelah suasana tenang,
Motivator pun bertanya kepada mahasiswa itu. "Anda tidak memilih orangtua yang membesarkanmu, dan tidak juga
memilih anak yang merupakan darah dagingmu. Sedangkan istri, konon bisa dicari lagi. Tapi mengapa Anda memilih istrimu?”

Semua orang di dalam kelas menunggu jawaban dari mahasiswa itu, dengan penuh rasa ingin tahu.
Lalu si mahasiswa berkata, 

“Seiring waktu berlalu, orangtua saya akan pergi dan meninggalkan saya.Anak saya pun jika sudah dewasa lalu menikah, pasti meninggalkan saya juga. Sedangkan yang benar-benar akan menemani saya dalam hidup ini sampai akhir hanyalah ISTERI saya.
Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkan, tapi saya yang memilih sendiri ISTERI saya dari seluruh wanita yang ada di sekitar saya.  

Setelah membaca chat tersebut, penulis mengambil kesempatan untuk memanjangkan  cerita ini kepada semua Sang Suami  dan mendedikasi khas kepada isteri penulis dan dedikasi umum  semua yang bergelar isteri, di dunia ini.