Sunday 16 October 2011

UMUM : Kuliah Maghrib- Fadilat Ibadah Sunat Zulhijjah (BIG OFFER FROM ALLAH)

Tarikh: 15.10.2011 Sabtu jam 8.00mlm
Tempat : Surau Al Hidayah, BBT, Klang.[COORDINATE: 3.006641,101.438822 ]
Tajuk:  Fadilat Ibadah Sunat Zulhijjah

Dalil dalil tentang amalan di bulan Zulhijjah:
Klik di web ini untuk lihat dalilnya, iaitu : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2577.0


Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa terdapat 8 amalan di bulan Zulhijjah, mengikut seperti apa yang diterangkan oleh Ustaz Tunggul Wahidin, iaitu:

  1. Mengerjakan Haji dan Umrah
  2. Berpuasa sunat selama 9 hari mulai 1hb sehingga 9hb Zulhijjah
  3. Solat sunat Aidil Adha
  4. Memperbanyakkan takbir pada hari ke 10,11 dan 12 Zulhijjah
  5. Mengerjakan ibadah sunat qurban
  6. Memperbanyakkan zikrillah-"La hiilla ha illah lah"
  7. memperbanyakan  sedekah
  8. menggalakan siratulrahim
Tarikh tarikh penting:


October 2011 C.E.
Thul-Qedah - Thul-Hijjah 1432 A.H.
SatSunMonTueWedThrFri
1
3
2
4
3
5
4
6
5
7
6
8
7
9
8
10
9
11
10
12
11
13
12
14
13
15
14
16
15
17
16
18
17
19
18
20
19
21
20
22
21
23
22
24
23
25
24
26
25
27
26
28
27
29
28
1
29
2
30
3
31
4
November 2011 C.E.
Thul-Hijjah 1432 A.H. - Muharram 1433 A.H.
SatSunMonTueWedThrFri
1
5
2
6
3
7
4
8
5
9
6
10
7
11
8
12
9
13
10
14
11
15
12
16
13
17
14
18
15
19
16
20
17
21
18
22
19
23
20
24
21
25
22
26
23
27
24
28
25
29
26
1
27
2
28
3
29
4
30
5
1hb Zulhijjah = Jumaat 28.10.2011
2hb              = Sabtu 29.10.2011
3hb              = Ahad 30.10.2011

dan 9hb       = Sabtu 05.11.2011
10hb [hariraya qurban] = Ahad 06.11.2011


Puasa sunat 9 hari bermula :

  1. 1hb Zulhijjah= Jumaat 28.10.2011 /mengambil  peritiwa Nabi Adam a.s memohon dipertemukan semula dgn Hawa selepas dihukum turun kebumi. Berdoa selama 40 tahun dan akhirnya bertemu dengan isteri tercinta di Jabar Nur.(fadilat: Allah ampunkan seluruh dosa orang yang berdoa itu) 
  2. 2hb. Zulhijjah= Sabtu 29.10.2011/ mengambil peritiwa Nabi Yusuf A. S berdoa agar dibebaskan daripada perut ikan nun selama 40 hari dan Allah memakbul permintaan itu pada tarikh ini [fadilat: Allah akan menjaga ibadah pemohon selama setahun]
  3. 3hb. Zulhijjah = Ahad 30.10.2011/ mengambiperitiwa Allah memakbulkan doa Nabi Zakaria A.S untuk mendapat zuriat setelah begitu lama berkahwin, rujuk ayat 89/Al Anbiya [fadilat: Allah kabulkan doa orang yang berhajat]
  4. 4hb. Zulhijjah= Isnin 31.10.2011/ peritiwa kelahiran Nabi Isa A.S [fadilat: Tidak akan miskin  dan papa]
  5. 5hb. Zulhijjah = Selasa 1.11.2011 /, peritiwa kelahiran Nabi Musa A.S [fadilat: Allah bebaskan drp penyakit hipokrit dan penyakit kalbu]
  6. 6hb. Zulhijjah= Rabu 2.11.2011/, peristiwa di mana Allah terima segala doa para Nabi dan Rasul pada hari tersebut [fadilat: akan dipandang oleh ALLAH TERHADAP HAMBANYA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG dan diharamkan hamba tersebut dari masuk neraka.]
  7. 7hb. Zulhijjah = Khamis 3.11.2011/ [fadilat: Allah menutup semua pintu neraka terdap hambanya itu]
  8. 8hb. Zulhijjah = Jumaat 4.11.2011/,dikenali sebagai peritiwa TARWIYAH bererti binggung di mana mengambil peritiwa Nabi Ibrahim A.S bermimpi menerima perintah menyembelih Nabi Ismail A.S [fadilat: Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya disebabkan kebesarannya fadilat tersebut]
  9. 9hb. Zulhijjah =  Sabtu 5.11.2011/, peritiwa hari Arafah iaitu dikenali sbg hari kepastian/yakin, sempena mengambil peritiwa Nabi Ibrahim benar benar yakin dgn mimpinya adalah satu perintah dari Allah dan bersedia melaksanakannya [ fadilat yang amat besar sekali iaitu Allah ampunkan dosa hambanya untuk tempoh setahun yang lalu, setahun yang akan datang dan setahun  pada tahun semasa]
  10. 10hb. Zulhijjah = Ahad 6.11.2011/, Hari Raya Qurban, mengerjakan Solat Aidilfitri dengan mengambil sarapan pagi selepas pulang dari menunaikan solat sunat aidladha,
Itulah pesanan Ustaz Tunggul Wahidin kepada para hadirin ahli jemaah surau dan meminta dipanjangkan kepada jiran dan rakan rakan muslim sekelian.

Semoga Allah memberi tahap kesihatan dan jasmani  yang baik kepada kita supaya  dapat mengambil peluang  akan tawaran daripada Allah ini. 

9.25 mlm, kuliah ditangguh sehingga yang akan datang dan jemaah mengambil tempat untuk bersolat jemaah isyak

===============tamat============:     :)

UMUM : Kuliah Maghrib- Kitab Al Hikam

Surau Al Hidayah BBT, Klang, Sabtu 15.10.2011
Penceramah : Al Ustaz Tunggul Wahidin . Semak profil beliau di link : http://khidmatmeru.blogspot.com/2011/01/khemah-ibadah-taman-didikan-islam-nurul.html
Tajuk: Tasawuf -  Kitab Al Hikam

Mukadimmah 1


Kitab Al-Hikam dikarang oleh asy-Syaikh Ibn 'Ataillah. Kitab tasawuf ini berisikan petua-petua ketaatan, kebaikan, kebijaksanaan dan lain-lain. Kitab ini cukup populer di Indonesia dan di dunia.
Pengarang buku ini asy-Syaikh Ibn 'Ataillah menurut beberapa murid dan sahabatnya merupakan seseorang yang diberikan kelebihan berupa karomah. Salah satu sufi besar yang sampai sekarang namanya tetap harum melalui karya-karyanya. 
Antara ringkasan tentang kitab Al Hikam boleh dbaca melalu link ini. Klik web dibawah

Penceramah memnita hadirin mendapatkan kitab tersebut sebagai persediaan kuliah untuk kuliah akan datang.
Kitab ini telah diajar di surau ini untuk tempoh sembilan tahun yang lalu dan kini menjalani pengajian ulangan kali kedua dan beliau berharap dapat menamatkan tempoh pengajian kali kedua lebih singkat dari tempoh pengajian terdahulu.

Ustaz Tunggol Wahidin juga memberi nasihat kepada hadirin agar mengambil kesempatan akan ibadat sunat dan pahalanya yang terdapat dalam bulan Zulhijjah yang akan datang ini

Next kuliah: 14/11/2011