Tarikh: 15.10.2011 Sabtu jam 8.00mlm
Tempat : Surau Al Hidayah, BBT, Klang.[COORDINATE: 3.006641,101.438822 ]
Tajuk: Fadilat Ibadah Sunat Zulhijjah
Dalil dalil tentang amalan di bulan Zulhijjah:
Klik di web ini untuk lihat dalilnya, iaitu : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2577.0
Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa terdapat 8 amalan di bulan Zulhijjah, mengikut seperti apa yang diterangkan oleh Ustaz Tunggul Wahidin, iaitu:
Puasa sunat 9 hari bermula :
Tempat : Surau Al Hidayah, BBT, Klang.[COORDINATE: 3.006641,101.438822 ]
Tajuk: Fadilat Ibadah Sunat Zulhijjah
Dalil dalil tentang amalan di bulan Zulhijjah:
Klik di web ini untuk lihat dalilnya, iaitu : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2577.0
Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa terdapat 8 amalan di bulan Zulhijjah, mengikut seperti apa yang diterangkan oleh Ustaz Tunggul Wahidin, iaitu:
- Mengerjakan Haji dan Umrah
- Berpuasa sunat selama 9 hari mulai 1hb sehingga 9hb Zulhijjah
- Solat sunat Aidil Adha
- Memperbanyakkan takbir pada hari ke 10,11 dan 12 Zulhijjah
- Mengerjakan ibadah sunat qurban
- Memperbanyakkan zikrillah-"La hiilla ha illah lah"
- memperbanyakan sedekah
- menggalakan siratulrahim
Tarikh tarikh penting:
|
|
1hb Zulhijjah = Jumaat 28.10.2011
2hb = Sabtu 29.10.2011
3hb = Ahad 30.10.2011
dan 9hb = Sabtu 05.11.2011
10hb [hariraya qurban] = Ahad 06.11.2011
Puasa sunat 9 hari bermula :
- 1hb Zulhijjah= Jumaat 28.10.2011 /mengambil peritiwa Nabi Adam a.s memohon dipertemukan semula dgn Hawa selepas dihukum turun kebumi. Berdoa selama 40 tahun dan akhirnya bertemu dengan isteri tercinta di Jabar Nur.(fadilat: Allah ampunkan seluruh dosa orang yang berdoa itu)
- 2hb. Zulhijjah= Sabtu 29.10.2011/ mengambil peritiwa Nabi Yusuf A. S berdoa agar dibebaskan daripada perut ikan nun selama 40 hari dan Allah memakbul permintaan itu pada tarikh ini [fadilat: Allah akan menjaga ibadah pemohon selama setahun]
- 3hb. Zulhijjah = Ahad 30.10.2011/ mengambil peritiwa Allah memakbulkan doa Nabi Zakaria A.S untuk mendapat zuriat setelah begitu lama berkahwin, rujuk ayat 89/Al Anbiya [fadilat: Allah kabulkan doa orang yang berhajat]
- 4hb. Zulhijjah= Isnin 31.10.2011/ peritiwa kelahiran Nabi Isa A.S [fadilat: Tidak akan miskin dan papa]
- 5hb. Zulhijjah = Selasa 1.11.2011 /, peritiwa kelahiran Nabi Musa A.S [fadilat: Allah bebaskan drp penyakit hipokrit dan penyakit kalbu]
- 6hb. Zulhijjah= Rabu 2.11.2011/, peristiwa di mana Allah terima segala doa para Nabi dan Rasul pada hari tersebut [fadilat: akan dipandang oleh ALLAH TERHADAP HAMBANYA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG dan diharamkan hamba tersebut dari masuk neraka.]
- 7hb. Zulhijjah = Khamis 3.11.2011/ [fadilat: Allah menutup semua pintu neraka terdap hambanya itu]
- 8hb. Zulhijjah = Jumaat 4.11.2011/,dikenali sebagai peritiwa TARWIYAH bererti binggung di mana mengambil peritiwa Nabi Ibrahim A.S bermimpi menerima perintah menyembelih Nabi Ismail A.S [fadilat: Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya disebabkan kebesarannya fadilat tersebut]
- 9hb. Zulhijjah = Sabtu 5.11.2011/, peritiwa hari Arafah iaitu dikenali sbg hari kepastian/yakin, sempena mengambil peritiwa Nabi Ibrahim benar benar yakin dgn mimpinya adalah satu perintah dari Allah dan bersedia melaksanakannya [ fadilat yang amat besar sekali iaitu Allah ampunkan dosa hambanya untuk tempoh setahun yang lalu, setahun yang akan datang dan setahun pada tahun semasa]
- 10hb. Zulhijjah = Ahad 6.11.2011/, Hari Raya Qurban, mengerjakan Solat Aidilfitri dengan mengambil sarapan pagi selepas pulang dari menunaikan solat sunat aidladha,
Itulah pesanan Ustaz Tunggul Wahidin kepada para hadirin ahli jemaah surau dan meminta dipanjangkan kepada jiran dan rakan rakan muslim sekelian.
Semoga Allah memberi tahap kesihatan dan jasmani yang baik kepada kita supaya dapat mengambil peluang akan tawaran daripada Allah ini.
9.25 mlm, kuliah ditangguh sehingga yang akan datang dan jemaah mengambil tempat untuk bersolat jemaah isyak
===============tamat============: :)
No comments:
Post a Comment