Tuesday 13 December 2011

Umum: Persaraan Rakan Sekerja

Tarikh: 13/12/2011
Lokasi: Bilik mesyuarat
Masa: 10.15 pagi

Majlis meraikan persaraan rakan sekerja
Rakan sekerja yang diraikan ialah Encik Abu Samah bin Shukor. Beliau telah berkhidmat dengan syarikat ini selama 27 tahun dan 6 bulan.

Penulis telah diminta menjadi MC untuk majlis ini.Majlis  telah menjemput beberapa orang untuk memberi sepatah dua kata iaitu:
  1. Ketua Bahagian Harta
  • Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada En Abu, dan berharap En Abu dapat merancang masa depan dan mengisi masa terluang dengan baik dan berfaedah.
  • Mungkin En Abu juga telah mempunyai perancangan atau projek projek yang akan beliau jalankan,
  • Selamat maju jaya,semoga berkekalan  meneruskan tali pershabatan sedia ada dan memohon kemaafan bagi pihak syarikat  bagi sebarang kesilapan.
Ucapan daripada Ketua Bahagian Harta
    2.  Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti
  • Beliau telah berucap dimajlis yang sama anjuran uni/tempatt rakan sekerja bekerja dan berharap rakan sekerja itu dapat bersama sama saling memaafkan jika ada sebarang kesilapan anatara rakan sekerja di jabatan dan En Abu.
  • Berharap En Abu akan sukses dengan segala perancangan semasa persaraan
  • Tempoh masa rakan sekerja berkomunikasi sebenarnya lebih lama di pejabat iaitu di antara rakan sekerja berbanding dengan saudara mara, maka rakan sekerja di pejabat/tempat bekerja adalah umpama saudara mara, dan sebarang kesilapan boleh berlaku dan ianya tidak harus disimpan dalam hati
Duduk nombor dua dari kanan ialah Ketua Jab. Pengurusan Fasiliti
  3.  Pengurus Bangunan di mana rakan sekerja bertugas
  • Beliau terus membacakan sepintas lalu biodata En Abu.
Duduk nombor empatdari kanan ialah Pengurus Bangunan  di mana En Abu bertugas
  4.  Ucapan dari En Abu Samah Shukor
  • En. Abu begitu terharu dengan majlis yang diadakan untuk beliau
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua orang dan berharap persahabatan ini akan kekal walaupun beliau telah bersara
  • Secara umum beliau memohon maaf jika beliau ada membuat kesilapan dan seterusnya memaafkan seluruh rakan sekerja secara terbuka jika ada rakan sekerja yang telah membuat kesilapan dengan beliau.
  • Beliau juga meminta dihalalkan segala makan dan minum beliau sepanjang bersama sama bekerja dengan rakan sekerja
  • Menurut En Abu, beliau mula berkhidmat pada sekitar tahun1983 pada bulan Jun di ketika bangunan yang ada sekarang ini baharu sahaja siap dan masa berlalu dengan begitu cepat.
  • Beliau mengucapkan  terima kasih  kepada syarikat dan semua yang terlibat.

En Abu sedang menyampaikan ucapan beliau
5. Majlis menyampaikan cenderahati daripada  Bahagian Harta dengan meminta Ketua Bahagian Harta dan Ketua   Jabatan Pengurusan Fasiliti  tampil kehadapan menyampaikannya  kepada  En. Abu.


Penulis bergambar kenang kenangan bersama  dengan En.  Abu  Samah Shukor.
6.  Majlis jamun ringkas

7.  Majlis tamat sekitar jam 11.30 pagi


LAIN LAIN GAMBAR GAMBAR KETIKA JAMUAN:

Rakan sekerja sedang mendengar ucapan Ketua Bahagian Harta

Rakan sekerja sedang menikmati juadah ringan yang disediakan


Ketua Bahagian Harta dan rakan sekerja sedang meraikan  En Abu

Rakan sekerja yang turut meraikan  En Abu di majlis tersebut


Sekian.

1 comment:

azmawati ismail said...

lepasa ni jadi petani yg berjaya lah yeak pak abu kita....