Monday 26 December 2011

Umum: Family Day ("FD") Bahagian Harta 2011

Lokasi: Kolam Memancing Seri Bayu, Sg. Tekala, Semenyih
Masa: 8.00 pagi-2.00 ptg
Tarikh: 17/12/2011
Anjuran : Tempat bekerja iaitu  Bahagian Harta

Pada hari Sabtu 17/12/2011 telah diadakan hari keluarga FD seperti lokasi dan masa yang telah dinyatakan di atas. Pada mulanya kehadiran dijangka sekitar 400-430 orang. Bagaimanapun atas kesibukan masa, masih ada beberapa rakan sekerja yang masih bekerja membantu bos, dan hal peribadi maka kedatangan adalah sekitar 180-200 orang sahaja, iaitu mengikut anggaran penulis.

Sebelum terlupa, penulis ingin menyampaikan penghargaan peribadi penulis kepada semua ahli jawatankuasa Hari Keluarga 2011 yang telah bertungkus lumus merealisasikan harapan semua rakan sekerja dalam menjalankan aktiviti FD. Sekalung tahniah juga kepada pegerusi FD iaitu Ir Hafizi Zakaria yang berjaya mengemudikan pasukan kerja dan AJK dan ramai rakan sekerja memuji konsep dan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, malahan ada yang dari awal awal lagi mencadangkan agar jawatan pengerusi itu dikekalkan kepada beliau untuk sekurang kurangnya dua tiga tahun lagi. Tahniah kepada Ir Hafizi dan barisan AJK nya.

Penulis ingin mengambarkan aktiviti FD dengan foto foto seperti di bawah.

Khemah termasuk kerusi dan meja  untuk keselesaan  rakan sekerja. Bergambar  kenangan (duduk), dari kiri, iatu penulis,En.Appandi dan Mejar (B) Jamaludin 

Aktiviti dan sukan keluarga

Gambar foto isteri penulis dan anak ketiga

Aktiviti memancing: Hj Roslan Mohd terjun ke kolam cuba menangkap joran  kerana  joran cuba dilarikan oleh ikan

Hasil tangkapan ikan oleh Hj Roslan mencecah hampir 0.8 - 0.9 kg.

Aktivi yang paling mendapat sambutan oleh semua iaitu makan durian. Penulis  bergambar kenangan smbil beberapa aksi dengan keluarga makan durian

Aktiviti kekeluargaan dan sukan dijalankan

Penulis sempat bergambar kenanangan (gambar kecil/bawah/kiri/: dari kiri, En Lutfi,  Ir Hafizi (pengerusi FD), penulis dan salah seorang AJK.


Secara peribadi penulis bolehlah katakan bahawa matlamat dan konsep FD ini berjaya mencapai sasaran, cuma rakan sekerja diharap di masa hadapan dapat memberi sedikit ruang kepada FD jika tiada sebarang aral melintang atau urusan  kepada FD yang telah dirancang oleh AJK FD. Apapun, mungkin ini acara penutup tahun 2011 untuk Bahagaian Harta dan penulis ingin mengucapakan selamat bercuti akhir tahun kepada semua.

Asalamualaikum wmbkth.

No comments: