Wednesday, 14 November 2012

Umum: I Love You, Stupid.......tetap tidak setuju dengan judul itu....satu komen ikhlas

14/11/2012

Penulis tertarik untuk menyentuh tajuk sebuah  novel bertajuk I Love You, Stupid (ILUS)


Sinopsis ILUS  boleh klik di sini



Sehingga kini, penulis belum membaca naskhah penuh novel tersebut, hanya sekadar menjengok jengok novel dipegang isteri, membaca sinopsis di laman web penulis buku itu dan melihat melalui youtube di mana penulisnya, Melur Jelita (MJ)dijemput dalam satu program 'Nasi Lemak Kopi O'- NLKO






MJ dalam temuramahnya berkata beliau tidak dapat menterjemahkan kepada "Saya sayang kamu, bodoh" secara terjemahan tetapi bersetuju dengan maksud "Saya sayang kamu, sengal".......tetapi tetap akan mengekalkan tajuk  "I Love You, Stupid"
Jadi secara umumnya MJ bersetuju bahawa I Love You ,Stupid membawa maksud dalam bahasa Melayu sebagai Saya Sayang Kamu, Sengal"

Pada pandangan penulis, penulis buku, MJ telah berjaya mendapat perhatian dan pilihan peminat novel bahasa Melayu tempatan. Tahniah, kerana berkat usaha keras, beliau berada di tahap ini. Juga dapat dilihat kepada kejayaan beliau terhadap penulisan sebuah buku beliau sebelum ini berjudul  "AWAK SUKA SAYA TAK" -(ASST), di mana ianya dikatakan umpama 'box office' dan telah  diulang cetak sehingga 9 kali.Tahniah kepada penulis buku tersebut.





Sebagai orang yang menyokong industri ini secara tidak langsung (isteri penulis membaca dan mempunyai hampir seribu lebih judul koleksi novel tempatan), tapi novel ILUS ini membuat kan penulis amat amat tidak berpuashati dan jauh di sudut hati,amat berkecil hati dengan tajuk itu sendiri.

Kenapa penulis berkata demikian? Penulis blog membaca berulang ulangkali dan melihat maksud judul dari segi tersurat dan tersirat.
Nota: 
a. Untuk tidak mengundang polemik, di sini penulis blog ini, hanya tidak bersetuju tentang perkataan 'stupid=sengal', agak kasar dan terlalu kurang asam atau salah penggunaan yang mendokong tajuk buku ini. Penulis blog tidak mempertikaikan isi kandungan, jalan cetita, teknik penceritaan dan sebagainya. Cuma ada sedikit kekeliruan dengan watak watak lelaki yang di illustrasi di blog blog peminat/ fb yang rata rata mengambarkan watak watak lelaki itu sebagai kacak dan mungkin menjadi impian dan mungkin menjadi dambaan setiap pembaca wanita buku ini, atau setidak tidaknya di alam fantasi mereka.

b. Penulis bukan orang persuratan, orang orang bahasa atau seumpamanya, tetapi menulis atas dasar ingin menyampaikan hasrat terpendam dihati.Pasti ada kekurangan atas sifat dan sikap peribadi penulis blog, atas kekurangan kekurangan itu, maaf dipinta

A.Tidak berpuashati
1.0  Untuk memuaskan hati penulis blog, catu carian perkataan 'sengal' dibuat di laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka, cuba klik sini dan isi perkataan  'sengal' di ruangan carian.

1.1 Hasil carian seperti berikut:
       Klik1
       Klik2
       Klik3

1.2  Hasil carian perkataan 'sengal', menurut pandangan saya, semuanya tiada kena mengena dengan sifat bodoh atau kecerdikan. Sengal selalunya dikaitkan dengan rasa sakit/kurang selesa ditubuh badan berkaitan yang selalunya dikaitkan
rheumatism

1.3  Walaupun sebaris, namun ia tetap bahasa Inggeris, tetapi genre dan isi perutnya tetap Melayu."Novel kita wajah kita" seharusnya menjadi garispanduan umum penerbit dan penulus buku.

2.0 Secara sebutan

2.1 Cuba suami menyebut kepada isteri begini. I LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.2  Seorang ibu kepada anaknya,  LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.3  Seorang isteri kepada suami,  LOVE YOU, STUPID atau Saya sayang kamu, sengal.

2.4  Pada pandangan saya tiada satu pun yang betul, dan kalau digunakan dalam kehidupan harian, mungkin si isteri yang mengucap demikian, mendapat hadiah khas, penampar atau marah marah sang si suami.

2.5  Mungkin si isteri pula beranggapan kepada si suami saja nak perolok olok ucapan sayang itu.


B. Amat berkecil hati
1.0  Bahasa 'slanga' telah dimartabatkan dalam novel tanah air

2.0  Bimbang budaya bercakap seperti itu menjadi  kebiasaan dalam kehidupan antara suami- isteti, anak-ibubapa, rakyat-pemimpin, iaitu hilangnya rasa saling hormat menghormati sesama sendiri. Syarikat TV berbayar Astro juga ada satu program bertajuk 'Sengal TV'

3.0  Kesal kerana secara tidak sedar, dibawah paras sedar, kita membenarkan perbuatan 'menghaluskan perkataan yang kesat'. (Kalau dalam persuratan rasmi, kita digalakkan menulis dengan gaya positiv dan konstruktif iaitu menggunakan petkataan seperti kurang bijak (bodoh), tidak kaya (miskin), agak cantik juga (hodoh), tidak untung ( rugi), kurang rajin (malas), dan seterusnya.Tetapi 'menghaluskan yang kesat' tidak dapat saya terima sama sekali.

Pada pandangan saya, sampai lah masanya penulis novel juga perlu peka terhadap perkara sebegini, walaupun ianya mungkin remeh kepada penulis novel tetapi tidak semua orang boleh menerima sedemikian rupa. Jangan nanti bila ada suara suara sumbang yang mengatakan karya novel tempatan bahasa Melayu selayak diangkat kiranya hanya sebagai picisan, maka diketika itu berteriak dan bertempiklah kita kepada mereka.

Semoga teguran ini dapat menenangkan hati saya dan sekali lagi tiada niat untuk saya mengajar itik berenang terutama kepada penulis MJ yang telah terbukti dalam penulisan beliau.

Semuanya yang baik datang dari Allah ,hanya yang buruk datang daripada saya juga di atas ketetapanNya.

Akhir kalam, Aslmkum wrhmhibtuh daripada  saya.

14
-------    2012
NOV






















No comments: