Monday 12 November 2012

Umum: Ceragem, tip kesihatan

12/11/2012
Terapi Ceragem Penulis mendapat maklum dari seorang sahabat di Cheras ada terdapat pusat terapi Ceragem.Ingin tahu lebih lanjut, penulis pun membuat beberapa 'search' di internet,maklumlah sekarang, apa saja maklumat dengan segera boleh dicapai melalui internet di hujng jari. Berikut penulis ingin kongsikan hasil carian itu. Apa itu Ceragem ? (penulis ringkaskan perkataan Ceragem dengan akronim "Crgm")
Ceragem ialah satu kaedah rawatan terapi yg menggabungkan teknik tradisional dan teknik barat. Tradisional kerana menggunakan falsafah 'Qi' iaitu kuasa dalaman yang berupaya merawat dalam teknik perubatan Cina/Korea. Teknologi barat kerana peralatan dicipta menggunakan teknologi urutan mekanikal,teknik radiasi termal dan teknologi bahan seperti sistem penghabaan berasaskan teori jade.
Peralatan Crgm menggunakan peralatan khas berupa katil, yang berupaya mengurut secara mekanikal dengan berbaring di atasnya.Satu alat mekanikal akan mengurut bahagian spinal, tulang belakang, tengkuk dan kaki sambil katil mengeluarkan radiasi termal.

No comments: