Saturday 10 November 2012

Umum: resepi kacang pool aji

10.11.12

Hari nih penulis berkesempatan mencuba satu lagi resepi makanan ringan 'home made', simple, cepat dan bahan bahan mudah di dapati di dapor kita.

Penulis telah mmbeli bahan bahan lebih kurang 2 minggu lepas, namun atas alasan tidak berkesempatan, baru hari nih dapt mencuba.

(Penulis juga pada 15/3/2012 telah menulis perkara ini dalam blog ini.boleh rujuk di situ)

Terima kasih juga kepada sahabat lama iaitu Tuan Hj Saifulzaman yang bertanya tentang  resepi kacang pool itu.
(Kacang Pool Aji ..iklan follow  di:  linksaji.my/place/kacang-pool-hajijohor-bahru-2/)


Resepi:

7 biji bawang merah(kecil)
7 ulas bawang putih
1 1/2 sudu (B) ketumbar
1 1/2sudu (B) Jintan kasar
(Bahan di atas kisar & tumis smpi naik bau)
sedikit minyak untuk menumis
1 peket daging kisar (Ramly)
(lepas tu masukkan daging kisar sampai masak)
2 tin kacang foul (pool)
( 1 tin dikisar & 1 tin lg masuk jer terus ke dlm periuk)
Garam & gula secukup rasa..
(sesuaikan rasa dgn garam & gula)
*Baca bismillah & 3 Qul utk rasa lebih sedap ya...
HIASAN:
bawang besar, lada hijau -hiris
telur mata lembu
limau kasturi
Gambar ni ori, bukan copy paste eek..hasil dari resepi tadi

Ok, kpd Tuan Hj Saifulzaman, atau sesapa yg berminat, boleh lah mencuba. Sesiapa yang lalu di setesen bas Larkin, boleh mampir di kedai Haji Larkin utk menikmatinya....yes simple tp berkhasiat.

Selamat mencuba.






No comments: