Tuesday, 18 December 2012

Tahun 2012, panduan mengira cukai pendapatan dan zakat anda

18/12/2012

Tahun 2012 akan meninggalkan kita dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi dan seperi biasa kita akan masuk tahun baru 2013.

Imbas kembali......?

Apakah segala perancangan kita menjadi seperti yang dirancang?


Usah bimbang, jika segala yang dirancang tidak seperti dikehendaki, percayalah, itu juga adalah ketentuan dan perangcangan Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kecewa dan bersedih, tapi kita mesti ambil iktibar, post mortem, muhasabbah diri dan merancang lebih teliti, terutama untuk  kehidupan kita yg kekal abadi nanti.


Ingatlah kita sering merancang kehidupan dunia, namun apa perancangan  dan persedian kita utk kehidupan kekal abadi nanti? . Adakah kita ini tergolong dalam golongan yang terlalu mencintai kehidupan sementara ini?. Renungkan hadis ini.

Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang ertinya: "Akan datang satu masa pada umatKu, ketika itu mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara, iaitu:

1. Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
3. Mereka cinta pada istana (rumah yg besar luas)  dan lupa pada kuburan.
4. Mereka cinta pada  harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
5. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.

Semasa menghadiri satu kuliah subuh, Ustaz memberi ceramah dan ingatan yang ringkas, sekadar kurang kebih sepuluh minit sahaja. Beliau memberi ingatan dan melontar persoalan berikut:
"Kita yang bekerja ini, atau dalam kehidupan di dunia ini, terlalu banyak masa dihabiskan untuk dunia, iaitu 'berkerja untuk  makhluk', namun adakah kita memperuntukan begitu banyak masa  'bekerja untuk Allah'?

Sama sama lah kita renungkan dua perkara di atas.

Ok! back to 2012 ini, kepada yang hendak merancang kewangan atau bajet 2013, jangan lupa sifir pembayaran cukai pendapatan. Bagi yang hendak membajetkan pendapatan, boleh klik di sini

Sila klik

Bagi mereka yang sedang bercongak congak berapa jumlah yang perlu di zakat pendapatan sila klik di sini

Sila klik

Sehingga bertemu lagi, salam dari saya.

Terima kasih.






























No comments: