Thursday 25 April 2013

PRU 13- KERTAS UNDI : "Muat turun gambar kertas undi ke laman sosial satu kesalahan, kata SPR"

Pagi tadi, sambil memandu  ke pejabat, keadaan pagi yang basah disebabkan hujan di sepanjang perjalanan menyebabkan pemanduan tahap mood berhati hati. Sambil memandu, penulis suka mendengar radio KLFM 97.2 terutama rancangan Al Zikrah. Seperti biasa bila  jam 7.00, rancangan Berita Radio pula bersiaran.

Apa yang menarik pagi ini  ialah tentang berita kemunculan gambar kertas undi telah dimuat naik ke laman sosial.

Dalam hati penulis "..hei....belum tarikh nengundi lagi nih..camana boleh jadi begini?".

Sampai di pejabat dan kerana begitu tertarik dengan berita itu, penulis pun mencari di internet. Ada beberapa blog telah menyiarkan cerita tersebut.

Berikut adalah kenyataan SPR tentang perbuatan memuat naik gambar kertas undi ke internet. Baca di link ini.

Menurut SPR lagi  ada perbezaan antara undi pos dan undi awal. Dalam hati penulis berkata..."ohhhh....ramai yang tak tahu nih, termasuk aku nih....."

Berikut adalah  blog yang telah menyiarkan kertas undi itu di sebuah laman sosial di internet.

http://notakanan.blogspot.com/2013/04/undi-pos-polis-usaha-memburukkan-imej.html

Jadi, diharap pembaca dapat membezakan apa itu undi awal dan apa itu undi pos.

Namun biarpun undi awal mahupun undi pos, perkara seperti ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan beberapa pihak tertentu.

Gunakan undi anda dengan bijaksana.














No comments: