Saturday 7 April 2012

"sayang anak tangan- tangankan, sayang bini tingal- tingalkan,....sayangkan......



Umum: Sekadar catatan dari sahabat kpd sahabat, lama tak jumpa....

Asalammualaikum
Tuan Adun merangkap Ahli Majlis Perbadaran S.Perai...Tuan Abdul Latif..
(anggap lah nota saya ini sbg nota seorang kawan dan sahabat lama dan bukan dari orang yg menyangkal perjuangan dan ideologi tuan, kita mungkin serupa namum berbeza)

.Apa khabar tuan...
Dulu dulu UBN pun mcm nih....zaman aku kecik kecik..sampai naik tingkatan...tp..bila start zaman mahadeq....sume berubah...senario politik hari ni adalah legasi beliau....sekiranya perkara seperti yg diperjuangkan PKR ini masih diteruskan oleh UBN.. maka senario akan berubah..mmg dah lama sgt memerintah..hampir 60 thn lebih...tp PKR jug harus lebih bersedia ditengah tengah sambutan rakyat atas isu ini....kerana lama lama kelamaan (jika ditakdir pakatan memerintah)  isu ini akan timbul juga dlm pakatan...ambil contoh Singapore...kerana terlalu siosolis..melayu jd lebih terpinggir..nak jd pilot pun tak boleh, kalau bolehpun hanya boleh bawa heli utk tugas tugas tak strategik...yg boleh dan ramai Melayu ialah Bomba..sbb kaum "berkulit cerah" nih tak tahan panas dan kena bahang api..)

Pakatan juga pasti akan menjaga /memuaskan hati rakan kongsi mereka sbb asas dan dasar  persetujuan PAS/DAP/PKR utk mmbentuk persepakatan  ialah "setiap parti mesti bersetuju tentang perkara perkara yang tidak dipersetujui oleh parti lain dalam pakatan" ..

Harus ingat ramai juga yg menyokong pakatan sbb tiada alternatif lain.

Harus di ingat bahawa mereka yg menyertai pakatan (kecuali PAS..mungkin kot?) adalah mrk yg tiada tempat, dibuang, tak pus hati, merajuk dgn UMNO dan hakikatnya mrk orang bekas UMNO.(tak semua, namun kebiasaanya..bab nih saya melihat di persekitaran dan disekeliling saya sahaja dan bukan secara demografik)

Cuma mrk ini lebih baik hati, nilai positif, alim, tahu halal haram, dosa pahala,maknanya lebih baik dari UBN tu...tp acuan mrk telah ditempa dan dicanai begitu rupa. (Tahukah kita semua perasan  masa pilihanraya nanti modus operandi pengurus pengurus pilihanraya dan ajen parti  menggunakan kaedah UMNO dlm strategi dan perang saraf memancing undi??)  Namun lebih ramai yang sedar/taubat dan  ramai yg berjuang dgn ikhlas atas dasar perjuangan.

Tp bila lapisan pertama (sebaris dgn kepimpinan sekarang)  yg ada berundur dari politik, mrk mrk inilah yg akan menerajui pakatan..kata another 10-20 yrs....masa ini lebih membimbangkan..jd pakatan harus melihat faktor ini jika ingin lebih berjaya...lihat juga 'teori lekuk' yg ditulis oleh salah seorang anak kpd pejuang /pemimpin Pas.

Ikhlasnya saya melihat perjuangan tuan  ini  harus disokong Namun pakatan harus menunjukan sikap lebih ambil tahu dan professional dahulu dalam menangani isu isu kecil diperingkat majlis tempatan seperti isu kebersihan tempat makan (isu ini saya dah utara kan kpd seorang sahabat pkr...".itu majlis punya kerja , kami org politik" ujar beliau), isu kemudahan awam stesen bas bandar klang kpd sahabat keadilan putrajaya, isu jalan raya perbandaran mutunya semakin hari semakin merosot (iu setmua perlu duit dan duit di control oleh pusat, namun tak semesti semua nya itu perlu duit (mmg duit itu amat penting)..apa yg penting di mata rakyat ialah bagaimana pakatan menangani masalah ini, keperihatinan dan keihklsan mendengar aduan rakyat,  pakatan harus membuktikan how smart they are rather than UBN, dan jgn ambil sikap ...:Aaaa..itu tugas majlis perbandaran XXXXX,... dlm hati aku apaguna kalu hangpa semua duk dalam sebagai ahli majlis. tuan tuan ahli majlis nih patutnya memikirkan cara bagaimana majlis perbandaran tuan tuan ini bekerja/ bertindak, mungkin melalui arahan tak langsung tuan tuan atau keputusan mesyurat majlis....maka lama lama akhirnya saya, orang taman taman, rakyat, anak anak sekolah...pun fikir..."OOoo..sama jer...mcm tak efisen jer....jd persepsi ini lah yg pakatan harus lihat...mmg benar, ketika ini pakatan mmg menjuarai isu isu negara...namun perkara sekecil ini juga boleh memberi implikasi kpd pakatan terutama dari masyarakat setempat...Jgn lah bila tuan baca nota saya ini nanti terus blok atau unfren saya sbb saya berkata sedemikian sbb pepatah Melayu ada sebut :" Sayang kan anak tangan tangan kan sayangkan isteri tingal tingalkan" harapan saya, namun jgn nanti rakyat tangan tangan kan pakatan dan tinggal tinggal kan pakatan di suatu hari nanti. Pakatan seharusnya menagani  masalah masalah yg berkaitan org Melayu Bukan sahaja Secara tersurat, namun harus juga melihat yg tersirat dan yg  terkesan agar implikasi sokongan org melayu berterusan di masa hadapan dan tidak seharusnya bertindak semata mata atas dasar undang undang, ketelusan, (rujuk bagaimana Teresa Kok mengambil tindakan keatas org org melayu...betul dia bertindak atas garis panduan, kriteria, namun saya tetap curiga bila wakil DAP yang uruskan perkara berkaitan orang Melayu..sbb peluang inilah yg di impikan oleh DAP selama ini)   Akhir kalam..salam dari saya..wallahualam.

p/s: saya sekadaringin  mengingatkan tuan, bahawa tuan mmpunyai peranan , tanggungjawab, peluang dan ruang utk mempraktiskan apa diperjuangkan selama ini berbanding saya dan yg lain lain, setakat berkokok dalam laman blog boleh la....namun saya terpanggil atas kepertanggungjawaban saya menyampaikan sekadar "setitis ingatan ikhlas" ini telah saya laksanakan sbg orang yang sentiasa memerhati..dengan mata , hati dan kata bicara...Matiara

1 comment:

Admin said...

Terima kasih bang Mat atas pesanan ikhlas Sdr..harap dpt membantu dalam menangani isu2 PBT sementara saya bertugas..ni link soalan2 yg dikemukakan Ahli2 majlis setiap bulan...
majlispenuh_ahlimajlis