Wednesday 16 October 2013

Bajet 2014-bajet berhemat kendiri

Bajet 2014 akan diumumkan sedikit masa lagi. Ramai yang tertunggu tunggu, walaupun kita tidak terlibat secara langsung seperti syarikat perniagaan, orang kaya, koperat dan lain lain lagi. Namun sesuai dgn ucapan PM tempohari, iaitu hutang kerajaan akan dikawal supaya tidak melebihi, saya yakin beberapa dasar baru seperti kawalan lebih ketat hutang pinjaman kereta, rumah dan peribadi akan turut diketatkan.

Selain itu saya juga yakin beberapa pindaan terhadap pendapatan utama kerajaan iaitu hasil cukai terutama cukai pendapatan juga akan mengalami beberapa perubahan supaya kadar tunai kerajaan akan lebih cair, dan tidak terperanjat jika beberapa 'withdrawl' yg dibenarkan KWSP kepada pencarum sekarang ini akan dikurang demi menjaga tunai kerajaan.

Jadi apakah kesan langsung kepada individu?

Melalui pandangan peribadi, saya berpendapat, melalui bebeapa petunjuk ringkas spt:
1. Kuasa membeli atau nilai ringgit kita perolehi seperti gaji bulanan akan menjadi lebih kecil kerana

A. nIlai ringgit semakin merosot dibanding dengan beberapa nilai matawang asing beberapa negara
Bermakna kita terpaksa bayar lebih utk dapat barang yang sama ketika berbelanja spt utk keperluan dapur

B. Kadar inflasi yang hampir sama dgn tahun lepas iaitu sekitar 4.5%
jika dbandingkan dgn kenaikan petrol dan lain lain barang, kadar kenaikan gaji tahunan purata seorang pekerja biasa hampir sama, iaitu kenaikan gaji selari dgn inflasi, jd kenaikan gaji sebenarnya diakhir tahun, seorang pekerja membayar cukai tahunan lebih tinggi, termasuk juga PCB  (potongan cukai berkala) yg lebih tinggi, yg mana akhirnya take home pay lebih rendah lagi atau hampir sama saja dgn gaji tahun lalu

C. Nilai hartanah yang melonjak begitu ketara sekitar 20-30%, ini menjadikan potongan pinjaman bulanan akan lebih tinggi dan baginyang tak mampu, pastinya perlu menyewa dgn kadar sewa lebih tinggi.

2. Index atau factor " Big Mac Value" burger  McDonalad iaitu nilai harga burger tersebut juga makin bertambah mahal, sila perhatikan samada harga dinaikkan atau nilai kuantiti burger itu dikurangkan. ( baginyg tidak biasa dgn BIg Mc Value atau MC Donalds currency, sila google tajuk itu). Rujuk link ini

3. Lain lain faktor, byk lagi....biarlah ahli ekonomi atau PM kita yg terangkan nanti masa bajet 2014 nanti.

Cuma di sini saya nak share dengan pembaca, satu artikel yg tersiar di akhbar UM hari Isnin 14.10.2013 menyarankan apakah yang akan rela dipotong oleh pengguna/rakyat demi menanggung kos kehidupan yang semakin menghimpit setiap hari. Namun, penulis juga yakin, disebalik laungan atau peringatn kpd rakyat utk bercermat, berhemat dan merancang perbelanjaan, penulis yakin seharusnya Pemerintah juga lebih harus begitu dan begini.

Akhir kalam, Selamat menyambut Aidil adha, dan bagi mereka yg menjalani ibadah qurban, tahniah...anda telah berjaya menempah kenderaan laju utk perjalanan akhirat anda.

Sekian, wasalamu,.NOktah

Disertakan juga keratan akhbar itu sbg satu guideline / cara bagi kita semua.
















































     

No comments: