Thursday 17 November 2011

Umum : Corrective (CM), Preventive (PM) , Predictive (PrM) and *Creative Maintenance dan kaitan dalam hidup seharian-Part 1

Tajuk diskusi: Corrective (CM), Preventive (PM) , Predictive  (PrM) and *Creative Maintenance dalam kehidupan harian. (* istilah drp penulis )
Tarikh : 16/11/2011

Izinkan penulis menggunakan istilah atau perkataan Inggeris sebagai tajuk diskusi kali ini. Setelah beberapa minggu menyepi, penulis kembali mencetuskan pandangan peribadi terhadap tajuk diskusi seperti di atas.

Ok, di sebelah pagi, penulis sempat singgah di Std Merdeka atas urusan kerja. Seperti biasa, teman bicara semasa bersarapan, En Johari Halus telah memberi komen tentang pengurusan fasilitis aset negara ini. Penulis yang  terlibat dalam industri ini secara umum merumuskan bahawa kaedah kaedah DAN 'TOOLS' dalam  pengurusan fasiliti (Facilities Management-FM) ini dapat diadaptasi dalam  kehidupan harian  kita.

Sebelum lebih jauh, penulis ingin menerangkan seringkas mungkin maksud/definasi  (mengikut kacamata/pengalaman kerja penulis), tentang tajuk diskusi iaitu:

  1. Corrective maintenance [singkatan :CM]  membaiki setelah  rosak iaitu sesuatu masalah kerosakan yang terjadi hanya diatasi setelah berlaku kejadian kerosakan). Dalam erti kata yang lain masalah hanya diatasi setelah kejadian berlaku. Contoh biasa seperti tukar tayar spare kereta setelah tayar mengalami kebocoran. 
Dalam kehidupan harian ianya boleh diumpamakan seperti berikut:
  • membayar pinjaman PTPN hanya setelah mendapat surat saman 
  • bersungguh sunguh ingin menukar pemimpin hanya setelah selesai mesyuarat pemilihan/pilihanraya
  • Menyapu sampah di Dataran Merdeka selepas perayaan menyambut kemerdekaan 
  • Dalam pepatah Melayu " Nasi dah jadi bubur", "Dah terhantuk baru tergadah" atau   "menang sorak tapi kampung tergadai"
  • Buat macam macam undang undang dan peraturan setelah  bas eskpres terlibat dalam kemalangan melibatkan banyak kehilangan jiwa.
  • kejadian berlaku pada tahun 1991 iaitu bekalan TNB terputus hampir seluruh negara (kejadian itu juga dikenali sebagai "Total National Blackout"~TNB)
  • Ketua kampung/JKKK/Parti politik memberi bantuan kepada orang miskin setelah berita menyayat hati itu tersiar di akhbar/tv
  • dan banyak lagi contoh di depan mata kita.....
   2. Preventive maintenance [singkatan PM] iaitu mencari jalan penceghan sebelum sesuatu perkara yang tidak dijangka terjadi.Selalunya satu perancangan awal beserta bajet dirangka dan dirancangkan. Perlaksanaan dibuat secara berkala. Di antara contoh yang berkaitan ialah:
  • Mengambil langkah langkah pencegahan dalam kesihatan diri seperti mengamalkan kesihatan dan gaya hidup sihat
  • Menukar minyak hitam kereta sebelum sampai perbatuan yang dicadangkan oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut.
  • Menabung sebahagian pendapatan ketika di awal usia pekerjaan 
  • mengunting rambut sebelum ditahan oleh guru displin sekolah
  • kerap berjumpa doktor gigi seperti temujanji yang telah dibuat
  • memperbaharui road tax dan insuran kereta sebelum tamat tempoh
  • dan banyak lagi perkara yang dilakukan secara berterusan sebelum sampai waktu tertentu atau tempoh yang dijangkakan
  • berusaha umpama hidup seribu tahun lagi dan beramal ibadat seperti  mati esok hari
  • memperbanyakkan saham akhirat sebelum mati [wahai tuhan, sesungguhnya aku tak layak memasuki syurga mu, nmaun tidak pula aku sanggup ke nerakamu....]
  • beringat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara
  • sering muhasabbah diri,membuat pembetulan dan istiqamah dengan amalan yang baik
Esok atau di lain waktu penulis akan menyambung lagi dua istilah iaitu predictive dan creative maintenance dan kaitan dalam kehidupan seharian kita. Insyallah.

No comments: