Monday 5 December 2011

aktiviti: Parenting Course

Kursus Motivasi: "Kolokium  Transformasi Pelajar 2011" anjuran KDEB di Camp Al Azzhar, Morib pada 2 hingga 4 Disemebr 2011
Penganjur: Kelab Sukan dan Reakrasi KDEB
Pengarah projek : En Ismail Zam Zam- KDEB
Motivater: Cr. Hushim Consultancy dibantu oleh Fauzan Hushim (Lead Motivator), Suhaizal (Taaruf, Senaman dan Aktiviti Fizikal), Pak Abu ( Kem Komandan) dan  Ustaz Farouk (Imam Solat dan Qiamullail)

"Disclaimer" 
Nota: Ianya ditulis dari sudut dan  pandangan penulis blog ini sahaja. "Berita" ini hanya menggambarkan pemerhatian penulis dan mungkin ianya berbeza dengan pandangan pihak penganjur itu sendiri. Penulis juga tidak bermaksud untuk memandai mandai  menulis  mewakili bagi pihak penganjur. Apa yg ditulis disini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja, namun penulis akan cuba berusaha bagi  memastikan ianya disampaikan setepat yang mungkin)

Hari Pertama -Jumaat 2/12/2011
Para peserta berkumpul di lobi Hotel Kualiti Shah Alam bermula jam 2.30 ptg. Senarai nama dikemaskini dan para petugas merekodkan kehadiran dan membahagi kepada dua kumpulan, kumpulan 1 dan kumpulan 2.
Bas bertolak sekitar kira kira jam 3.30ptg. Ibu bapa pulang selepas menghantar anak anak mereka.

Gambar gambar sekitar lobi, beramai ramai dan menaiki  bas

Peserta lelaki bergambar kenangan

Kimi, begitu gembira menyertai program ini

Antara ibu ibu  yang menghantar anak anak mereka menaiki bas  untuk ke Camp Al Azzhar
Sebelum pergi peserta kursus bersalaman dengan keluarga
Adam, begitu gembira semasa hendak bertolak sambil diperhati oleh Hafiz (beg angry bird)
[Gambar gambar dalam perjalanan]

[Gambar gambar ketika sampai di kem]

[Gambar gambar  semasa aktiviti di kem: solat maghrib, makan malam, ceramah, tidur, aktiviti Qiamul lail]

Hari Kedua- Sabtu 3/12/2011-rujuk En Ismail Zam Zam dan Shahrul Izzad
Para peserta menunaikan solat subuh
Senamana Pagi
Sarapan pagi
Aktiviti yang dirancang
Makan Tengahari
Sambung Aktiviti dirancang
Minum Petang
Bersukan
Makan Malam
Solat Maghrib
Aktiviti
Solat Isyak

6.30 ptg:  penulis sampai di sini
Gambar gambar di pantai Morib, sun set boulevard, makan malam, gerai up town

Penulis sempat merakamkan gambar bersama isteri sewaktu matahari sedang  terbenam di tepi pantai Morib

Penulis bersama isteri dan anak bongsu semasa matahari terbenam
En Ismail Zam Zam, anak bongsu dan Isteri semasa matahari terbenam. (En Ismail adalah pengarah projek ini anjuran  Kelab Sukan )

En Shahrul Izzad, isteri dan anak sulong mereka

Pn Azrina, suami dan anak anak mereka
Tempahan  utk makan malam 4 keluarga  telah dibuat di kedai Juvita
Gambar pada waktu malam selepas matahari terebenam
 Hari Ketiga- Ahad 4/12/2011
4.45 pagi :Qiamul lail
5.30 pagi: Solat Subuh
7.30 pagi: Senaman Pagi
Peesrta sedang menjalani senaman pagi

8.30 pagi: Sarapan

Para peserta dilatih konsep berdikari (membuat sesuatu tanpa arahan)
9.15 pagi : Sesi mengemaskan pakaian di bilik
10.15 pagi : Sesi penutup
Kumpulan dibahagi kpd:
Walkcry (Tagline)
Pendekar Bujang Lapuk;”-------------
Nasib Do Re Mi-“--------------
Labu Labi “--------------

Faedah menghadiri kem motivasi:

Kumpulan Pendekar Bujang Lapuk
1.       Yakin diri sendiri
2.       Menambah ilmu
3.       Berfikiran positif
4.       Menambah rakan
5.       Mendisiplinkan diri
6.       Kerja sama berpasukan
7.       Mematuhi masa
Ahli kumpulan berazam untuk menggunakan pakai faedah diperolehi dalam kehidupan seharian.
Beberapa orang peserta dalam sesi menulis luahan mereka tentang masalah
dihadapi dan ketidakpuasanhati terhadap ibubapa
Kumpulan Masam Masam Manis
1.       Meningkatkan tahap kerja sama
2.       Menimba ilmu
3.       Befikir luar dari kotak
4.       Aktiviti yang menyeronokan
5.       Menghindar dari aktiviti  negative
6.       Dapat mengenali rakan rakan baru dan meneratkan siratulrahim
7.       Meningkatkan daya ingatan (cara belajar menguatkna ingatan)
8.       Belajar mengurus masa dan menetapi masa
9.       Belajar berdikari
10.   Mencergaskan badan dan mencerdaskan otak
11.   Meningkatkan keyakinan diri

Kumpulan Labu Labi
1.       Dapatkan meningkatkan keyakinan diri
2.       Menepati masa
3.       Eratkan siratulrahim
4.       Berfikir di luar kotak
5.       Bersembahyang jemaah
6.       Kursus  yang menarik
Komen motivator: Satu rumusan yang tepat ringkas dan padat

Kumpulan Laksmana Do Re Mi (“fui yooo, laksaman do re mi ….terbaik…”)
1.       Lebih berdikari
2.       Lebih berani, sporting dengan family
3.       Friendly, ice breaking, taaruf
4.       Mempercayai  antara satu sama lain
5.       Percaya dengan potensi yang ada pada setiap orang
6.       Berusaha bersungguh2
7.       Yakin dengan diri
8.       Mengurus masa dengan baik
9.       Menepati masa
10.   Mengikuti arahan
11.   Tambah ilmu
12.   Semangat kerja berpasukan

Kumpulan Tiga Abdul
1.       Disiplan dan menepati masa
2.       Bekerjasama
3.       Bersyukur selamat sampai

Kumpulan Nasib Do Re Mi    “….Naib do re mi…gempaq…sempoi..”
1.       Ada keyakinan diri
2.       Bersifat berani untuk berkomunikasi
3.       Pengurusan masa
4.     Teknik belajar dan untuk score, antaranya mesti membuat soalan tahun lepasa, latihan dan  latih tubi
5.       Mesti baca soalan  dan fahan
6.       Solat adalah penawar segala duka, keimanan akan lebih mantap
7.       Menghormati yang lebih tua
8.       Bersyukur dengan apa yang kita perolehi

Alhamdulilah semoga ilmu ilmu yang diperolehi perlu diapplikasikan dalam kehidupan seharian.

Faktor menghalang kejayaan dan Layanan ibubapa terhadap anak anak

Contoh Luahan rasa anak anak faktor yang menghalang mereka untuk berjaya oleh  kumpulan Laksamana Do Re Mi

Contoh Luahan rasa anak anak dalam faktor ketidakpuasan hati kepada ibubapa oleh kumpulan Laksamana Do Re Mi

Penulis akan menulis  segmen khas dalam blog ini tehadap dua faktor yang tesebut di atas dalam siri yang berlainan

10.30pagi:
 Break coffe break untuk 15 minit dan kembali kedewan jam 10.45 pagi …on guard..atas, bawah….pusing pusing…freeze….(tolak markah jika bergerak)…

10:45 pagi:
 Murid murid diminta berbaris dalam dua barisan, lelaki dan perempuan mengikut setiap kumpulan dan minta duduk bersila dalam keadaan yang selesa.

11.00 pagi:
Tayangan slot video dari mula bergerak hingga malam Sabtu



11.:10am
Slot diambil alih oleh Cr.Hushim : Menjana Motivasi Diri
  • Anak anak ini masih boleh dilentur, manja, sudah ada potensi diri (source skill)
    • Ada seorang client, beritahu dia tiada source skill, masalah dia tiada social skill dengan separuh staff dia
    • Klien itu pakar dalam bidang pelaburan, kesiankn kepada dia kerana tiada souce skill, beliau ini cepat marah, suka  baling file, anak anakselalu stress,
    • Beliau perlu menghadiri kursu kursus seperti ini, kerana sedari kecil tidak pernah hadir
  • Kursus ini perlu dihadiri, kerana ianya bukan berbentuk akademik
  • Ada Kursus bawah MAIS, untuk pasangan suami isteri yang sedang mengalami hubungan yang "bengkak"
  • Ada 2 jenis anak anak iaitu pertama  semulajadi dan kedua dijadikan
  • Ada ibu bapa yang sentiasa membebel, tp itu tandanya  mereka sayang kepada anak anak
  • Remaja yang baru naik sekolah menengah akan mula berubah perangai ke  alam remaja.
  • Anak anak ini masih boleh dibentuk, source skill memang amat diperlu ketika usia ini, bagaimana untuk ikhtiar hidup. Anak anak remaja diminta banyakkan menghadiri majlis ilmu
  • Ada berbagai karektor, tetapi perlu buat sendiri tanpa perlu disuruh suruh, seperti:
    •  mengemas tempat tidur
    • Basuh pinggan
    • Membaca buku, membuat di buku latihan manakala  buku kartun tidak mengapa supaya minat dan jatuh cinta kepada minat membaca, kajian menunjukkan kanak kanak tidak minat membaca, dan kajian menunjukkan kegagalan dalam pemahaman dan karangan sering gagal kerana kuranya membaca.
    • Dalam kajian university secara rawak orang Melayu membaca buku hampir satu buku sahaja setahun, kerana lebih kepada hiburan seperti raja lawak dan lain lain.
    • Hapuskan metrokrasi, jika dihapuskan ……budak budak kampong yang cukup cukup makan  dulu kalau 6a boleh masuk asasi sain, berbanding budak budak bandar, tetapi jika dihapuskan metrokrasi..peluang  anak anak ini akan lebih sukar…kemana mereka akan  pergi
    • Satu contoh: Yunus, suka membaca atas galakan diri sendiri, bukan sepeti kebanyakkan anak anak terutama lelaki yang suka menggelak  apabila disuruh
    • Usah risau jika anak anak tidak berjaya, cemerlang dalam UPSR, PMR atau SPM asal dpt masuk universiti lepas tu gilap kemahiran
    • Mukhlis : selalunya emak yang suruh, sbb bapak jarang balik,emak suruh sambil membebel, bercita cita ingin menjadi penjaga gol ManU.
    • Jgn bimbang kerana ini dinamakan cita cita fantasi, dizaman fantasi di awal kanak, kanak kanak, dan awal remaja, ada ujian untuk buat ujian cita cita anak anak yg ada 150 soalan.
    • Ibu Mukhriz diminta bercakapa kpd anaknya : “Abg, mama percayaabang  akan menjadi seorang nak yang baik selepas hadir kursus ini, jadilah  anak yang baik, soleh utk bangsa kita”….anak:”janji tak buat perangai, abang akan buat sungguh sungguh…” dalam hatinya ada taman, komen Hushim…kalau Mukhriz yg tak bantu emak siapa lagi…jwb Mukriz dgn …sambil teresak esak
    • Ciri ciri keibubapaan ibubapa harus banyak lebih bersabar, ini adalah amanah dan ujian Allah, sebab itu kita mesti ada ilmu parenting, sbb semua akan menjadi ibu bapa dan akan berdepan dengan anak anak, bukan shaja perlu cemerlang akademik ttp perlu juga cemerlang akhlak…
    • Ada karektor yang berbeza beza,antara setiap anak. Anak pertama lebih dominan dan stress, sbb menjadi harapan dan contoh kpd lain lain adik beradik, Fatin berasa sedih
    • Ibubapa Fatin dipanggil kehadapan, ibunya menerangkan selalu memujuknya.
    • Ibu Fatin: “Semoga menjadi nak yg soleha….Kakak sayang emak, akan bekerja lebih kuat dan akan menjadi anak solehah, bapa:  berharap Fatin dapat jadi anak yang berjaya dan solehah.
    • Anak anak perlu maklum bahawa ibubapa akan menjadikan anak pertama sebagai role model mereka, manakala anak bongsu agak longgar sedikit, namun setiap anak ada peranan dan tanggung jawab masing masing.
    • Penyelseaian, tusyen adalah sebahagian dari mendidik anak, namun ada kaedah berkesan iaitu: bacakan buku untuk anak anak kita secara one to one, samada mak bapak sanggup  buat atau tidak, ibu bapa perlu banyak sabar, minta anak bawa satu buku kosong dan pen untuk isi.       point point penting. Ibu bapa perlu memberi masa kepada  anak anak mereka  antara jam  8.00 hingga 10mlm. Biar siibu memasak utk makan malam keluarganya dan sambil menunggu si bapa buat one to one tusyen dengan anak anaknya. Beri sehari seratus soalan matematik, latih tubi, masa cuti sekolah ini ambil kesempatan ajar, kalau tak boleh perlu cari guru tusyen one to one.
    • Perlu cerita dan  praktikal benda yang sebenar bukan fantasi dalam membeir kefahaman  kpd mereka.
    • Anak anak yang ingin berjaya perlu berkorban masa
    • Ibubapa perlu banyak bersabar dengan karenah anak
    • Perlu ingat bahawa ramai yang berjaya dalam kategori “dijadikan” bukan jenis "semula jadi"
    • Masalah timbul  jika anak yang di marahi tadi ibubapanya akan berdendam dan tidak tegur lagi anak mereka, ibubapa ( jenis ini perlu dptkan kaunseling dengan segera) perlu faham ciri cirri kanak kanak ialah sentiasa ingin makan, bermain iaitu keperluan asas 
    • Ibubapa perlu menjadikan motivasi ini satu amalan dan bukan setakat perekat logo dua tiga hari sahaja
    • Cuti sekolah harus dipenuhi dgn subjek tahun hadapan, selalunya minggu pertama bukan belajar lagi, tp murid murid cina lebih bersedia kerana mereka telahbersiap sedia lebihawal
    • Kalau pelajaran tiada pada anak anak kita, tanpa biasiswa dan meritokrasi..bangsa melayu…apa akan jadi?
    • Dahulu kalau tiada biasiswa, tak boleh masuk university.
    • Ibubapa perlu kaedah pencegahan, bukan merawat penyakit dalam parenting…
    • Memang ramai kita suka anak anak duduk di asrama, tp kalau pencampaiannya makun merosot, perlu ditarik keluar untuk memingkatkan  prestasi, jgn rasa malu anak dah tak duduk di asrama
    • Kemasukkan university bukan ikut taraf sekolah, tp pencapaian SPM
    • Ada satu sekolah berasrama penuh, namun ramai pelajar mereka tak boleh mohon masuk Medic kerana  UPU melihat kpd ranking,
    • Tiap tiap malam semak buku sekolah anak anak, biar ibu yang  buat kerja di dapur…atau sekurang kurang ada giliran
    • Anak kita kalau gagal  dalam pelajaran, tiada siapa yang boleh tolong, kalu ada skill yang bagus, boleh mohon kolej komuniti.
    • Ibubapa jgn kecewa sbb anak anak ada potensi samada IQ atau skill atau kedua duanya sekali.
    • Perlu baiki dan lihat apa yg anak anak perlu catch up dan baiki dan apa pula yg ibu apa perlu baiki. Bayangkan anak anak di Kuala Berang boleh dapat English A sedangkan anak anak kita yang duduk di bandar masih tidak boleh, mengapa??
Pn Salaziah dan anak Mukriz bersama Cr. Hushim semasa sesi  luahan perasaan anak anak
Pn Zu, suami dan anak.

    • Fasa Kedua, untuk ibu bapa
      • Penceritaan ttg seorang di negeri Selangor yg telah berjaya.
      • Tayangan video ttg pegorbnana seorang ibu yg membensarkan anak dalam keadaan kemiskinan, namun anak berjaya menjadi doctor dan jurufoto professional. Tetapi ibu mereka diabaikan akhirnya
      • Tayangan  video ttg kelahran nak melalui kaedah caesirian
      • Tayangan video ttg seorang anak yg derhaka selalunya mndapat balasan tunai dari Allah
      • Murid diminta dipeluk oleh kedua ibubapanya dan menasihati 
      • Antara IQ dan Eq, Eq lebih banyak digunakan dalam seharian, hampir 84% digunakan, termasuk solat, perbanyakan solat malam dari kajian mendapati akan menjadikan ingatan lebih kuat
      • Jika dah berjaya, hrp dpt bantu orang lain.
    Ibu bapa diminta pergi ketempat anak anak mereka dan dakap sambil membisikkan harapan kedua ibubapa kepada anak mereka [salah satu kaedah menyampaikan mesej/komunikasi berkesan  di bawah gelombang paras sedar]
    Kaunselor kursus Cr. Hushim memberi ulasan kepada peserta dan ibubapa tentang program yang telah dijalankan 

    1.10 ptg:
     En Ismail Zam Zam, Pengarah Program Anjuran KDEB diminta tampil kehadapan  untuk sepatah dua kata
    • Terima kasih kepada anak anak dan kaikatangan kerana menyahut cabaran ini.
    • Terima kasih kpd YM, En Azlan dan KDEB kerana member sokongan seluas  luasnya
    • Terima kasih kpd Hj Hushim kerana mendapat bimbingan dan masa beliau.
    • Untk acara aktitvit terdekat ialah Tazkirah Kiamullial yang akan diadakan pada 17/12/2011
    • Mencadangkan supaya program ini diteruskan pada setiap kali musim cuti sekolah.
    Encik Ismail Zam Zam diminta memberi ucapan kepada peserta, ibubapa dan  pihak  motivator.


    En Azlan [CFO], diminta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta
    Kamil dari Kumpulan Labu Labi menerima sijil penyertaan
    Hanafi  menerima sijil penyertaan
    Hakim menerima sijil penyertaan



    Para peserta bergambar kenang kenangan


    Peserta bergambar dengan ibu bapa sebagai kenang kenangan kursus
    Bergambar kenangan dari kiri isteri penulis, penulis, Cr. Hushim dan isteri
    Lain lain foto penulis 
    Isteri penulis bergambar kenangan  bersama dengan isteri kaunselor

    Latar belakang gambar merupakan  sebahagian daripada pusat pentadbiran  camp ini

    Penulis dan isteri ambil kesempatan bergambar di laluan ke hutan bakau

    Peserta perempuan selepas waktu  sarapan pagi

    Adam dan Hafiz menjadi lebih rapat selepas program ini

    Anak anak dari kanan: Kamil, Hanafi, penulis, Kimi, Hafiz dan Adam.....apalagi dah  habis ...balik rumah daaa.....




    No comments: