Friday 9 December 2011

Umum: Blog ini telah di Hack termasuk emel palsu (Malay)

Umum: Blog ini telah di Hack termasuk emel palsu ( versi bahasa Melayu)

Pengumuman:
1.Pada 7/12/2011 sekitar 2.45 pagi, satu emel telah auto generated drp mailbox saya yg beralamat matiara1@yahoo.com. Emel tersebut dihantar hampir kepada keseluruhan kenalan saya yang berada dalam 'contact mail box'. Antara isi kandungan emel tersebut menyatakan bahawa saya dan keluarga telah dirompak di UK, dan telah ditahan oleh pihak hotel kerana tidak membayar bil bil hotel. Emel tersebut menyatakan bahawa saya sekeluarga meminta kenalan menghantar duit s bantuan melalui talian (wired).

2. Perkara ini saya sedari pada hari Rabu 7/12/2011 jam 2.30 ptg setelah seorang rakan sekerja menghubungi handphone saya dan bertanya di mana lokasi saya dan bagaimana keadaan saya sekeluarga. Rakan sekerja itu dan beberapa orang lagi yang perihatin ingin memastikan kesahihan emel tersebut dan keselamatan saya.

3. Saya memaklumkan saya dan keluarga berada di Malaysia dan selamat. Saya kemudian membuka peti emel saya dan mendapati emel tersebut juga telah berada dalam emel gmail saya (emel gmail adalah emel primary saya)

4. Disini ingin saya maklumkan bahawa emel yang berasal daripada matiara1@yahoo.com itu sememang dari mailbox saya, tetapi bukan ditulis dan dikirim oleh saya. Ini BERMAKNA Seseorang telah memecah masuk ke peti emel saya dan menghantar emel berupa mohon bantuan palsu kepada kenalan saya.

5. Sebentar tadi kira kira jam11.30 pm 8/12/2011, saya juga mendapati blog ini iaitu matiara-kisahkehidupan.blogspot.com juga telah diceroboh,  ada menyatakan sesuatu telah dipost dalam bentuk you tube berdurasi selam 2 minit. Saya kemudian cuba mencapai youtube itu, ttp tidak dapat membuka kerana capaian internet saya terlalu lama utk membuka youtube itu.

6. Bimbang dengan 'content youtube' itu yg mungkin mEmbawa mudarat, atau sesuatu yang buruk, saya telah mendelete posting tersebut dari blog ini pada jam11.40pm  8/12/2011.

7. Oleh itu ingin saya nyatakan disini bahawa sekiranya ada rakan rakan yang telah menerima emel (seperti perkara 1 di atas) atau membaca blog saya yang bertajuk "Tiny Youtube" (seperti perkara 6 di atas), maka dengan ini saya menjelaskan bahawa EMEL dan Posting dalam blog itu bukan saya yang tulis, kirim dan siarkan. 


8. Saya pasti seseorang telah menceroboh mailbox saya di matiara1@yahoo.com dan matiara-kisahkehidupan.blogspot.com dan seterusnya membuat perkara perkara seperti saya sebut diatas.

9. Tujuan saya maklumkan di sini ialah tidak mahu terdapat salah faham dan bagi memaklumkan kemungkinan ada sendiket penipuan di internet atau penyebaran bahan bahan kandungan terlarang (explicit,malicious, adult concern dan sebagainya) yang mana tidak masuk akal jika saya yang melakukannya.

10. Buat masa ini saya sedang memantau emel saya matiara1@yahoo.com, matiara kisahkehidupan.blogspot.com.

11. Mohon mendapat bantuan rakan rakan FB, gmail, yahoo, rakan sekerja, dan semua postmaster agar  memaklumkan kepada saya segera , jika masih terdapat  perkara sebegini terus kepada saya  di  matiara@gmail.com dengan segera.


Sekian, terima kasih.




No comments: