Friday 9 December 2011

Umum: Khutbah Jumaat 9/12/2011 Hidup dunia tidak kekal lama

Khutbah Jumaat 9/12/2011
Lokasi: Masjid Sementara Bdr Bkt Tinggi Klang
Khatib : Ustaz Nasaruddin -(Nazir Kariah Al Rahimiah dan Penolong Jurunikah Kawasan)

Tajuk : Hidup dunia tidak kekal lama


Dalam khutbah Jumaat, khatib antara lain memperingatkan para jemaah tentang tajuk di atas, antara lain ialah:
  1. Hidup di dunia ini tidak kekal lama melainkan akhirat jua yang dituju.
  2. Sementara hidup, kita digalakkan melipat ganda kan "dana akhirat" setiap individu
  3. Untuk mendapatkan dana akhirat harus ingat kepad 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:-
    • Muda sebelum tua
    • Kaya sebelum miskin
    • Sihat sebelum sakit
    • Lapang waktu sebelum sempit waktu dan
    • Hidup sebelum mati
    • kita juga akan dipersoalkan kemanakah telahkita  kerahkan usia, kekayaan, kesihatan,kelapangan waktu dan hidup kita di dunia ini samada ke jalan Allah atau yang di murkai Nya,
  4. Untuk mengumpulkan dana tersebut kita pula disarankan menuntut ilmu kerana:-
    • ilmu tanpa amalan menjadikan sia sia sahaja ilmu dipelajari itu tanpa mendapat manafaatnya
    • amalan tanpa ilmu, juga tidak diterima malahan boleh membawa lebih kebinasaan
    • sebaiknya mengamalkan ilmu secara istiqomah walaupun sedikit adalah disarankan.
    • menuntut ilmu itu bukan terhad sahaja kepada ilmu tentang keagamaan semata mata ttp ia juga mencakupi lain lain ilmu keduniaan bagi tujuan sejahtera kehidupan.
    • anak anak harus diterapkan menuntut ilmu walaupun ilmu misalnya kejururawatan (fardu kifayah) namun ia juga mestilah berteras dan bersandarkan kepada jalan Allah dan taqwa
  5.  Akhir sekali Khatib menekan kepada para jemaah hendaklah  takut akan perintah Allah (dengan meninggikan suara dan menekan perkataan it-taqwallah...) 

Semoga nota ringkas ini dapat menjadi sedilit pedoman kepada ibu ibu dan kaum wanita yang tidak berpeluang mendengar khutbah jumaat.

Wasalam,. 


No comments: